UK : Allah kan ada?

” Saya solat kat rumah kot kak.Sekarang pukul 5 petang dah gelap.Kawasan hall saya tu agak sunyi.Takut pula nak balik lewat.”

”Tunggu la solat maghrib dulu,InsyaAllah kalau kita buat benda yang baik Allah akan lindung kita.”Ketika itu jam menunjukkan lebih kurang pukul 4.30 petang.

” Gulp!Astaghfirullah.” Cepat-cepat hati ini beristighfar.Ahh!! Cukup yakinkah engkau wahai diri engkau akan selamat sampai ke rumah jika tidak menunaikan solat maghrib terlebih dahulu?Yakinkah engkau bahawa kau akan sempat menunaikannya di rumah?

  Setahun yang lalu.Kata-kata Kak Sarah cukup mengesan dihati.Peringatan buat hati yang sering alpa.

Aku sendiri..

Aku seorang..

Aku lemah..tak berdaya..

Oh Tuhan..bantulah aku…lindungilah aku

…………………………………………………………………………………………………………………………………………..

  Perjalanan ke rumah Kak Siti petang itu mengambil masa lebih kurang 2 jam.Sengaja saya memilih untuk menaiki bas walaupun tahu ketika itu merupakan waktu sibuk.Cadangnya dapatlah saya membaca buku didalam bas.

 Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun kadang-kadang bas bergerak agak perlahan dalam lalu lintas yang sesak.Sehinggalah sampai di kawasan dekat-dekat dengan ‘Elephant and Castle’,bas berhenti agak lama.

  “This is the bus stop!You should stop here!”Kuat suara seorang lelaki kulit gelap diluar.Sehingga kedengaran ditingkat atas bas.

  “Apa plak ni?”Hati saya tertanya-tanya.Agak lama bas tidak bergerak.Penumpang-penumpang lain sudah mula turun ketingkat bawah dan sebahagian menjenguk-jenguk dihadapan cermin bas dari tingkat atas.

  “That guy is in front the bus.Blocking our way!”

 “Ya Allah lindungilah aku.”Saya berkira-kira untuk keluar daripada bas itu jika keadaan menjadi semakin buruk.Tawakal juga tapi usaha perlu ada.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

 

 Tube sampai.Masih ada tempat-tempat untuk berdiri dengan selesa walaupun semua tempat duduk sudah penuh.Sampai di stesyen berikutnya.Orang ramai berpusu-pusu masuk.

“Ya Allah,bagaimana ini?Lindungilah aku.Ampunkanlah dosaku.”Tiada jarak langsung antara para penumpang.Lelaki mahupun perempuan.Dan saya tersepit antara badan manusia.Merekalah yang menjadi penahan daripada saya terjatuh sepanjang perjalanan.”Kerdilnya aku wanita Asia disisi mereka yang berbadan besar.Bagaimanakah aku disisiMu Ya Allah?Ampunkan dosaku”

Sangat sesak.Macam tin sardin.Ya mungkin itu frasa yang tepat.

“Kalaulah ada suami sebagai pelindung.”Hati terdetik.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Alone?You are not coz Allah always with you!

Alone?You are not coz Allah always with you!

 Stabing..stabing.stabing..

Memang tak habis-habis.Jika di Malaysia setiap hari pasti ada sahaja kes kemalangan jalan raya.Sebaliknya disini setiap hari pasti kes tikam dengan pisau menghiasi dada akhbar.

 “Anti tak takut ke?Jalan sorang-sorang ni?”

  “Takut juga.Tapi nak buat macam mana.Ana sorang-sorang disini anti.Kelas tak sama.Balik waktu lain-lain.Tapi ana elak keluar malam-malam.”

 “InsyaAllah moga Allah lindung.”

  “Ya Allah bersama kita.InsyaAllah.”

  Mengapa terasa dirimu sendiri sedangkan ada Allah yang sentiasa memerhati dan mengekori?Yang sentiasa melindungi dan memelihara?

  “Kalau bukan kerana kekuatan yang Allah beri,tak mampu rasanya untuk ana hadapi liku-liku ujian disini.”

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

  “Oh kak senior tu dah walimah ye?Best dah ada orang tolong jaga.”Saja saya begurau dengan Kak Nadiah.

  “Takpe Husna…Allah kan ada.InsyaAllah Allah sentiasa lindung Husna.Jika walimah perlu tambah tanggungjawab lain pulak.Kat sini pun ramai sisters yang sentiasa bersama.”Terdiam saya dengan kata-kata Kak Nadiah.Terpaku,berfikir sejenak.Memuhasabah diri.Ya sahibah-sahibahku juga ada bersama.Walaupun bilangan kami sangat sedikit dibandingkan dengan lautan manusia yang berbeza akidah.

   Mengapa begitu pantas hatimu mengharapkan perlindungan daripada manusia sedangkan engkau masih ada Allah yang pasti melindungimu?Masih banyak tanggungjawab yang perlu kau pikul wahai diri.Keluargamu,teman-temanmu,muayyid-muayyidmu semua memerlukan pemerhatian darimu.Engkau tak keseorangan wahai diri!

  Walau dimana kau berada.’Oversea’,’over the sea’ hatta ‘inside the sea’ sekalipun Allah sentiasa bersamamu.Ada juga alam ciptaanNya yang setia menemani dan turut mendoakanmu.Lupakah engkau bahawa alam ini diciptakan buatmu insan bernama manusia?

“Dialah Allah yang menciptakan segala apa yang ada dibumi untukmu kemudian Dia menuju ke langit ,lalu Dia  menyempurnakannya menjadi menjadi tujuh langit. Dan Dia Maha mengetahui segala sesuatu” Al-Baqarah :29

Allah kan ada?

Jika kau rasa dirimu keseorangan dan sunyi..lihatlah alam disekelilingmu,lihatlah langit yang menaungimu.Amat dekat ia dengan dirimu apatah lagi penciptanya,Allah SWT

Jika kau rasa dirimu keseorangan dan sunyi..lihatlah alam disekelilingmu,lihatlah langit yang menaungimu.Amat dekat ia dengan dirimu apatah lagi penciptanya,Allah SWT

Ya Allah sentiasa ada!

Bersedia mendengar luahan rasa si hati..

yang bertaubat dan merintih mengadu..

Luahkanlah padaNya..

Engkau tak keseorangan!!!

 

~perjalanan sepanjang setahun yang lalu..moga jadi iktibar tahun ini~

Holloway Road

8/10/08

3 Responses to “UK : Allah kan ada?”

  1. nazz October 9, 2008 at 7:22 am #

    alhamdulillah….dah banyak anti meningkat, setapak demi setapak semakin matang melihat dunia. Jeles ana…
    Setiap apa yang melintas dalam hidup kita ini, mari kita jadikan sebagai didikan dalam rangka kita meningkatkan potensi diri.
    Jika kita anggap sebagai penghalang cita-cita, kita akan menjadi lebih teruk dari hari semalam,
    sedangkan Rasulullah berpesan bermaksud “Hari ini perlu lebih baik dari semalam. Dan esok lebih baik dari hari ini.”

  2. lia ramli January 10, 2011 at 2:25 pm #

    “ALLAH kan ada…”.. its touch me a lot. sy bersetuju dgn ap y ditulis krn sy juga mgalaminya.
    sbg manusia kdg kala kita cepat mncri perlindungan dr manusia..dr makhluk..
    pk2 blik, alangkah bodohnya perbuatan tu, mencri perlindungan kpd makhluk yg juga hidup ats ihsan dr ALLAH.. so silly..😦
    kdg2 mmg terlupa.. dah nm pun mnusia.. tq 4 the post.. mmg sgt2 menyrentuh hati saya..
    bl sy sedih, keseorgn dn lemah sy akn sentiasa ingt bhw ALLAH kan ada..🙂 sy x keseorgn..
    -sy ingin mncintai ALLAH susah n senang

    • mukminahmujahidah January 19, 2011 at 8:50 am #

      Alhamdulillah. Moga Allah membantu saudari lia dalam mencintaiNya.

      Terima kasih atas perkongsian ini.

      Sebagai manusia, memang kita sering alpa dan cenderung untuk meletakkan pengharapan dan mencari perlindungan daripada manusia.

      Kita perlu ada keyakinan bahawa Allah sentiasa bersama kita, dan bersedia mendengar luahan kita pada bila-bila masa, inshaAllah .

      Yang penting, jagalah Allah, pasti Allah menjaga kita.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: