Seka air matamu

5 Feb

tears

Kadang buat diri berfikir.
Kenapa begitu payah jalan yang dilalui?
Bukankah aku sudah cuba melalui jalan yang betul?
Bukankah aku sudah cuba berkorban kehendakku?

Kadang-kadang aku cemburu kepada mereka.
Mengapa mereka begitu senang mendapat apa yang mereka hajatkan?
Sedangkan mereka tidak bersusah- susah.
Mereka boleh menikmati apa sahaja yang mereka inginkan.

Kau tahu, aku ingin cuba melakukan kebaikan,
Tetapi mengapa begitu banyak tangan yang menghalang?
Kenapa begitu banyak mulut yang mengata?
Aku bukan melakukan maksiat.
Atau mereka mahu aku melakukan maksiat?!
Baru tangan mereka akan berhenti menghalang,
Baru mulut  mereka akan berhenti menghasut?
Baru mereka akan bersorak gembira?
Huh..kelakarnya manusia!

Allah, setiap kali mengenangkan ini, hatiku sayu.
Air mata gugur, memohon kekuatan.
Adakah silap jalan yang aku tempuh?
Sehingga begitu sukar untuk aku sampai kepada hajatku?
Perlukah aku mengikuti jalan yang mereka lalui?
Jalan majoriti manusia melaluinya?
Supaya baru mudah tercapai hajat-hajatku?

Dan ketika itu Kau ilhamkan ayat cintaMu,
“Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini,
Nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.
Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanya membuat kebohongan.”

Kau pujuk lagi dengan ayat cintaMu,
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu,
dan belum nyata orang-orang yang sabar.”

Air mata itu jatuh lagi, semakin deras.
Mungkinkah aku tidak sabar menempuh ujianMu?
Sampaikan semuanya nampak tidak kena?
Allah..ampunkan dosaku..

Sudah…seka lah air matamu.
Bukankah jalan ini memang jalan yang di penuhi dengan ujian?
Bergembiralah wahai diri, jika kamu di uji.
Itu bermakna, kamu  semakin hampir dengan jalan yang benar.
Bergembiralah, seka lah air matamu.
Allah tidak mensia-siakan setiap detik kepayahanmu.
Teruslah berjuang menuju Rabbmu.

Sehingga saat ketika Allah memanggilmu,
“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu,
dan masuklah ke dalam syurgaKu.”

Ameen!

2 Responses to “Seka air matamu”

  1. Nur Hijrah February 6, 2013 at 12:07 pm #

    Jazakillah Khair ya ukhti…
    Bingkisan yang melegakan saya🙂

    Syukran sekali lagi🙂

    • Husna Zaki March 5, 2013 at 4:28 pm #

      Alhamdulillah. Moga Allah kuatkan.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: