UK : Going To Fancy Dress Party!!!

Wahhh!!!

Jangan terkejut membaca tajuk post kali ni.Meh dengar cerita dia dulu..

……………………………………………………………………………………………………………..

  Saya masuk agak awal ke kuliah hari itu.Saja ingin mengecop tempat yang strategik.Maklumlah..kelebihan diri yg ada pada saya buatkan saya xmampu utk duduk dibelakang. (wanita Asia la katakan…)

  Beberapa min kemudian dewan kuliah mula dipenuhi pelajar.Seorang sister ISOC masuk,menghala kearah saya.

“Husna,are you free next Friday?I told you in advanced so that you can manage your time.”

  Aduhh..apa plak ni?Ni mesti ada event baru ni.Erm kebelakangan ini budak2 ISOC ni byk betul anjurkan event..rasa hati memang nak join terutamanya waktu Eid Dinner hari tu tapi tu lah kita yg hanya merancang,Allah saja yg menentukan..Dan kali ini..apa plak ye…

  “Next Friday?Is it on 24th?” Nampak sangat muka saya yg cuba mencari alasan tak nak pegi ;p .Aduh bukan ape..sekarang dah mula byk keje n test..cukuplah rasanya jika dh bagi komitmen pada satu usrah..xmmpu rasenye nk hadir semua kerana byk lagi komitmen yg menagih tenaga dan masa dari diri ini..

 “We have Fancy Dress Party next Friday.Please come Husna.You never come to our events.” (waktu ni saya tersengih2 je..) We will provide you a costume.You can act as anything that you want..scooby-doo,Cindarella and anything.This only for sisters.And other sisters will guess which character are you.” Bersungguh-sungguh betul sister tu mengajak saya menyertai event tu.aduhh sebenarnye saya terkejut gak..depa ni buat Fancy dress party?Biar betul..

“Ala apa salahnya..kan ni untuk sister je.”

Fancy dress party for what?For charity they said.The money they got will all proceed to charity.

Hmm..perlu ada satu benda yang perlu kita faham disini..

MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA

Itu pegangan saya..kalau nak buat baik,perlu kena caranya sebab amal soleh itu perlu berlandaskan dua syarat :

1) Niat ikhlas semata kerana Allah

2) Dan amal selaras dengan syarak

  Saya bagi contoh yang paling senang yang biasa dilakukan oleh masyarakat kita.Syarikat A ingin mengutip derma untuk disalurkan kepada badan kebajikan dan rumah anak-anak yatim.Niat mereka ikhlas (InsyaAllah).Mereka bercadang untuk  mengadakan Konsert Mari Kepoh.Setiap pengunjung yang datang perlu membayar RM10 dan semua hasil kutipan tiket itu akan didermakan ke rumah kebajikan dan rumah anak yatim tersebut.

  Konsert ini dijayakan dengan menjemput artis dangdut,dan kumpulan rock yang terkenal yang sekarang menjadi kegilaan para remaja.Konsert bermula jan 8.00 malam.Semuanya berjalan lancar,sehinggalah konsert itu tamat dengan jayanya.

  Tetapi bagaimana ya aktiviti pengunjung sepanjang konsert itu berlangsung?Percampuran antara lelaki dan perempuan.Menjerit-jerit dan bersorak sakan.Tidak dicampur ada juga yang tertinggal solat fardhunya.Semua ini mengundang kemaksiatan.

  Berbalik pada kes yang berlaku pada saya.Salahkah kita mengadakan aktiviti yang dikhaskan hanya untuk wanita sahaja?Tak salah.Tetapi aktivitinya itu apa?Disini kita perlulah memikirkan mudarat dan manfaat yang diperoleh.Takut-takut jika aktiviti yang kita hadiri langsung tidak mendapat redha Allah.

  Biarlah apa jua aktiviti yang kita hadiri dan yang kita anjurkan,serta segala amal yang kita lakukan  dapat mengaitkan kita kepada Pencipta alam ini.Adakah lagi ingatan padaNya jika  aktiviti itu hanya untuk bersuka-suka,dan mengisi waktu lapang semata-mata?

   Ingatkah lagi bagaimana Rasulullah SAW pernah menegur sekumpulan lelaki yang asyik ketawa?”Jika kamu mengingati mati,pasti kamu tidak akan ketawa sebegini.”Begitulah antara kata-kata junjungan mulia yang cukup kita sayangi.

  Sedangkan berhibur,bersuka-suka semata-mata adalah budaya orang kafir.Macam mana kita boleh katakan kita ini seorang muslim jika apa yang kita buat,apa yang kita dengar,apa yang kita lihat dan apa yang kita makan sama seperti yang dilakukan orang kafir?Apa bezanya kita dengan mereka?Jika mereka melihat kepada cerita-cerita yang melalaikan,penuh dengan cerita yang mengagunkan cinta-cinta palsu manusia,adakah kita juga mahu seperti mereka?Jika mereka mendengar kepada lagu-lagu yang memuja-muja cinta sesama manusia,kita juga mendengar yang sama kah?Tidak!Sekali-kali tidak!Kita perlu berlainan daripada mereka!

  Hakikatnya kita bukan hanya berlainan dari segi akidah,tetapi dari setiap segi perlakuan kita harus berlainan daripada mereka.Harus lebih baik!Jangan ditiru perbuatan mereka melainkan kita ubah dia sesuai dengan landasan syarak.(contohnya ilmu masakan ;p ).

  InsyaAllah usaha kita meletakkan perbezaan yang sangat jauh antara kita dengan orang kafir dari segi perlakuan terutamanya akan membuatkan kita hampir untuk mencapai darjat ketaqwaan.Ameen.

 

Strand Paws Room

21/10/08

5 Responses to “UK : Going To Fancy Dress Party!!!”

  1. irhafiz October 23, 2008 at 1:11 am #

    Setuju dengan akak.
    Bagaimana konsert amal untuk mengutip tabung anak yatim boleh dikatakan elok, sedangkan dengan konsert itu akan menyumbang faktor kepada kewujudan lebih ramai anak yatim?
    Apa yang saya maksudkan ialah gejala sosial memungkinkan lahirnya anak-anak yatim. Ia juga memungkinkan wujudnya keretakan rumah tangga yang dibina atas asas yang tidak kukuh.

    Memang matlamat tidak menghalalkan cara. Tapi itulah yang makin berleluasa akhir-akhir ini…

    Ampun kan hamba Mu ini ya Allah… Wallahua’lam.

  2. nazz October 23, 2008 at 4:04 am #

    jangan sanmpai hilang identiti!

  3. mukminahmujahidah October 24, 2008 at 7:49 am #

    [to nazz]

    Apa mksud anti?

    [to irhafiz]

    InsyaAllah..tu pntingnya perlu ada org yg saling mengingatkan.Siapa?Kitalah..siapa lagi kan?

  4. nazz October 24, 2008 at 9:20 am #

    hilanglah identiti Muslim….malam tu tukaq sat jadi snow white ke…cinderella ke…sleeping beauty ke.

    Dari seorang muslim jadi orang lain pulak! Jangan buat, bahaya tu!

Trackbacks/Pingbacks

  1. Sticky Post « ::Mukminah Mujahidah Menongkah Arus:: - October 21, 2008

    […] The Journey on Going to Fancy Dress Party !!! […]

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: