Apa Khabar Iman Kita?

22 Jul

This slideshow requires JavaScript.

    Alangkah indahnya jika setiap kali pertemuan dengan kawan-kawan,khabar tentang iman yang akan terpacul daripada mulut mereka dan kita sebagaimana berlakunya di zaman Rasulullah SAW.Para sahabat sering mengingatkan sesama sendiri tentang iman mereka,meningkatkah hari itu,atau jatuhkah,tewaskah.Itulah antara perkara pertama yang mereka lakukan setiap pagi apabila bertemu para sahabat.

Apa khabar iman anda pada hari ini?

    Suka untuk saya bertanya sendiri pada diri sendiri dan pada sahabat-sahabat semua khabar iman kita.Iman,harus diberi layanan sebaik badan.Iman itu mungkinlah kita boleh kaitkan dengan hati kerana selalunya iman lahir daripada hati yang tulus.Jika badan memerlukan makanan,begitu juga dengan hati.Hati akan rosak,sakit dan mati jika tidak disuap dengan makanannya iaitu zikrullah.

  Ingin sekali saya berkongsi bersama-sama para pembaca email yang saya dapat daripada salah seorang sahabat saya.Harap ia dapat membantu meningkatkan iman kita semua.InsyaAllah.

Firman Allah Subhanahuwata’ ala:

“Sesungguhnya orang-orang yang berimanhanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan merekaberjihad dengan harta bendadan jiwa raga mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang orang yang benar.”

– Al-Hujurat : ayat 15


  
 Iman adalah membenarkan dengan hati, mengaku dengan aqal fikiran dan membuktikan dengan amalan-amalan.


   Hati hendaklah benar-benar yakin dan percayakepada Allah dan rasul-Nya. Tasdiq atau keyakinan yang tidak bercampur syak dan tidak ragu-ragu. Juga tidak ada rasa tidak puas hati, rasa tidak layak, rasa lapuk dan rasa was-was terhadap din sistem Allah Subhanahuwata’ ala atau terhadap hukum-hukum Allah Subhanahuwata’ ala. Keimanan yang penuh yakin dan tidak goncang lagi.


   Keimanan seperti inilah yang akan melahirkan jihad dengan harta benda dan jiwa di jalan Allah Subhanahuwata’ ala.


   Hati yang telah memiliki iman akan berasa puas, tetap dan mantap. Hati ini akan mendesak tuannya untuk melaksanakan perintah-perintah Allah Subhanahuwata’ ala. Hati ini mendesak supaya dia melak­sanakan Islam di dalam diri, masyarakat dan realiti hidup. Inilah tanda iman yang sudah bertakhta di hati. Iman itu tidak jumud. Apa yang dirasakan di dalam hati mesti disepadukan dengan amalan-amalan hidup. Jika bertentangan antara hati dan amalan maka itulah yang dinamakan nifaq.

One Response to “Apa Khabar Iman Kita?”

  1. nazihah July 23, 2008 at 1:11 am #

    Alhamdulillah, jazakillah atas tulisan yang mengingatkan hati ana yang lalai ini. semoga Allah beriganjaran amal soleh. InsyaAllah.

    Iman yang kuat mendesak pemiliknya untuk segera bangun dan berjihad….kita di mana?

    boleh anti kongsikan sedikit jalan menuju keimanan?

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: