Mengenal realiti hanya dengan turun padang

22 Oct

Ummah perlukan kita.

Mendengar dengan telinga sendiri luahan seorang kanak-kanak yang berumur 6 tahun yang di’ganggu’ oleh abangnya yang masih juga bersekolah rendah buatkan hati rasa sesak, sayu, geram, simpati dan pelbagai rasa lain. Belum lagi diceritakan keadaan keluarganya yang porak peranda. Buatkan diri termenung jauh memikirkan nasib kanak-kanak ini yang masih muda, tetapi terpaksa berdepan dengan kerosakan keluarganya sendiri.

Ini hanya satu sahaja luahan daripada kanak-kanak ini. Saya percaya masih banyak lagi masalah-masalah sosial yang melanda masyarakat. Sempat sembang-sembang bersama ummi saya yang bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Menurut ummi, betapa banyak kes seks bebas yang melanda anak-anak muda yang masih bersekolah. Selain yang dilakukan oleh orang luar seperti teman lelaki, kes-kes seks bebas bersama sepupu dan abang juga merupakan satu kes yang popular. Apabila disoal adakah terpaksa atau rela, kebanyakannya menjawap mereka rela dan mahu.
Allahu Allah. T_T

Mungkin sebelum ini kita hanya mendengar berita-berita di televisyen, internet dan surat khabar sahaja. Itu hanyalah sebahagian kecil sahaja yang dilaporkan. Yang tidak dilaporkan dan direncanakan, beratus-ratus. Mungkin beribu-ribu kes!

Turun padang, barulah kita tahu

Kasihan, memang kasihan. Tetapi adakah cukup kita sekadar kasihan melihat realiti masyarakat yang semakin merosot ini? Mereka ini adalah generasi-generasi akan datang yang akan meneruskan memimpin ummah ini. Selagi kita tidak turun dan bergaul dengan mereka, maka kita tidak akan tahu realiti yang sebenar.
Dekatilah mereka, santunilah mereka. Saya masih teringat kata-kata seorang kawan,

“Kita ini, memang masing-masing ada ujian dan masalah. Masalah kita pun tak kurang beratnya. Tetapi apabila tengok masyarakat yang di uji jauh dari Allah, tak sempat nak fikirkan masalah kita. Mereka ini lagi berat masalahnya, jauh dari Allah.”

Teringat kata-kata Mustafa Mahsyur, kurang lebih bunyinya,

“Musibah yang terbesar adalah musibah yang menimpa umat, ketika umat sudah jauh daripada Allah.”

Kita hari ini sedang dilanda musibah yang sangat besar. Sebab itu saya akan lebih hormat orang yang berbelanja jutaan ringgit untuk mengubat dan mencegah kerosakan akhlak masyarakat berbanding yang hanya berhabis untuk menggemukkan dan menyenangkan masyarakat.

Peranan ibu bapa dan keluarga

Saya sendiri belum pernah menjadi seorang ibu jadi tidak tahu bebanan sebenar seorang ibu. Tetapi menurut pemerhatian saya akan kes-kes ini, kebanyakan anak-anak yang liar adalah kerana kurangnya pemerhatian daripada ibu bapa. Anak-anak yang rosak selalunya lahir daripada ibu bapa yang rosak. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan memang ada ibu bapa yang baik yang diuji dengan anaknya yang liar. Awasilah dengan siapa mereka berkawan, kerana peranan kawan sangat penting pada usia mereka ini. Mereka akan mudah terpengaruh dengan kawan sebaya.

Penutup

Hari ini luka baru muncul, sedangkan luka semalam masih belum sembuh. Itulah hakikat anak-anak muda kita sekarang. Ini realitinya, kita kena terima dan ubah.  Jika jiwa kita sensitif, kita sendiri tahu bahawa apa yang sedang berlaku pada masyarakat adalah kerosakan demi kerosakan. Media-media porno, hiburan yang melalaikan, cerita-cerita yang banyak diselitkan unsur-unsur pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sedikit sebanyak mempengaruhi minda anak-anak muda ini. Jangan kata mereka, kita pun mungkin ada yang terpengaruh bukan dengan media-media?

InshaAllah apabila kita mengenal realiti, rasanya kita dah tak ada masa nak buat benda-benda sepele bak kata orang indonesia. Kita tak ada masa lagi nak buang masa dengan benda-benda yang tidak berfaedah. Benarlah, Imam Hasan Al-Banna pernah berkata,

“Tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa yang kita ada.”

Ya…ini ingatan buat saya juga yang tidak terlepas dari kelalaian. Ya Allah… kadang-kadang turun padang masa free je. Sekejap on, sekejap off. Sedangkan jahiliah menyerang masyarakat setiap saat. Moga lebih serius selepas ini. Sedikit demi sedikit membina diri.

Kita ubah diri kita, dan ajaklah orang lain untuk kembali kepada Allah.

Wallahualam.

2 Responses to “Mengenal realiti hanya dengan turun padang”

  1. Ukhti NA October 22, 2012 at 5:46 pm #

    Kadangkala disebabkan kita terlalu berada dalam suasana yang selesa menyebabkan kita ‘tak tahu’ apa masalah yang melanda kepada saudara kita.

  2. MK October 24, 2012 at 1:20 am #

    InsyaAllah, umat perlukan kita…Allahuakbar!

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: