Takut untuk menulis

1 Oct

Siapakah yang lebih mengenal diri penulis selepas Allah? Tentulah diri penulis sendiri.
Kadang-kadang jadi takut membaca kembali tulisan sendiri, apatah lagi apabila memikirkan ada daripada tulisan-tulisan yang tidak dapat dilahirkan lagi dalam bentuk amal. Nanti Allah tanya, siapa nak jawab?

Dahulu, saat awal-awal mula hendak menulis terasa ingin menjadikan  medan penulisan ini sebagai medan amal. Kerana sedar akan kemampuan diri yang tak mampu mana nak sumbang untuk Islam, jadi at least bolehlah menyumbang sedikit melalui tulisan. Mudah-mudahan orang yang membacanya juga mendapat manfaat.

Tetapi masa yang berlalu, sedikit demi sedikit kefahaman mula terbina. Ternyata, medan menulis ini bukanlah medan yang kuat. Tidak sama medan menulis dengan medan kata-kata. Tidak sama medan kata-kata dengan medan amal. Tidak sama medan amal dengan medan jihad. Tidak sama medan jihad dengan medan jihad sebenarnya. Begitulah antara kata-kata seorang makcik kepada penulis pada beberapa minggu yang lalu. Buatkan penulis rasa takut untuk menulis lagi!

 

Ya, medan ini penting tetapi bukan satu-satunya medan. Penulis sendiri suka membaca tulisan beberapa penulis yang hebat sepeti Ustaz Hasrizal, Fatimah Syarha ,Hilal Asyraf , Cahyadi Takariawan dan ramai lagi. Tulisan-tulisan mereka sangat menyentuh hati.  Buatkan diri penulis menyimpulkan bahawa tulisan yang mampu menjadi hujah yang kuat di akhirat nanti tidak cukup dengan hanya pemberitahuan ilmu atau kefahaman sahaja. Tetapi perlu ditambah dengan penyampaian  yang telahpun dilalui di dalam medan amal sendiri!

Kebanyakan penulis ini, mereka telah pun terlebih dahulu turun dalam medan amal. Sebab tu apabila membaca tulisan mereka terus zappp meresap ke dalam hati. Dari hati sampai ke hati juga.

So, lepas ni sebelum menulis, jangan lupa berusaha untuk amalkan dahulu!

Moga tulisan-tulisanku tidak menjadi penentang di akhirat nanti malah jadi hujah menyelamatkan diri daripada api neraka.

 

3 Responses to “Takut untuk menulis”

  1. syamilsynz October 14, 2012 at 4:00 pm #

    bukankah segala yg tertulis adalah dari hati?..jadi dari hati tetap ke hati juga.

    • mukminahmujahidah October 22, 2012 at 2:34 pm #

      Ya.. memang betul. Tulisan yang lahir daripada hati, akan jatuh pada hati juga.

      Tetapi tulisan yang lahir daripada hati yang telah pun berbuat, lebih besar kesannya berbanding daripada hati yang merasa sahaja.

      InshaAllah sama2 perbaiki.

      • Norhanis October 27, 2013 at 8:58 am #

        bimbang apa yang dikatakan tak sehebat apa yang diamalkan 🙂
        Allahuakbar! ,oga segala ‘penyakin hati’ dapat dijauhkan

Ingin berkongsi? Luahkan.