Membuat keputusan? Aku masih belajar.

28 Aug
Hidup adalah tentang mengambil risiko.
Adakah begitu? Hanya berharap,pada setiap pilihan dan keputusan yang dibuat dapat di nilai dengan nilaian iman, bukan hanya hendak memuaskan hawa nafsu. Dan moga Allah redha pada setiap keputusan dan pilihan yang dibuat.

Pada umur yang begini, walaupun sedikit lambat untuk bermula, tetapi masih belum terlewat untuk memikirkan dan menangani setiap perkara yang dilalui sebagai sesuatu yang serius, dengan pemilihan yang lebih bijak dan matang. Bukan sekadar memilih kerana mengikut trend semasa.

Benarlah hidup ini adalah tarbiyah.
Ujian yang lalu mengajar kita untuk lebih siap menghadapi risiko-risiko yang mendatang.

Tiada lagi keputusan yang dibuat kerana ingin menyedapkan hati manusia, kerana takut manusia terguris, kerana ingin dipandang tinggi manusia dan sebab-sebab duniawi yang lain. Sebab-sebab itu pasti akan memakan diri, sampaikan apabila keputusan tidak dapat dilaksanakan dengan baik, maka ia telah menjadi fitnah buat diri.

Dari saat ini, harus ada usaha untuk isthikarah dan isytiharah dalam setiap keputusan dan pilihan-pilihan penting dalam kehidupan. Nilailah, dengan nilaian iman.

Maaf, jika ada antara keputusan dan pilihan diri ini buatkan banyak hati yang terluka.

Aku masih belajar untuk terus menjadi lebih matang.

2 Responses to “Membuat keputusan? Aku masih belajar.”

  1. MK August 28, 2013 at 3:12 pm #

    Semoga enti terus thabat di jalan-Nya…keteguhan hati amat penting dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan..

    • Husna Zaki September 10, 2013 at 1:53 pm #

      jazakillah khairan sis. Sangat perlukan doa semua

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: