Dosa yang disayangi?

12 Sep

Kadang-kadang, kita pernah tak terfikir kenapa agaknya pada suatu ketika dahulu kita sangat bersemangat dengan kerja-kerja kebaikan tetapi ada satu masa kita tiba-tiba jadi berat sangat nak buat baik? Ataupun orang lain sudah jauh kehadapan dalam berbuat kebaikan tetapi kita masih lagi merangkak-rangkak?

Nak bangun solat pun terasa berat, nak pergi usrah terasa malas apatah lagi nak menyebarkan kebaikan dan melaksanakan benda-benda sunat. Nak buat baik ditangguh-tangguhkan. Malah perkara-perkara keburukan pula perlahan-lahan menjadi sebati dengan kehidupan kita. Pernahkah kita merasa sedemikian atau mungkin kita sedang merasainya?

Dosa yang sayang untuk ditinggalkan.

Buatkan diri bermuhasabah, mungkinkah ada dosa yang masih sayang untuk kita tinggalkan? Dosa-dosa inilah penyebab terhalangnya kita daripada berbuat kebaikan. Terhalangnya kita daripada mendapat bantuan Allah SWT.

Kita semua ada dosa, dan dosa itu mungkin hanya Allah dan kita sahaja yang tahu. Tidak perlu pun menceritakan dosa itu kepada orang lain, tetapi ketahuilah bahawa dengan dosa yang masih kita sayang itu telah buatkan kita terbelenggu dan tidak bebas. Hati jadi tidak tenang, dan sentiasa dalam keresahan.

Kadang-kadang kita tahu bahawa dosa itu mampu memudaratkan kita. Kita tahu bahawa dosa itu mampu menjatuh dan membinasakan kita tetapi kerana rasa cintanya kita kepada perkara dosa tersebut, membuatkan kita sangat sukar untuk meninggalkannya. Perkara-perkara yang membawa dosa itu pun telah berdarah daging dalam kehidupan kita. Alah bisa tegal biasa. Ibarat seorang perokok tegar, mungkin ketika umur mudanya dia sudah terbiasa dengan menghisap rokok sehingga sudah ketagih hingga ke tua. Bukan mudah untuk meninggalkan terus tabiatnya itu walaupun dia tahu bahawa tahap kesihatannya makin merudum, paru-parunya makin lemah akibat daripada tabiat merokok tersebut. Tetapi kerana sayang dan cinta…. sukar. Kita lebih rela menganiaya diri kita sendiri kerana cinta itu.

…lalu diantara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan, dan di antara mereka ada pula yang lebih dahulu dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. (Fathir : 32)

Dosa-dosa inilah bebanan yang melambatkan perjalanan dan langkah-langkah kita menuju kebaikan.

Ada bebanan-bebanan lain yang buatkan kita penat. Credit to Hikari

Hubungan yang lemah dengan Allah

Beberapa guru saya pernah menceritakan kisah tentang seorang salafussoleh. (Maaf saya tidak ingat kisah ini dituliskan di mana) Di dalam kisah tersebut, seorang salafussoleh tidak dapat bangun malam untuk qiyamullail dalam tempoh yang agak lama.  Apabila dia memuhasabah diri, dia teringat akan satu dosanya yang dia lakukan. Pernah satu ketika, dia ternampak seseorang yang berdoa dalam keadaan menangis teresak-esak. Ketika itu, timbul detikan dalam hatinya bahawa orang itu riak. Kerana dosa itu telah menyebabkan dia sukar untuk bangun malam!

Kita bagaimana? Sudah berapa lama kita tidak bangun qiyamullail? Dosa mana yang telah menghalang kita untuk bangun malam? Sedangkan mukmin itu kuat kerana hubungannya yang akrab dengan Allah SWT. Solat malam menjadi tempat dia mengadu kepada Allah

Hubungan dengan Allah  lemah, maka hubungan dengan manusia  pun akan lemah. Khalifah Umar B abdul Aziz pernah berkata, “Aku selesaikan urusan aku dengan Allah, maka Allah akan menyelesaikan urusanku dengan rakyatku.” Begitu juga kita, seharusnya jika ada yang tidak kena antara kita dan manusia, kita cepat-cepat memeriksa kembali hubungan kita dengan Allah. Adakah kerana jauhnya kita dengan Allah menyebabkan manusia pun menjauhi kita dan dakwah kita sukar diterima?
Tiada jalan keluar lain melainkan kembali kepada Allah

Ya, tiada jalan lain untuk kita terus kuat di jalan ini dan istiqamah melainkan kembali kepada Allah. Sebagaimana manusia lain, daie juga tidak terlepas daripada dosa. Jadi pintu untuk menghapuskan segala dosa itu adalah dengan melalui pintu yang sama yang dilalui oleh pendosa-pendosa yang lain, pintu taubat.  Bukankah segala kekuatan itu dariNya? Mengapa tidak kita meminta kekuatan dariNya? Bukankah Dia Maha Pengampun? Mengapa tidak kita memohon ampun dariNya?

Ketahuilah, apabila seorang daie banyak melakukan perkara-perkara harus, maka masyarakat akan banyak buat perkara-perkara makruh dan melalaikan. Jika daie banyak melakukan perkara-perkara makruh, maka masyarakat akan cenderung kepada perkara-perkara haram. Jadi jika daie melakukan perkara-perkara yang melalaikan dan maksiat, bagaimanakah kita mengharapkan masyarakat untuk melakukan kebaikan? Daie adalah model jadi harus lebih kehadapan dalam berbuat kebaikan serta lebih kuat dalam menjaga dirinya daripada dosa dan perkara yang melalaikan.
Wallahualam.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: