UK : Ujian ‘Summer’ bermula!

20 degree celcius!

“Itu belum cukup panas anti.Itu baru suhu ‘air cond’ Malaysia”

  Tergelak saya apabila mendengarkan celoteh rakan saya di Malaysia apabila saya memberitahu akan kebahangan cuaca disini.

  Betul bagi saya 20 degree celcius boleh dikatakan sudah cukup baik.Lebih-lebih lagi kalau di Malaysia.Suam-suam kuku orang kata.Tetapi tidak tahu mengapa dengan suhu begitu saya sudah rasa cukup panas disini.Mungkin agaknya kerana sudah hampir setahun dimanjakan dengan suhu sejuk dan dingin,apabila bahang panas mengigit kulit,mulalah melenting.Astaghfirullah.

“Macam mana nak balik malaysia ni,cuaca macam ni pun dah tak tahan.”

“Aik,tak sayang negara dah ke?”

“Takpe la mula-mula je,nanti lama-lama biasalah.”

  Itu antara pesanan-pesanan saya buat diri saya sendiri.Bagi menyedapkan hati.

Its coming to summer now!!!

     Perubahan yang drastik.Sekarang sahaja,waktu siang dah bertambah panjang.Subuh masuk dalam pukul 3.00 pagi.Maghrib pula dalam pukul 8.40 malam.Dan jarak antara dua waktu ini akan bertambah.Lebih mengagumkan ada satu hari nanti dibulan Jun,akan hanya ada lebih kurang 20 minit jarak antara waktu isyak dan subuh.SubhanaAllah Maha Hebat kuasa Allah.Syukur waktu tu dah ‘cabut’ balik Malaysia dah.Kalau tidak mungkin ujian juga tu nak ‘stay up’ lama untuk tunggu isyak.

Bercakap mengenai ujian ini,apabila datangnya summer,saya tidak dapat lari daripada dikejar dua ujian terbesar.

1) Semua orang tahu-ujian bertulis,pen dan kertas.Final exam (which today is second paper,5 papers to go,begin tomorrow)

2) UJIAN MENUNDUKKAN MATA

   Ujian yang kedua ini agak berat kerana ketika “summer” inilah mat-mat serta minah-minah saleh mula mendedahkan aib-aib(aurat) mereka.Saya ambil contoh peristiwa yang berlaku hari ini.Ketika dalam perjalanan ke dewan peperiksaan,macam-macam gelagat manusia dengan pakaian-pakaian mereka dapat disaksikan.Sekali terpandang,kenalah tundukkan pandangan,bukan hanya kerana ingin mengelak dosa teapi ingin menjaga hati.

   Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.

   dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(AN-NUR 30-31)

 Sesampainya saya dikawasan dewan peperiksaan,saya lihat ramainya manusia yang sedang ber”picnic” diatas rumput.Kadang-kadang kelakar juga melihat gelagat mereka.Ini ada beberapa gambar yang sempat saya ambil sementara menunggu peperiksaan bermula.

  

Diorang ni orang tengah risau exam boleh ‘relax’ lagi.

 

 

 

 

 

              Bangunan-bangunan sekitar dewan peperiksaan.

 

 

   

 Semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua untuk terus mempertahankan mahkota iman ini.Ameen.Doa-doa sahabat amat penting.Tolong doakan,saya terus dikuatkan iman dan dipermudahkan hadapi peperiksaan.Wasalam.

4 Responses to “UK : Ujian ‘Summer’ bermula!”

  1. nazz May 14, 2008 at 4:19 pm #

    boleh tahan jugak minah saleh kat sana…haiii, kalau lah minah saleh kita boleh convert jadi minah solehah, alangkah baiknya….

  2. mukminahmujahidah May 14, 2008 at 6:51 pm #

    Kat sini org panggil revert..payah tapi tak mustahil..walaupun ana nmpak kat sini yg revert byk dpda negara-negara Asia,tp hidayah milik Allah..InsyaAllah

  3. hood June 17, 2008 at 7:55 am #

    hohohoho… arab egypt pun sama je..
    tambah2 lagi kalo tepi pantai
    cuma yg lainnye, pakaian ketat dan sendat , tp pakai tudung~

  4. mukminahmujahidah June 17, 2008 at 11:25 am #

    pakaian ketat n sendat,tp pakai tudung=mcm trend di malaysia je..hehe..xsangka di negara arab pun kan..moga Allah beri kekuatan n hidayah pada hati-hati ini..ameen

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: