Ganjaran Di Dalam Islam

i121374520_70443.gif

Oleh Us Fathi Yakan, Usul Dakwah. 

Hukum-hakam Islam bukan sekadar mengandungi nasihat dan tunjuk ajar malah hokum-hakam ini turut mengandungi ganjaran sama ada berupa pahala atau pun azab. Ia juga mengandungi ganjaran pahala bagi manusia yang mengerjakannya dan ganjaran azab bagi manusia yang melanggarnya bergantung kepada amalan yang dilakukan. Pada dasarnya, ganjaran pahala ataupun azab ini diberikan di akhirat bukannya di dunia. Walaubagaimana pun oleh wujudnya keperluan bagi menjamin kestabilan masyarakat dan perlunya kepada sesuatu system bagi mengatur  hubungan antara individu dalam bentuk yang lebih sistematik dan berkesan demi menjamin hak-hak manusia, ini menuntut wujudnya hukuman di dunia selain hukuman di akhirat. Ruang lingkup ganjaran ini amat luas seluas erti kesyumulan Islam yang merangkumi seluruh aspek hidup manusia. Oleh kerana itu, konsep ganjaran dalam Islam mencakupi aspek aqidah, akhlaq, ibadah dan muamalah. Setiap pelanggaran terhadap aspek-aspek tersebut akan membabitkan ganjaran di akhirat dan kemungkinan  berkait juga dengan ganjaran di dunia.

Hukuman yang dijalankan di dunia tidak akan memansuhkan hukuman di akhirat kecuali jika hukuman ini disertai dengan taubat nasuha. Taubat nasuha pula hanya sah apabila pesalah benar-benar menyesal dengan apa yang dilakukan. Pesalah pula perlu berazam tidak akan mengulangi kesalahan yang sama, di samping perlu mengembalikan hak orang lain jika kesalahn tersebut membabitkan orang lain, contohnya mencuri dan merompak.

                Hukuman di akhirat pula mendorong individu Muslim untuk tunduk kepada hukum-hakam syriat Islam secara sukarela. Tidak kira sama ada ketika di khalayk ramai atau bersendirian kerana takut kepada hukuman Allah Ta’ala. Walaupun seseorang itu mampu melarikan diri dari hukuman di dunia, tetapi dia mamahami bahawa hukuman akhirat pasti menantinya dan sudah tidak dapat melarikan diri lagi.

Oleh kerana itu apabila seseorang Muslim melakukan sesuatu jenayah atau kesalahan kerana kelemahan imannya dia sendiri akan menuntut agar hukuman di dunia di jalankan. Ma’iz misalnya, dia membuat pengakuan di hadapan Rasulullah bahawa beliau telah melakukan kesalahan zina. Dia menuntut supaya hukuman hudud dijalankan ke atasnya. Ini menunjukkan bahawa hukuman akhirat berjaya menghalang manusia daripada melanggar undang-undang Islam. Tindakan ini didorong oleh rasa takut dan malu kepada Allah.

30483999_ba18fa839b.jpg

(ingatlah) hari (kiamat Yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan Yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya Dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan Yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang Yang bersalah) ingin kalau ada jarak Yang jauh di antaranya Dengan amalnya Yang jahat itu. dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). dan (ingatlah juga), Allah amat belas kasihan kepada hamba-hambanya. “(Ali Imran: 30)

                 “ Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Al-Zalzalah: 7-8)

                       Kedua-dua ayat ini seakan menjadi satu kekuatan yang dapat menghalang manusia daripada melakukan apa jua kesalahan. Suntingan semula: Nazihah 

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: