Cabaran orang bekerja: Fasa bertahan

22 Sep

Saban hari, teringat akan blog ini. Entah bila mampu mengemaskini. Kadang-kadang, ada banyak perkara yang hendak dikongsi tetapi di padam kan semula, tiada kekuatan untuk dikongsi bersama.

Melihat kembali kepada kepada entri-entri lama, terasa rindu akan diri yang dahulu. Tidak sangka boleh menulis bahan yang begitu. Mungkin juga ketika itu jiwa ini lebih kuat dan teguh. Iman pun stabil sahaja. Rajin baca buku. Ye la, zaman masih bergelar pelajar.Sekarang ini, nak menulis satu entri pun kena tunggu berbulan-bulan. Nak baca buku pun, satu halaman sebulan belum tentu (aisshhhh).

Tiba-tiba teringat akan pesanan-pesanan yang selalu diterima semasa masih bergelar pelajar dahulu. Bahawa alam selepas universiti yakni alam kerjaya dan fasa-fasa seterusnya adalah realiti sebenar yang perlu kita hadapi. Tiba masanya segala teori yang dipelajari dahulu diterjemahkan dalam bentuk amal. Segala kesabaran, kelembutan, kasih sayang terhadap masyarakat, teori pengorbanan, ketsiqahan dan sebagainya itu, perlu diterjemahkan di fasa kerjaya ini. Fasa diri banyak bertemu masyarakat.

Entah.. sedikit demi sedikit rasa sensitif itu mula pudar. Rasa mahu menjadi agen perubah dalam mengubah diri dan mengajak manusia lain kembali kepada Allah itu makin menyusut. Ahh…seakan-akan tidak pernah dipelajari teori yang dahulu. Apabila dimuhasabah akan perilaku sehari-hari, perkara-perkara yang dituturkan sehari-hari dan perkara-perkara yang disibukkan sehari-hari pada waktu kini dan dahulu, jauh nya dari matlamat akhir. Kata nak redha Allah. Nak syurga. Tapi, adakah apa yang dilakukan, yang dituturkan, yang disibukkan di gerakkan ke arah itu?

Bekal. Banyak manapun ia, akan susut juga.

Ya, jika tiada bekal berterusan yang diterima. Lama-lama ia akan susut juga. Bekal dahulu bukan boleh bertahan lama. Harus sentiasa di topup. Harus sentiasa diingatkan. Sedangkan fasa kerjaya ini fasa yang ‘meragut’ banyak jiwa-jiwa dan syuur-syuur beramal anak muda yang bersemangat dahulu di alam universiti.

Hanya mampu berdoa setiap saat, moga dalam apa jua situasi , masih kekal bertahan dengan apa yang Allah suka. Bukan dengan apa yang manusia suka. Janganlah lebih suka pancing perhatian manusia daripada perhatian Allah. Itu silapnya.

Teringat perkongsian seseorang. Fasa ini adalah FASA BERTAHAN!

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: