UK : Indahnya ciptaanMu Ya Allah

                   Turunnya salji salah satu tanda menunjukkan betapa Allah Maha Berkuasa

       “Maha berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan Yang Menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat);Dia lah Yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit Yang berlapis-lapis; Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan Yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika Engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – Dapatkah Engkau melihat sebarang kecacatan?kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu Dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga Dengan sia-sia).” al-mulk :1-4

   

       Tiada yang diharapkan bagi seseorang yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke bumi yang mempunyai empat musim ini selain ingin merasa betapa ‘bestnya’ bermain salji yang diturunkan daripada THE BEST,ALLAH SWT..Bermacam-macam perasaan dilahirkan apabila pertama kali berpeluang merasai kesejukan dan keindahan salji itu.Ada yang menjerit,ada yang sampai terlompat dan tak kurang yang menitiskan air mata,terharu dan bersyukur dengan nikmat Illahi ini.

      Betapa disini memang banyak mengajar hati lebih bersyukur dengan nikmat Allah.Memang betul-betul mentarbiyah diri ini.Bukan di Malaysia tidak cukup cantik untuk dinikmati dan dihayati ketenangan alamnya,bahkan lebih tenang suasana kehijauan di Malaysia.Tetapi kehadiran salji disini membuatkan hati benar-benar terhibur.Nikmat Allah yang mampu mengembirakan semua orang.Semua terhibur.Tidak kira yang islam mahupun yang kafir.Semuanya menanti-nantikan kehadiran sang salji anugerah Allah di bumi UK ini.

      Seakan-akan satu kuasa magis,kita mampu berasa tenang apabila melihat alam.Betapa hebatnya kuasa Allah.Anugerah yang Allah bagi untuk dikongsi bersama.Orang Islam dan orang kafir,Allah lahirkan ketenangan ketika melihat alam.BETAPA INDAHNYA CIPTAANMU TUHAN….

autumn7.jpg   autumn8.jpg

Ya Allah,

Setiap daripada nafasku,

Kusedut dari kesegaran alamMu.

Ya Allah,

Ketenangan yang selalu kukecapi,

Lahir daripada uniknya alamMu.

Ya Allah,

Ku mohon ketenangan yang berpanjangan,

Kesyukuran yang ikhlas,

Makbulkan doaku ini.

Ameen.

snowman.jpg 

sabar menanti kedatangan salji,

Kidderpore Avenue,London

                 ”BENARLAH FIRMANMU YA ALLAH,TELAH PENAT AKU CUBA MENCARI KEKURANGAN CIPTAANMU ……TAPI USAHAKU HANYALAH SIA-SIA….MAHA SUCI ALLAH “

3 Responses to “UK : Indahnya ciptaanMu Ya Allah”

  1. nazz May 9, 2008 at 12:36 am #

    Alam ini milik kita kaum Muslimeen untuk kita makmurkan segala isi intinya dengan celupan Allah…

    ~Jika aku tidak berpeluang lagi untuk bermain salji di dunia, semoga Allah memberi peluang itu di akhirat kerana keindahan dunia tiada tara bandingannya jika dibandingkan dengan keindahan akhirat~

    Dengan rahmat Allah jua kita mampu terpelihara di dunia mencari bekal untuk meraih redha dan rahmatNya.

    !!We are the leaders!!

  2. Aida Amira Johari December 15, 2011 at 9:01 am #

    Izinkan sya phasekan laman awak di facebook saya.. Saya rasa bersyukur dimana2x sahaja bumi Allah dia Berikan Kita Keindahan.Macamna dia berikan Keindahann dlam Penderitaan… Bukan semua derita itu pahit.. Bila Bencana datang Allah manguji kita dan memberikan kasih sayang nya yang Lebih Banyak apabila kita Dpt menghadapi ujiannya dgn Tabah.. Itulah Keindahan Iman……

    • mukminahmujahidah December 30, 2011 at 8:20 pm #

      InshaAllah aida, silakan jika ada manfaatnya.

      Setuju dengan saudari, kasih sayang Allah itu tiada batas🙂

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: