Bukan tak nak..tapi takutla..

main-bola.jpg

    Petang itu sangat ceria.Awan yang redup,langit yang cerah.Burung-burung pun berkicau riang mencari rezeki.Masih belum sampai masa untuk pulang kesarang.Kelihatan anak-anak kecil berlari-lari.Menambahkan lagi keceriaan taman permainan itu.Tidak jauh dari situ,kelihatan sekumpulan anak muda yang sedang berehat-rehat dibawah sebatang  pohon.Empat orang semuanya.Melepaskan lelah setelah penat berkejar-kejaran dan bermandi peluh sebentar tadi.

  ” Uissh,penat betul la arini.Tapi best!Sebab team kita menang!”kata Rosli membuka bicara.

“Yela..berbaloi gak aku berlatih penat-penat sebelum ni..susah betul nak lawan team Bulat tu…diorang main kasar!”,sokong Zai.

“Yela..alhamdulillah.Betul jugak kata kau tu Zai.Tak sia-sia usaha kita selama ni”,giliran Rasyid bersuara.

“Hehe..aku sokong 100%!Wei!Apa kata kita celebrate kejayaan kita ni!Nak tak?”,Roy memberi cadangan.

“Tak payah la..buat apa?Bukan kemenangan besar sangat pun.Perlawanan persahabatan je pun”,jawap Rasyid.

“Entah..aku rasa pun tak payah.Lain la kalau kita lawan peringkat negeri ke..boleh la jugak nak raikan..ni tak..buang duit je..baik akau belanja awek aku makan”,sampuk Rosli sambil tersengih.

 “Eh jap..kau punya ayat tu buat aku teringat sesuatu la.Esok kita dah nak start cuti dah.Jom outing nak?Yela kalau tak celebrate pun kemenangan kita ni,jom la kita pegi makan-makan,tengok wayang.Dah lama la tak lepak dengan korang”,pujuk Roy.

“Aah la.Jom la wei.Aku nak tengok cerita baru tu.Apa namanya ye?Err…ala yang artis Barat terkenal tu berlakon..kawan aku dah tengok..diorang kata best tau!”balas Zai dengan bersemangat.

“Set!Cantik idea kau tu Roy!So,esok la ye.Aku pun dah lama bangat seh tak tengok wayang.Haha..”kata Rosli dengan bangganya.

 “Set!”kata Roy dan Zai serentak.

“Kau macam mana pulak syid?Jom la.Kau dah lama tak join kitorang.Ada banyak kelebihan tau.Ada banyak awek.Hehe.Nanti boleh aku kenal-kenalkan sorang kat kau.Kau pun sekarang ni belum ada awek lagi kan?Kitorang pun nanti boleh bawak awek kitorang”tawar Rosli.

“Tak payah la korang.Aku tak nak la pegi.Korang je la pegi.Aku takut la..dan malu…”tolak Rasyid.

“La kau takut apa pulak?Kita dah bebas la sekarang ni.Mana ada cikgu nak tahan lagi macam time sekolah dulu.Waktu dulu tu lain la cerita.”Relax la bro!”kata Rosli sambil menepuk peha kawannya itu.

“Pasal tu aku takde la takut sangat li.Tapi…”Rasyid terdiam

“Tapi apa?Jangan cakap kau takut mak dan ayah kau marah pulak sudah!”sinis Roy.

Serentak itu ketiga-tiga kawannya ketawa terbahak-bahak apabila membayangkan Rasyid yang boleh dikatakan macho itu takut dengan mak dan ayahnya.

“Ala syid.Mak dan ayah kau bukannya tak kenal kitorang.Kitorang bukan ajak kau hisap dadah ke,minum arak ke.Tengok wayang aje.Takkan la itupun kau takut.Lagipun sebelum ni kau tak pernah ikut kitorang pegi tengok wayang.Jom la.Rugi tau tak tengok.Ala kalau kau malu dengan awek kitorang,kitorang tak bawak le.Kawan punya pasal.Jom la pegi,”pujuk Zai.

“Korang,bukan sebab aku takut kat mak dan ayah aku dan bukan sebab aku malu kat awek korang tu tapi ada sebab lain la.”kata Rasyid mendatar.

“Apa pulak?Bagitau jelah kitorang.Tak payah la main teka-teki.Kalau ada masalah bagitau je.Kalau boleh tolong,kitorang tolong.Kita kan kawan seperjuangan sejak zaman sekolah lagi,”getus Rosli sambil memeluk bahu Rasyid.“Kau takde duit ye?”sambungnya.

“Korang..oklah..aku tak nak pegi tengok wayang dengan korang bukan sebab aku takut dengan cikgu,mak,ayah walhal sesiapapun.Bukan jugak sebab aku malu dengan awek korang ataupun takde duit.”Rasyid memulakan bicara.

“Tapi aku takut..aku takut iman aku jatuh sebab aku tengok wayang.Aku takut Allah marah aku sebab aku dah buat maksiat dengan tengok wayang.Cerita yang korang tengok tu ada adegan-adegan maksiat.Aku takut cintaku pada Allah akan rapuh kalau aku mula mencari cinta yang tidak halal bagiku.Aku malu pada Allah.Sebab aku tahu Allah sentiasa melihat aku.Aku tak mampu untuk menahan maluku ketika Allah akan tontonkan kembali kelakuan maksiatku ini,seperti skrin pawagam dikalangan seluruh umat manusia di Hari Perhitungan kelak..aku tak kan sanggup menahan malu itu.Biarlah sekarang korang mengejek-ngejekku kerana aku tak ada awek atau aku tak bersosial mcm korang.Tapi ketahuilah aku tak sanggup menahan malu.Kalau korang boleh tahan dibuka aib korang nanti,korang teruskanlah.”Rasyid meluahkan perasaannya sambil tertunduk.Air matanya sudah mula bergenang.Hanya tunggu masa untuk gugur.Lantas cepat-cepat dikesatnya sebelum disedari kawan-kawannya yang lain.

 Kawan-kawannya yang bertiga itu turut tunduk.Diam seketika.Insaf agaknya.

      Beginilah sahabat-sahabatku,rasa takut yang perlu ada dalam diri kita.Cukuplah bagi seorang hamba ketika mana terniat di hatinya untuk melakukan sesuatu kerja, mengiktikadkan di dalam lubuk perasaannya bahawa Allah adalah bersamanya mendengar dan melihatnya, mengetahui rahsia-rahsianya, juga mengetahui kejahatan penglihatan dan apa yang disembunyikan di dalam dada sebagaimana sabda junjungan (selawat dan salam ke atasnya) ketika mana ditanya mengenai “ihsan” iaitu:

       “Engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya,

sekiranya engkau tidak melihat Nya maka sesungguhnya Ia melihat engkau.”

(Riwayat Muslim)

    Dengan inilah sesungguhnya seorang hamba telah menghampiri dan bermuraqabah kepada Allah setiap masa lalu lantaran itulah juga yang mengelokkan akhlaknya, memperbaikkan amalannya, meneguhkan rohaninya dan adalah beliau meningkat ke tingkat kesempurnaan.Dan kepadamu sahabatku,beberapa contoh hasil dan sentiasa bermuraqabah kepada Allah dalam jalan kehidupan, muamalah dan akhlak:

i.         Al-Imam Al-Ghazali meriwayatkan di dalam Ihya’ bahawa Yunus bin Ubaid mempunyai beberapa pakaian yang berbeza harganya.Antaranya yang bernilai setiap satu 400 dirham dan yang bernilai 200 dirham. Beliau pergi menunaikan sembahyang dan meninggalkan anak saudaranya menjaga kedainya. Lalu datang seorang Badwi danmeminta pakaian yang bernilai 400 dirham. Lantas diberikannya pakaian yang bernilai 200 dirham. Badwi tersebut mendapatinya elok dan ia menyukainya lalu dibelinya dengan harga tersebut (400 dirham). Badwi tersebut beredar dan membimbit pakaian tersebut di tangannya. Kemudian beliau terserempak dengan Yunus dan Yunus mengetahui yang pakaian tersebut adalah dari kedainya. Beliau bertanyakan Badwi tersebut, “Dengan harga berapakah engkau membeli pakaian ini?” Lalu dijawab oleh Badwi tersebut dengan harga 400 dirham. Yunus berkata: “Harga baju ini tidaklebih dari 200 dirham maka pulangkan supaya dikembalikan duitnya. Badwi tersebut berkata, “Di negeri kami pakaian ini bernilai 500 dirham dan dalam pada itu aku meredai harga ini.” Lantas Yunus berkata kepada Badwi tersebut, “Ayuh bersamaku, sesungguhnya nasihat di dalam agama lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” Kemudian diajaknya Badwi tersebut kembali ke kedainya dan dipulangkan kepadanya 200 dirham. Anak saudaranya membantahinya dan mengutuknya. Yunus berkata, “Tidakkah engkau malu? Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah mengambil untung dengan harga yang sedemikian dan meninggal nasihat untuk orang-orang Islam.” Anak saudaranya berkata: “Demi Allah aku tidak mengambilnya melainkan ia meredainya.” Yunus menempelak anak saudaranya, “Tidakkah engkau meredai untuknya dengan apa yang redai untuk dirimu sendiri?”

ii.         Kata Abdullah Bin Dinar: Saya berangkat dengan Umar bin al Khattab menuju Makkah, lalu kami berhenti di suatu tempat di pertengahan jalan dan kami bertemu dengan seorang pengembala yang turun dari bukit. Umar berkata kepadanya, “Hai pengembala,juallah seekor kambing.”Pengembala itu menjawab, “Saya ini hamba.”Umar berkata untuk mengujinya, “Katakanlah kepada tuanmu,bahawa kambing itu dimakan serigala.”Pengembala itu menjawab,“Tetapi dengan Allah bagai mana?” Umar menangis mendengarkan perkataan pengembala tadi. Kemudian Umar pergi bersama pengembala itu, lalu hamba itu dibelinya dan tuannya dan dimerdekakannya. Umar berkata kepadanya, “Kalimat inilah yang telah menyebabkan engkau merdeka di dunia dan aku mengharapkan kalimat itu juga yang memerdekakan engkau di hari akhirat kelak.”

iii.          Kebanyakan daripada kita mungkin telah mengetahui kisah seorang ibu dengan anaknya:Kisah si ibu yang mahu mencampurkan susu dengan air kerana mengharapkan keuntungan sedangkan anak perempuannya memperingatkan kepadanya larangan Amirul Mukminin. Ibu berkata:“Bukankah Amirul Mukminin itu jauh dari kita? Sudah tentu dia tidak melihat kita.” Anak perempuannya itu menjawab dengan tegas,“Kalau sekiranya Amirul Muk minin tidak melihat kita, maka TuhanAmirul Mukminin tetap melihat kita.”

iv.          Ini pula kisah seorang wanita di zaman Saidina Umar al-Khattab r.a, ketika mana ia telah pun ditinggalkan oleh suaminya dalam jangka masa yang lama Dia telah diselubungi oleh rasa pilu dan rindu serta rasa kesunyian berseorangan. Sementara darah kewanitaannya pula telah mengalir ke segenap urat sarafnya dan suara batinnya menjerit dengan ungkapan yang penuh kerinduan. Tiada sesuatupun yang menghalangnya daripada memenuhi tuntutan nafsunya itu kecuali benteng keimanan dan muraqabah yang berkekalan ke hadrat Allah s.w.t.Pada suatu malam yang sunyi sepi Saidina Umar telah mendengar ia mengalunkan lagu rindu seperti berikut:Malam ini begitu panjang dan tepi langit begitu hitam, Sudah lama aku tiada kawan yang dapatku bersenda gurau, Demi Allah!Kalau tidak kerana semata-mata takutkan Allah, tentulah kaki-kaki katil ini sudah bergoyang-goyang.Pada hari yang berikutnya Saidina Umar telah masuk menemui anaknya Habshah dan bertanya kepadanya: “Berapa lamakah seorang isteri itu boleh bersabar ke atas suaminya?” Habshah berkata: “Empatbulan.”Maka Saidina Umar telah mengutuskan perutusan kepada para panglima tenteranya di barisan pejuang dan pahlawan Islam dengan suatu arahan kepada mereka: Janganlah mereka menahan tentera Islam itu daripada ahlinya lebih daripada empat bulan!Kisah ini menggambarkan pertentangan yang hebat di antara perasaan perempuan ini dengan rasa takut terhadap Allah. Di antara dorongan-dorongan yang kuat kepada dosa dan kejahatan. Walau bagaimanapun semua dorongan itu telah berjaya dipadamkan dengan kekuatan iman dan menanglah keimanan itu.

Mengingati kematian dan rentetan peristiwa selepasnya:

        Tidak diragui lagi seorang mukmin itu ketika mana beliau mengingat kematian, pasti akan menemuinya, menyedari bahawa beliau akan dipersoalkan setiap amalannya sedang beliau keseorangan. Sesungguhnya tempat persemadiannya itu sama ada taman dan taman-taman syurga ataupun jurang dan jurang-jurang neraka. Seseorang mukmin ketika mana menyedari serta mengingati kesemua ini, menginsafi serta menghayati dipemikirannya, pastilah hatinya akan merasai ketakutan kepada Allah. Lalu sentiasa memuraqabahkan dirinya kepada Allah diketika terang dan tersembunyi. Bahkan dalam pada itu juga ia akan menjuruskan seluruh tindakannya ke arah amal salih sebagai persediaan serta bekalan untuk hari yang dijanjikan ini. Semoga ia akan berada di kalangan mereka yang Allah limpahkan nikmat ke atas mereka iaitu golongan para-para nabi, siddiqin,syuhadak dan sebaik mereka yang dibuat teman.Tidak ada yang lebih baik dan apa yang di katakan oleh sesetengah mereka:Berbekallah untuk peristiwa yang pasti berlaku. Maka sesungguhnya maut itu ketentuan bagi seorang hamba. Relakah engkau untuk menjadi teman pengiring bagi suatu golongan yang bagi mereka penuh bekalan,sedangkan engkau tanpa bekalan.Ekoran daripada ini Rasulullah s.a.w memerintahkan umat ini untuk memperbanyakkan mengingati kematian dan pemutus kelazatan. Di riwayatkan oleh Tirmizi dari Abu Hurairah r.a, sabda Nabi s.a.w:

“Perbanyakanlah mengingati perkara yang menghilangkan kelazatan

— iaitu mati.”

     Seterusnya Baginda s.a.w. memerintahkan untuk menziarahi kubur dan menyatakan faedahnya.Muslim meriwayatkan dari Buraidah r.a berkata: Sabda Rasulullahs.a.w:

“Adalah aku (sebelum ini) menegah kamu dan menziarahi kubur,

maka ziarahilah.”

Dalam suatu riwayat yang lain:

“Maka barangsiapa yang hendak menziarahi kubur maka ziarahilah!

Maka sesungguhnya ia mengingatkan kepada akhirat.”

      Lantaran ini jugalah baginda ar-Rasul mendidik para sahabatnya untuk bersedia menghadapi maut supaya mereka tidak dilalaikan oleh angan-angan. Bukhari meriwayatkan dari Ibn Umar r.a berkata: Rasulullah memegang dua bahuku lalu bersabda.

“Hendaklah engkau berada di dunia seperti mana engkau seorang

pedagang ataupun perentas jalan (pengembara).”

Ibn Umar berkata:

Apabila engkau berada di waktu petang janganlah menunggu

sehingga waktu subuh, dan apabila engkau di waktu subuh janganlah

menanti hingga waktu petang, gunakanlah masa sihatmu sebelum engkau

sakit dan masa hidup engkau sebelum engkau mati.

 masa.jpg  

    Daripada ini jugalah baginda ar-Rasul s.a.w menyuruh seseorang muslim bersegera menulis surat wasiat sebagai persediaan untuk “hari Perjalanan”. As- Syaikahan meriwayatkan dan Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tidak ada yang paling penting bagi seseorang muslim baginya

sesuatu yang diwasiatkan dan ia tidak akan tidur dua malam berturut-turut

melainkan di sisinya wasiat yang ia tuliskan.”

berkata Ibn Umar:

 “Tidak aku lalui suatu malam pun semenjak aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

yang demikian melainkan di sisiku wasiatku.”

      Seterusnya baginda mengibaratkan mereka yang sentiasa mengingati maut sebagai mereka yang paling berakal di kalangan manusia dan paling mulia di kalangan mereka.

Diriwayatkan dan Abi Dunya dan At-Tabarani,Ibn Majah dan Baihaqi dan Ibn Umar

bahawa seorang lelaki bertanyakan

Nabi s.a.w, mukmin yang manakah paling cerdik?” Sabda Nabi:

“Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik persediaan

mereka selepas mati. Mereka itulah yang paling cerdik.”

      Para salafus salih adalah merupakan mereka yang paling banyak mengingati kematian dan mengambil pengajaran darinya.Adalah Ibn Umar r.a apabila mengingati kematian dan keadaan-keadaannya,ia menjadi tidak tenang seperti burung yang sedang berkibas dan tiap-tiap malam beliau mengumpulkan fukaha’ lalu mereka saling ingat kematian dan hari Kiamat. Setelah itu mereka menangis seolah-olah mereka menangisi satu kematian.Hamid al-Qusairi berkata: “Setiap kita meyakini kematian, tetapi kita tidak membuat sebarang persediaan terhadapnya. Setiap kita juga meyakini dengan syurga tetapi tidak kelihatan kita melakukan sebarang amalan. Dan setiap kita meyakini dengan neraka akan tetapi kita tidak kelihatan takut kepadanya. Apakah yang menyebabkan kamu bergembira? Tidakkah ingatan dan harapan kamu kepada kematian itu merupakan perkara yang pertamatama sekali mengingatkan kamu kepada suruhan Allah sama ada dengan melaksanakan kebaikan atau menghindari kejahatan. Wahai saudaraku,berjalanlah kamu kepada tuhanmu dengan jalan yang sebaik-baiknya.”Berkata Hassan al-Basri: Maut membongkarkan kecelaan dan keaiban dunia. Maka mereka yang berakal tidak akan tinggal di dalamnya dalam keadaan penuh kegembiraan. Dan tidaklah bagi seseorang hamba yang melazimkan (menetapkan) dirinya untuk mengingati kematian melainkan dia akan merasakan dunia ini begitu kecil dan segala yang ada di dalamnya adalah hina.

            Diriwayatkan daripada Muzni, ia berkata:Aku menemui as-Syafie ketika ia sedang sakit yang membawakematian kepadanya. Aku berkata kepadanya: “Bagaimanakah keadaan engkau?” Lalu ia menjawab: “Aku akan menjadi seorang pengembara yang akan keluar dari dalam dunia ini. Dan kepada saudaraku, aku akan menjadi seorang yang akan dipisahkan dan mereka. Sementara segala amalan keburukan aku adalah penanggunganku (akibatnya) dan aku merupakan seorang yang amat mengharapkan untuk meminum gelas kerahmatan (Allah). Kepada Allahlah aku akan kembali. Tidak aku ketahui apakah rohku ini bergerak ke syurga lalu aku akan mengucapkan tahniah kepadanya, atau ke neraka yang aku tanggung (seksanya).” Kemudian beliau bernasyid:“Bila jiwaku tidak bermaya lagi dan jalan hidupkan sudah menjadi buntu.Maka aku menjadi harapan terhadap keampunanmu itu sebagai tangga.Dosa memang telah menguasai diriku tetapi bila aku membandingkannya dengan keampunan-Mu, maka ianya (keampunan-Mu)itu adalah lebih besar.Kamu (ya Allah) akan sentiasa memberi keampunan kepada yang berdosa.Kamu bersifat pemurah dari segi pemberian, dan pengampun dari segi memberikan kemuliaan dan penghormatan.”

         Adalah Abu Darda’ r.a. ketika ia sedang duduk di suatu kubur, maka ditanyakan kepadanya, apakah yang engkau buat di situ? Jawabnya:“Aku sedang duduk di hadapan suatu kaum yang mengingatkan aku kepada tempat kembaliku. Bila mana aku menghilangkan diri daripada mereka (berpindah dan pergi ke tempat lain) mereka tidak akan mengumpat dan mencaci aku.”Kata Maimun bin Mahran: Aku keluar her sama-sama dengan ‘Umar bin Abdul Aziz kepada suatu tanah perkuburan, maka apabila ia melihat kepada kubur itu lalu ia menangis. Kemudian ia datang kepadaku dan berkata: “Ini adalah kubur datuk nenek Bani Umaiyah, seolah-olah mereka itu tidak lagi bersama-sama menikmati kehidupan (kesenangan hidup dunia)  dengan penduduk dunia. Apakah kamu tidak mendapati mereka yang telah mati itu telah ditimpakan kepada mereka azab-azab Allah, bencana-bencana serta telah berterusan mengongkongi hidup mereka, dan ditimpa pula kepada mereka penyakit-penyakit yang menyerang tubuh badan mereka?” Kemudian beliau menangis, seraya berkata: “Demi Allah, tiada yang aku ketahui seorang manusiapun yang mendapat kenikmatan yang banyak (lebih), kecuali daripada mereka yang sudah sampai ke kubur ini dan sudahpun terselamat daripada azab-azab Allah s.w.t.”Lantaran itu, wahai para mukmin semua ingatlah kamu kepada mati dan perkara-perkara yang selepasnya, berbekallah kamu daripada pelabuhan dunia ni dengan amalan yang salih, dan sentiasa tingkatkanlah diri kamu didalam tangga kerohanian,dan selamatlah kamu dengan sempurna,dan akhirnya kamu akan sampai kepadanya di bawah kelembutan keredaan Allah,dan bersedialah untuk hari yang akan kamu temui!

 Disunting daripada:”Menuju ketaqwaan” karya Nasih Ulwan

175117180l.jpgEditor:Husna

5 Responses to “Bukan tak nak..tapi takutla..”

  1. drmuslim February 20, 2008 at 3:54 pm #

    ihsaan…susah tu ukhti. Ana sering tertewas bila keseorangan. selalu lupa yg ada cctv Allah sentiasa active. MasyaAllah…tarbiyyah kita tarbiyyah amaliyyah.kena pastikan buat ni.oke…oke…doakan ana tau. semoga ana improve.

  2. mukminahmujahidah February 20, 2008 at 4:02 pm #

    cctv….menarik perkataan tu..mungkin boleh buat cerita pasal tu..hehe..btul..mmg payah tapi tak mustahil..InsyaAllah moga kita semua diberi kekuatan..laksanakan melalui tarbiyah amaliyyah..ana doakan..ameen..

  3. Humayra October 26, 2008 at 5:51 am #

    jazakillah atas perkongsian ni…
    a very good reminder. Iziankan ana copy post nie untuk share dgn orang lain boleh?
    Moga kita dapat Istiqamah dalam beramal, wherever we are…

  4. Humayra October 26, 2008 at 5:53 am #

    Ya ukhtie.. ana linkkan blog nie ye…

  5. mukminahmujahidah October 26, 2008 at 5:02 pm #

    InsyaAllah tafadhal..:)
    Moga ia bermanfaat buat semua..

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: