Tarbiyah Dzatiyah

Tarbiyah Dzatiyah: Abdullah bin Abdul Aziz Al-Aidan

 

Muqadimmah

Ketika itu saya di tahun pertama pengajian di bumi UK. Duduk pula di kolej kediaman universiti, seorang diri sahaja. Teman-teman di Malaysia selalu menjadi ‘mangsa’ panggilan telefon saya dari sana. Mengadu akan kelemahan di sana sini, apatah lagi seorang diri di bumi asing yang penuh dengan dugaan. Jatuhnya iman lebih banyak daripada bangun. Ketika itulah seorang teman mencadangkan untuk mencari buku ini, tarbiyah dzatiyah. Ketika itu sudah tentu saya tidak dapat memilikinya tetapi saya mula mengenal istilah baru ini dan mencari-cari bahan terkaitnya di internet.

Tarbiyah Dzatiyah = tarbiyah kendiri

Buku ini memulakan bicaranya dengan membuka persoalan kenapa agaknya para sahabat dahulu, apabila dihantar ke suatu tempat yang tiada bersama mereka Rasulullah SAW tetapi keimanan mereka tetap terjaga? Apa yang membuatkan mereka tetap beriman kepada Allah? Adakah selama ini kerana Rasulullah SAW ada bersama mereka? Tentu sekali tidak. Itulah dia kemampuan mereka dalam mengendalikan tarbiyah dzatiyah mereka ketika berseorangan.

Kita sendiri kadang-kadang mungkin Allah izin untuk dicampakkan ke suatu tempat tanpa ada sesiapa yang mampu berssama-sama membawa kebaikan. Yelah..dah terbiasa ada usrah dengan kawan-kawan, ada suasana yang soleh di tempat yang lama, tup tup bila dicampak sahaja sorang-sorang di tempat baru, iman kita jatuh merudum.

Kenapa?
Adakah kita ini menjadi baik kerana kawan? Kerana suasana sahaja? Atau kerana trend?

Nah! Buku ini mengajak kita mengintropeksi kembali kenapa pentingnya tarbiyah dzatiyah. Selain itu ia turut membicarakan sebab-sebab seseorang mengabaikan tarbiyah dzatiyah.

Disamping itu, ada tips-tips dan cara-cara untuk mengekalkan momentum tarbiyah dzatiyah serta natijah-natijah daripada tarbiyah dzatiyah. Tidak rugi meluangkan masa menbaca bahan-bahan terkait tarbiyah dzatiyah. Ia menentukan kelangsungan keimanan seseorang keran akita tidak akan selamanya berada bersama dengan orang yang kita ada sekarang dan tidak akan selamanya berada di tempat yang kita ada sekarang🙂

Kesimpulan.
InshaAllah bagi sesiapa yang pernah membaca buku ini, mungkin boleh turut berkongsi terkait tajuk ini. Banyak lagi sebenarnya penulis-penulis lain yang mengeluarkan tajuk yang sama.  Untuk buku ini, Tarviyah Dzatiyah karangan Abdullah bin Abdul Aziz Al-Aidan,  ia sekitar 100 muka surat sahaja, sangat nipis!
Moga Allah memberi kekuatan untuk kita sama-sama menjaga tarbiyah dzatiyah kita. Ameen.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: