Mana barakah itu?

10 Sep

Barakah.

Berkah.

Berkat.

Rahsia Allah. Hadiah dari Allah, yang diberi kepada hamba-hambaNya.

Bahagianya, jika ada barakah pada masa,

Semua kerja jadi senang dan lancar, walau masa sangat suntuk.

Gembiranya rasa jiwa,

Bila ada barakah pada rezeki,

Terasa cukup sentiasa, tidak gusar pada yang tiada.

Seronoknya diri ini,

Bila ada barakah pada keluarga,

Terasa bahagia walau tak kaya,

Keluarga tenang, saling menguatkan.

Tunduk patuh pada Tuhannya.

 

Barakah..

Hanya dikurniakan kepada yang beriman dan bertakwa.

Ingin barakah pada masa,

Isilah masa dengan perkara yang menambahkan iman dan taqwa,

Uruslah masa dengan iman dan taqwa.

 

Ingin barakah pada rezeki,

Jujurlah mencari rezeki.

Panduilah kerja dengan iman dan taqwa.

 

Ingin barakah pada keluarga,

Wujudkanlah suasana iman dan taqwa,

Di dalam rumah tangga..

Wujud suasana ingat memperingati,

Moga peroleh sakinah dan mawaddah.

 

Allah, kurniakanlah barakah pada masaku, pada usiaku, pada masa rezekiku, pada keluargaku dan pada segalanya yang ada padaku.

2 Responses to “Mana barakah itu?”

  1. syamilsynz September 11, 2013 at 2:51 pm #

    Bila ada barakah. Sentiasa ada jalan keluar walau masalah tersebut di mata orang lain sangat besar.

    • Husna Zaki September 17, 2013 at 4:02 pm #

      InshaAllah. Moga Allah kurniakan barakah pada kita dan keluarga

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: