UK : Snow?

       Cuaca hari ini memang sejuk sangat.Jadi tidak hairanlah jika seseorang kembali tidur setelah subuh.Hari ini dalam kesejukan menahan cuaca yang agaknya dah sampai 0 darjah celcius,saya dikejutkan dengan panggilan telefon.Hmm..ternampak nama kak siti terpapar di skrin telefon.Saya menjawap panggilan tersebut dan terkejut terdengar suara gadis kecil di corong telefon.

 “Assalamualaikum,kak husna”

“Waalaikummussalam,maryam kenapa”

“Hari ni snow,kak husna.”

        Itulah antara kata-kata Maryam Sakinah,anak kepada sahibahku disini.Baru sahaja berumur 3 tahun tetapi sudah petah berkata-kata dalam dua bahasa,Inggeris dan Melayu walaupun agak pelat.MasyaAllah ketika itu hati saya sangat girang.Tapi masih terdapat sedikit perasaan kesal dihati saya kerana memikirkan kenapa saya bangun lewat hari ini.Dan yang pastinya kenapa saya tidak mampu untuk menangis melihat kuasa Allah ini?

       Pertama kali dalam hidup saya merasa salji.Memang rasa bersyukur sangat.Saya cuma agak terharu kerana baru sahaja semalam saya doa dengan besungguh-sungguh pada Allah.”Ya Allah,berilah aku peluang untuk merasa salji”.Dan terus Allah kabulkan pada hari ini.

     Mudah sekali Allah mengabulkan doa kita.Tapi sukar sekali untuk kita taat pada Allah.Ya Allah ampunkanlah dosa hambaMu ini.Jadikanlah pengalamanku ini satu tarbiyah buatku.Amin

 Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

 Kidderpore Avenue,London

3 Responses to “UK : Snow?”

  1. nazihah March 31, 2008 at 9:40 am #

    alhamdulillah, gembira membaca catatan rasa hati anti…terharu ana. Di malaysia pun orang pakat tidur lepas subuh, apatah lagi kat sana. hidup membujang pulak tu.

    Semalam ana pi cari rumah sewa sekitar Arau. 65% rumah Muslimah UiTM masih belum memulakan aktiviti harian. Sewaktu ana bagi salam, ada yang b aru nak buka mata….Aiiiiya, macam mana nak maju..?!!

  2. mukminahmujahidah April 3, 2008 at 6:36 pm #

    itulah anti..susahnye nak lawan..Rasulullah dah larang duk buat gak..caner nak jadi daie yg berjaya ni..aduhh…

Trackbacks/Pingbacks

  1. Heavy snow in London « ::Mukminah Mujahidah Menongkah Arus:: - February 2, 2009

    […]   Esok paginya saya dikejutkan dengan panggilan telefon oleh anak kepada kawan saya.Subhanallah memang cepat Allah memakbulkan doa.Pernah saya ceritakannya disini. […]

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: