Sungguh Ajaib!

4 Sep

Nak syurga, mesti kena diuji bukan?

 

Seseorang yang ditolak lamarannya pada awalnya, akhirnya bersyukur, kerana penolakan lamaran itu membuatkan dia ada lebih masa untuk mula mempersiapkan diri dan memperbetulkan matlamat perkahwinan.

Betapa ramai yang tersesat ketika memandu saat mencari rumah teman-teman , dengan riang gembiranya terus menuju ke destinasi pada saat kedua ke sana. Ini lantaran sudah sedikit mahir dengan selok-belok jalan-jalan disitu ketika sesat kali pertama.

Ada orang yang gagal dalam peperiksaan, merasa bahagia apabila telah berjaya melalui satu  semester ulangan itu dengan jayanya. Sepanjang ujian itu telah mendidik dia menjadi lebih sabar, lebih mengharap kepada Allah dan lebih gigih berusaha.

Ada orang yang bertahun lamanya tidak mempunyai anak. Dia menunggu dengan sabar dan taat sambil tidak putus asa dengan rahmat Allah. Akhirnya dia dikurniakan anak yang soleh, ibarat kisah Nabi Zakaria a.s yg dikurniakan Nabi Yahya yg soleh di usia lanjutnya.

Inilah antara contoh-contoh hikmah disebalik ujian. Betapa banyak ujian yang Allah beri, semuanya untuk menunjukkan kasih sayang Allah kepada kita. Allah memberikan perkara yang lebih baik daripada apa yang kita pinta. Allah menguji untuk kita kembali tunduk padaNya.  Allah rindu mendengar aduan kita, merintih merayu meminta bantuan Allah. Allah bantu kita untuk jadi lebih kuat dengan mehnah-mehnah yang lebih besar. Semakin dekat seseorang dengan Allah, semakin besar ujianNya. Sebab… Allah nak tingkatkan darjat kita.

Kita selalu kata, tentu ada hikmahnya. Ya. Sejauh mana kita meyakini bahawa setiap ujian yang Allah berikan, pasti ada hikmah dan susunan Allah yang Maha Bijaksana? Adakah Allah tersilap dalam membuat keputusan? PASTI TIDAK! Susunan Allah tidak pernah tersilap. Allah lebih tahu kebaikan buat diri kita kerana Dialah yang menciptakan kita.

Sujudlah, mohonlah bantuan Allah. Allah Maha Mendengar, Maha Penerima Taubat, Maha Memperkenankan doa.

“Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin. Sesungguhnya setiap urusan baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberikan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur, dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar. Maka kebaikan baginya” (Riwayat Muslim)

One Response to “Sungguh Ajaib!”

  1. MK September 7, 2012 at 2:46 pm #

    Salam ziarah dan salam ukhuwah…
    Memang ajaib…
    penjelasan yang saudari nukilkan menyentuh hati..
    Syukran. Jazakillah..

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: