Sebenarnya aku rindu…

3 Jun

Kau tahu kawan

Yang sebenarnya aku rindu

Aku rindu ingin dengar nasihatmu

Aku rindu ingin berjaulah bersama

Aku rindu ingin duduk berkongsi bersama

Walaupun sekadar di atas talian

Kau tahu kawan

Yang sebenarnya aku rindu

Aku rindu ingin berlumba-lumba denganmu dalam mengisi mutabaah amal kita

Aku rindu ingin meluah rasa, dan kau setia mendengar

Aku rindu merancang bersama, dan kita susah bersamaAku rindu momen-momen itu

Kau tahu kawan

Dulu jarak beratus-ratus km tak pernah menghalang kita

Duit, masa sanggup kita korbankan

Untuk bertemu rakan yang jauh

Sekali bertemu, terasa bahagia

Pelik, kini jarak yang dekat terasa jauh

Mungkin kita tertipu dengan kesibukan?

Atau fasa yang berbeza buat kita menjauh?

 

Kau tahu kawan

Sebenarnya aku rindu

Dan aku harap dapat diputar kembali ke masa lalu

Tetapi itu hanya mimpi yang tak mungkin jadi kenyataan

Masa terus berdetik, menemukan kita dengan orang baharu

 

Kau tahu kawan

Aku tetap rindu

Walau ramai yang ku temu

Tetap tidak sama seperti kau yang dulu.

Doaku, kalau tidak dapat ku ulang momen itu lagi

Moga Allah izinkan untuk mengulanginya di syurga.

 

Dan aku akan terus merindui ukhwah itu.

Walau sekarang terasa hambar.

Moga ada kesempatan untuk menyemarakkannya semula.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: