UK : THANK YOU ALLAH!!!

       Sesesungguhnya hati dan diri ini tidak sabar-sabar untuk berkongsi kegembiraan ini bersama teman-teman.Berita yang selama ini dinanti-nanti dengan penuh debar akhirnya terjawab juga.

     Alhamdulillah…hanya itu sahaja yang mampu ku ucapkan beserta linangan air mata tanda kesyukuran.Lantas terus ku sujud tanda syukur.Betapa sayangnya Allah pada hambaNya.Walaupun disaat aku hampir putus asa dan hilang harapan untuk terus berjuang Allah bagi kekuatan dalam sekelip mata.Dan keputusan yang Allah beri ini betul-betul membuatkan aku ingin berusaha lebih bersungguh-sungguh.Kerana aku malu…aku malu untuk meminta-minta pada Allah sedangkan aku jarang sekali untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehinya…Tetapi Allah,betapa pengasihnya Engkau..betapa Penyayangnya Engkau…engkau masih mendengar rintihan hatiku ini..

 muadz2.jpg       

 Sentiasalah bermohon pada Allah supaya diberikan jalan keluar setiap kali menghadapi masalah.Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani.

         Ya Allah,sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik tempat mengadu dan Engkau sahajalah Yang Berkuasa atas segalanya..akanku teruskan perjuanganku dijalanMu ini..dan akan lebih bersemangat dan berusaha lebih gigih..untuk mencapai redhaMu….bantulah aku Ya Allah..kuatkan hatiku dijalan perjuangan ini..ameen…

“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu,maka dari Allahlah datangnya” An-Nahl :53

Kidderpore Avenue,London

3 Responses to “UK : THANK YOU ALLAH!!!”

  1. drmuslim February 12, 2008 at 6:02 am #

    Asm, berita apa ni anti? Anti berjaya ke second year ke?

    Ur friend, Nazz.

  2. mukminahmujahidah February 12, 2008 at 6:34 pm #

    wasalam…harap2 mcm tula..ana lepas exam aritu utk teruskan perjuangan disini..tahun kedua tu depends this summer exam..doakan ye…

  3. maznah January 5, 2010 at 12:55 am #

    Sabar ya…semoga Allah sentiasa bersama kita..

Ingin berkongsi? Luahkan.