Sedikit itu cukup jika kita peroleh ini.

7 Mar

“Usah risau tentang rezeki. Bukankah setiap hari pokok-pokok mengeluarkan benih-benih baru…”

Kata-kata diatas pernah dikongsikan oleh seorang guruku.

Kadang diri risau akan ketidakcukupan. Mungkin kerana mata melihat kepada kuantiti duit. Tetapi terlupa, jika ia berkat maka ia akan menjadi cukup dengan izin Allah. Rezeki datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Doa banyak-banyak, moga Allah mencukupkan dan menjadikan ia barakah dan berkat. Walau ku sendiri tidak tahu dan hampir putus daya, dari sumber mana lagi harus diusahakan.

Barakah itu harus dipinta dariNya.

Moga Allah mengurniakan barakah pada setiap urusan kita.

Ingin berkongsi? Luahkan.