Terus dan terus

17 Sep

Kota itu. Setiap kali teringat kenangan-kenangan di sana , hati menjadi sebak dan sayu. Bukan hanya cerita-cerita gembira bermain salju, melewati pemandangan yang indah dan makanan yang enak sahaja menghiasi diari, tetapi lebih dari itu. Di situ diri pernah jatuh dan gagal. Di situ diri pernah mencari-cari erti hidup. Di situ banyak air mata yang sudah tumpah. Ada kala terasa ingin kembali mengulang kenangan manis, tetapi terasa pahit pabila teringat kenangan duka.

Pujuk diri. Katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Ada tarbiyah yang Allah hendak ajar. Sepatutnya diri belajar dari momen-momen di sana. Bukan sekadar jadi kenangan. Ahh…kalaulah masa boleh ku putar kembali. Akan ku baiki kesilapan lalu, dan mencetak prestasi. Tetapi itu mustahil bukan. Masa yang ada adalah masa ku kini.

Setiap yang berlaku, semuanya dalam susunan Allah, bukan? Aku tidak boleh putus asa daripada rahmat Allah..yakin bahawa Allah akan sentiasa bersama..

Ahh..kadang rindu mahu seperti dulu. Saat hati rindu pada tarbiyah dan dakwah. Di mana harus ku mula?

Kaki harus terus melangkah, walau sendiri, walau seorang.

Andai jatuh lagi, segera bangkit. Dan terus melangkah.

Hingga benar-benar kembali, dalam keadaan yang paling Allah redha.

Siapa yang berhajatkan kebaikan, pasti Allah bantu. Yakin itu, tahu?

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: