Ke Kota Cranfield

10 Aug

Cuti semester.

Waktu itu dimanfaatkan untuk berziarah ke kota Cranfield.

Perjalanan menaiki keretapi dari London ke Milton Keynes, stesen terhampir dengan Cranfield mengambil masa tidak sampai 1 jam.

Apabila ditanya kawan-kawan, berani ke travel seorang diri? Alhamdulillah, aku jawap ok sebab dah biasa dan dekat sahaja.

Ketika menempah tiket secara online, sengaja aku memilih untuk table seat. Senang nak buat kerja. Tidak ramai penumpang pada hari itu. Mungkin juga ramai yang masih di tempat kerja.

Kelihatan di gerabak yang sama, agak ke hadapan sedikit, ada sekumpulan wanita. Aku kira sekitar 30 an mungkin umur mereka. Masing-masing sibuk meminum bir dan wine. Bising sekali mereka gelak ketawa. Malas memerhatikan gelagat mereka, aku buka terjemahan Al-Quran dan mula membaca perlahan-lahan.

Tidak lama selepas itu, keretapi berhenti ke stesen berikutnya. Beberapa penumpang masuk. Seorang penumpang lelaki inggeris, berkot kelabu, duduk selang satu tempat duduk denganku. Umurnya mungkin lewat 20-an.Aku hanya memandang sekilas dan meneruskan pembacaan.

Tidak lama selepas itu, lelaki berkot kelabu itu bangun dan duduk di table seat sebelahku. Mukanya menghadapku.Aku pandang sekilas, mungkin sahaja dia mahu tempat duduk yang ada meja. Aku kembali menumpu kepada pembacaanku.

” I want to…”

Tiba-tiba lelaki inggeris itu bersuara. Aku angkat muka. Tidak jelas butir bicaranya. Tetapi yang pasti dia sedang memandangku dan berbicara denganku.

“Sorry?” Inginkan penjelasan.

Tiba-tiba dia bangun dan duduk di hadapanku.

Dia bangun sedikit dan tangannya dihulurkan.

“I hope that you will accept me and…”

Entah luahan hati apa yang dia curahkan selepas itu. Aku tunduk. Panik. Al- Quran di tangan di tatap. Hati terus istighfar dan minta Allah menjaga dari sebarang keburukan. Waktu tu tidak terfikir untuk menjerit atau melawan balas atau menghalau. Tidak berani! Hanya tunduk dan tidak melayan dan ingat Allah sahaja.

Agaknya bosan dan putus asa melihat reaksiku, dia pun kembali ke tempatnya semula.

Alhamdulillah.

Sampai sahaja di Cranfield, diceritakan pengalaman ini kepada kawan yang turut datang berziarah.

Katanya, “muhasabah, kadang-kadang kita rasa kita berani travel seorang diri di sini, UK (sebab sistem CCTV canggih, public transport mudah etc), lupa nak bergantung pada Allah. Kita hanya bergantung pada kemampuan diri sendiri.”

Aduh.. Memang ketika itu rasa Allah nak tegur direct akan kekhilafan diri. Bukankah selama ini setiap saat Allah yang memberikan kemampuan untuk kita melakukan setiap perkara?Allah juga yang melindungi dari sebarang bahaya.

.:Sejenak memori tarbiyah di bumi UK:.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: