Of the ups and downs

30 Jun

Suasana sunyi sepi. 40 minit masa yang ditetapkan baru bermula. Pelajar-pelajar tekun menjawap soalan kuiz yang baru sahaja diedarkan. Duduk. Buku tutorial dibuka. Cadangnya hendak menyudahkan soalan tutorial yang masih belum selesai. Tidak lama begitu, adalah sekitar 10 minit. Suasana sepi buat mata mengantuk. Di tambah pula kelas di waktu puncak,  matahari tegak di kepala.

Mata dialihkan ke luar tingkap. Jerebu makin pulih. Alhamdulillah. Terlihat beberapa pelajar keluar masuk daripada bangunan makmal blok berhampiran. Apa sahaja yang mereka lakukan. Teringat kenangan bereksperimen zaman matrik dulu. Itulah kali terakhir. Selepas itu, bidang yang ku pilih ini tidak memerlukan aku untuk ke makmal lagi. Rindu juga ya. Zaman matrik, zaman yang dirindui. Zaman ketika diri mula hendak belajar mengenal Allah. Seterusnya Allah pilih menyambung pelajaran ke luar negara, bertahun-tahun di sana. Ya, masa remajaku di habiskan di negara Barat sana. Jatuh dan bangun, suka dan duka, semuanya di rasai. Kadang-kadang apabila mengenangkan kejatuhan, tidak sangka masih survive dan pulang ke Malaysia dan bergelar seorang pendidik. Allah, nikmat Allah yang mana lagi aku mahu dustakan? Betapa banyak doa yang Allah makbulkan, aku sahaja yang terlupa dan terleka.
Dan aku yakin, Allah akan terus mengabulkan doa-doaku. Tinggal aku, perlu untuk menjadi hambaNya yang taat. Yakin dan sabar menanti.

Pandangan dialihkan semula kepada pelajar-pelajar. Seorang pelajar sedang memerhatikan ku. Aduh..kantoi dengan pelajar. Entah sudah berapa lama dia memerhatikanku termenung begitu. Senyum aja. Mataku cepat-cepat dialihkan kepada pelajar lain. Bangun dan berjalan dihadapan kelas.

30 of them.

Nafas ditarik dalam-dalam. Dihembus perlahan-lahan. Mereka masih tekun menjawab.

Wahai pelajar-pelajar,

Jangan ikut jejak langkahku, tapi jadilah lebih baik.

Moga keluar nanti kalian jadi pemuda pemudi yang bermanfaat untuk ummah ini.

How I hope I can be a good qudwah for them

But before that, changes should start from me. Right?

 

2 Responses to “Of the ups and downs”

  1. ukhti NA June 30, 2013 at 11:20 am #

    ^____^

  2. MK June 30, 2013 at 11:50 pm #

    Semoga terus thabat, ya ukhti. Teruskan menulis. InsyaAllah, banyak manfaatnya~ Salam ukhuwah.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: