Tag Archives: Puisi

Menangis sahaja

9 Jan

Menangis sahaja.

Luahkan pada Rabbmu.

Akan beban yang terpikul di jiwa.

Adukan padaNya.

Akan resah yang menghimpit kalbu.

Kerinduan itu tetap ada,

Pada jiwa dan peribadi yang kuat di setiap sisi.

Suka pada kebaikan, menjauh dari keburukan.

Menangis sahaja.

Luahkan pada Tuhanmu.

Bahawa engkau mahu kuat semula.

Mahu bermanfaat, mahu dicintaiNya.

Menangis sahaja, minta Dia beri kekuatan.

Pada hati dan jiwa yang makin lesu.

Advertisements

Senyummu untuk siapa?

1 Jul

Senyum,

Kamu belajar untuk senyum,

Walaupun kadang jiwamu resah,

Kamu belajar mengikuti Rasullullah.

Mukmin akhlaknya kena mantap,

Jangan kedekut dengan senyuman.

Walaupun kadang-kadang ,

Kamu berdepan dengan pelbagai lapisan masyarakat,

Kadang-kadang tidak diterima.

Kamu cuba juga untuk senyum.

Mukmin harus jadi contoh,

Senyum sahajalah.

 

Senyum,

Hairan, sukar pula berlaku di sana,

Ya, di rumahmu ketika berdepan dengan keluargamu,

Kamu mahu anak-anakmu cepat berubah,

Kamu mahu adik-adikmu cepat menjadi soleh.

Kamu mahu seluruh keluargamu menjadi hamba yang taat.

Arahan dan bebelan di utamakan dahulu,

Daripada senyuman yang menjadi modalmu di luar,

Oh Mukmin..

Senyumanmu sebenarnya untuk siapa?

Untuk mencapai redha siapa?

Allah atau manusia???

.senyum.sEnyum.SENYUM.

1521

1 JULAI 2012

 

Rindu aku yang dahulu

24 Apr

Merindui saat-saat dahulu,

Saat diri bergetar mendengar namaMu,

Saat diri bersungguh mendekatiMu,

Saat diri bergantung hanya padaMu,

Saat diri sensitif terhadap dosa,

Saat manisnya menjaga pandangan mata,

Saat manisnya menjaga lidah,

Saat manisnya bangun malam menghadapMu,

Saat manisnya menjaga hati dari penyakit jiwa,

Saat manisnya menjaga pergaulan,

Saat diri merasa nikmat dengan Al-Quran,

Saat diri taat kepadaMu.

Saat diri ikhlas membantu,

Saat diri ikhlas menyumbang.

Saat diri ikhlas beramal.

Rindu saat-saat dahulu Ya Allah…

Izinkanlah untuk aku kembali merasainya…

Dan kekal taat…

Sebelum ajal menjemputku.

 

Puisi : Pada alam, ada kekuatan

26 Mar

'Kuda perangku' bersama kuda ciptaan Allah.

 

Tadabur alam,

Tidak pernah sekali mengecewakan aku,

Padanya ada hikmah,

Ada kedamaian yang menenangkan jiwa,

Keindahannya membuat diri terpesona,

Akan kecantikan ciptaanNya Yang Maha Besar.

 

Lihat kuda-kuda itu,

Mereka tiada duka, tiada lara,

Terus taat menjalani kehidupan,

Yang ditetapkan Penciptanya.

Terus berusaha menikmati hidup,

Yang masih berbaki.

 

Saat jiwa lesu,

Keindahan alam ini mengembalikan kekuatan.

Disebalik keindahan, ada kebesaran Ilahi.

Lantas mengingatkan,

Bahawa diri tidak sendiri.

Tidak sendiri dalam berusaha menjadi lebih baik

Tidak sendiri dalam berbuat ketaatan

Kerana alam ini,

Turut patuh dan taat kepadaNya.

Bersabarlah jiwa,

Dalam mentaati dan menyerahkan hidupmu padaNya.

 

1630

26032012

Osterley Park

Puisi Si Pendosa

23 Jan

Wahai Si Pendosa! Takutlah kepada Allah!

Si pendosa,

Kami lah itu,

Cuba merenung keadaan diri,

Betapa banyak dosa tercalit,

Malam bertaubat siang bermaksiat,

Mungkin kami lupa,

Ada yang mencatat setiap amalan,

Mungkin kami lupa,

Walau dipadam dan disembunyikan dari pandangan manusia,

Allah dan malaikatNya atid dan raqid tetap melihat.

Si pendosa,

Kami lah itu,

Kami tahu pembalasan itu pasti,

Kami tahu Dia menghitung segala amal,

Tetapi kenapa kami tetap berbuat maksiat?

Ingatlah, dosa yang seronok itu,

Keseronokannya hanya sebentar,

Sedangkan dosanya berpanjangan.

Allahu Rabbi,

Lindungilah kami daripada bermaksiat kepadamu,

Selamatkanlah kami daripada fitnah dunia,

Kami memohon perlindungan,

Dari kejahatan anggota badan kami sendiri.

Ameen!

Menarik sebelum ini :

%d bloggers like this: