Cerpen : Jom ubah!

9 May

Dewan Jauhari.

Penuh dengan pelajar pada malam itu. Dengarnya, ada seorang artis yang baru berhijrah akan datang memberikan ceramah. Digabung dengan Ustazah Fatimah, seorang novelis yang tidak cukup asing lagi di kalangan peminat novel islamik. Satu peluang yang memang aku tidak akan lepaskan.

“Balqis. Balqis. Mai duduk sini.” Temanku, Suraya melambai-lambai memanggilku. Dia duduk di barisan paling hadapan. Ada satu tempat kosong di sebelahnya. Aku lantas bergerak ke arahnya.

“Terima kasih. Dah lama ke sampai?” Aku hulurkan tangan, menyalaminya dan kemudian duduk di sebelahnya.

“Baru sahaja.” Dia tersenyum.

Selang beberapa minit, pengerusi majlis mengumumkan ketibaan para penceramah dan tetamu. Aku sempat menjeling kepada si artis wanita itu. Subhanallah, memang sudah berubah penampilannya. Tertutup litup, auratnya terjaga. Artis veteran. Umurnya mungkin sekitar lewat 50 an.

Sesi forum pada malam itu bermula. Kedua-dua penceramah sama-sama hebat. Kadang-kadang terdengar ketawa dari seluruh dewan apabila moderator membuat lawak. Tiba pusingan kedua, perkongsian pengalaman daripada si artis, bagaimana ia boleh berubah. Ketika itu, telinga dan pandanganku di tumpukan sepenuhnya kepadanya.

“Saya terdetik untuk berubah apabila suatu hari saya memikirkan, sampai bila saya akan berlakon bertempuk tampar dengan lelaki yang bukan mahram? Bagaimana kalau ketika itu Allah mencabut nyawa saya? Saya fikirkan dalam-dalam…untuk apa sebenarnya saya hidup di dunia ini?” Suaranya sebak. Dia terhenti di situ. Kemudian menyambung,

” Saya dah pernah berada dalam keadaan yang sangat jahil. Dan saya tidak mahu lagi berada dalam keadaan itu. Terasa peritnya berada dalam keadaan yang berdosa dan tidak tenang. Dahulu, bukan saya tidak tahu aurat itu wajib, pergaulan dengan lelaki, pegang-pegang itu tak boleh, tetapi ketika itu…..masih belum punya kekuatan. Saya tanyakan pada diri saya, sampai bila nak tunggu ada kekuatan? Jika kita tak usaha, Allah tak akan bantu.”

Dewan sunyi sepi. Agaknya, semua penonton sama-sama memuhasabah diri. Aku sendiri terkesan dengan perkongsian si artis itu. Terasa setiap bait kata yang keluar dari mulutnya tulus dan ikhlas dari hatinya.

11.00 malam

Majlis forum selesai. Ramai pelajar bersalaman dengan artis tersebut. Aku terus pulang ke bilik bersama Suraya. Ada perkara yang aku ingin tanyakan padanya.

“Su. Untungkan orang yang pada mulanya belum dapat hidayah, tetapi pada saat dia sudah tua, Allah bagi hidayah.”

“Kalau macam kita ni, dah dapat tarbiyah awal-awal masa sekolah. Kita rasa kita dan perfect. Apabila keluar sahaja dari sekolah, kita terkejut. Yang jahil kita rasa betul.”

“Apa maksud Balqis?” Suraya membalas.

“Ye lah…kita usaha macam-macam buat baik. Tapi kadang-kadang kita jatuh dalam lubang kejahilan. Lepas tu berubah balik. Ok contohnya macam ni, berapa ramai kawan-kawan kita yang masa sekolah dulu hebat-hebat, tetapi bila keluar sahaja ke IPT, semuanya hanyut dengan cinta.Tinggalkan tarbiyah. Kadang-kadang buat saya fikir, Allah tak kasihan ke dekat kita? Selama ni kita dah usaha jadi baik masa sekolah, kenapa Allah campakkan kita ke lembah kejahilan kembali?”

“Ishh! Jangan cakap macam tu. Istighfar balik. Allah tu Maha Adil sis.” Suraya cepat-cepat menegur kesilapanku.

“Astaghfirullah.”

” Balqis, dah lupa, setiap dari kita Allah dah ilhamkan keinginan kepada kebaikan dan kejahatan. Beruntunglah orang yang menyucikan hatinya dan merugilah orang yang mengotorinya. Semak balik surah asy-syams. Jangan kita salahkan Allah atas kelemahan kita sendiri dalam mengawal nafsu kita. Satu rahmat Allah juga ni, Allah beri kita kefahaman dari awal. Cuma sekarang tinggal usaha dan doa, moga Allah tetapkan hati kita.”

” Sebab itu, kita tidak boleh awal-awal lagi menetapkan seseorang itu pengakhirannya di mana, walaupun seorang kafir. Iman itu naik dan turun. Syaitan dan nafsu selalu bergabung untuk menjatuhkan kita. Allah itu Maha Adil sis. Dia tidak mengira bagaimana permulaan kita, tetapi yang Allah kira bagaimana pengakhiran kita.” Sungguh-sungguh Suraya menerangkan kepadaku.

” Apa maksudnya tu? ”

” Pada awal kehidupan, kita mungkin bermula dengan langkah tersilap. Kita mungkin tidak faham Islam, buat maksiat dan sebagainya. Ada orang, dah faham Islam masa sekolah, tetapi hancur lebur bila masuk IPT, masuk alam kerjaya atau alam perkahwinan. Semua fasa-fasa itu adalah proses ujian Allah, nak pilih yang benar-benar beriman. Kita alert, memang akan ada ujian. Tetapi, kita kena pastikan yang pengakhiran hidup kita nanti, mesti dalam keadaan taat kepada Allah. Masalahnya, kita tidak tahu, bila kita akan mati, bukan? Sebab tu nak kena sentiasa berada di dalam kebaikan.”

Aku hanya mengangguk. Cuba mendalami setiap bait kata yang keluar daripada mulut Suraya.

“Doakan, moga diri ini sentiasa tetap dalam kebaikan.Risau, tidak istiqamah. ” Aku melahirkan kerisauan.

“Saling mendoakan. Moga Allah menetapkan hati-hati kita.” Suraya memegang bahuku. Seakan memberi aura semangat.

Allah itu Maha Adil. Tinggal aku, kena yakin bahawa Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya untuk kembali kepadaNya. Allah, jangan sesekali kau cabut rasa nikmat untuk beriman kepadaMu. Jom ubah peribadi kita!

One Response to “Cerpen : Jom ubah!”

  1. MK May 11, 2013 at 12:38 pm #

    Iya, jom ubah…lillahi Taala.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: