Kenapa mereka kuat?

21 Aug

Image

Alhamdulillah tsumal alhamdulillah.

Allah izinkan untuk kita melalui sebulan Ramadhan, bulan tarbiyah, bulan memperbaiki diri, bulan melatih nafsu. Dan dua hari lepas, Allah berikan juga kita kesempatan untuk merayakan Eid ul fitr dalam keadaan yang gembira sekali. Ada keluarga bersama, makan pun sedap-sedap. Subhanallah banyak betul nikmat yang Allah bagi. Masih belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Moga Allah menerima amal-amal kita sepanjang Ramadhan yang baru berlalu.

Apabila menyebut pasal amal-amal, cuba renung sejenak dan muhasabah amal kita. Adakah semakin merosot pasca Ramadhan ini? Alhamdulillah jika masih konsisten. Bagi yang tidak, adakah yang wajib pun ditinggalkan atau dilewat-lewatkan? Melaram, mengumpat dan bergosip pula. Tidak lagi menjaga mata, menonton apa sahaja yang disiarkan di kaca televisyen yang kebanyakannya tidak mendidik, hiburan semata. Makan jangan cerita, disumbat sehingga senak! Adakah Ramadhan kita gagal? Atau kita hanya menjadi hamba kepada Ramadhan, bukannya hamba Allah?

Sekadar melontarkan persoalan-persoalan tersebut untuk kita sama-sama muhasabah.InshaAllah kita cuba tidak menjadi begitu. Buatkan teringat kepada para sahabat Rasulullah SAW. Bagaimana agaknya mereka ini menjadi sangat hebat dan kuat iman mereka? Di bulan Ramadhan mereka menjadi abid dan pejuang. Di luar Ramadhan juga begitu.

Alah..bolehlah, mereka ada Rasulullah SAW. Sebab itu mereka kuat.

Tidak..bukan kerana itu semata-mata.

Masih ingat kisah Ja’far B Abu Talib dan beberapa umat Islam ketika berhijrah ke Habsyah? Mereka berhijrah tanpa Rasulullah SAW, tetapi mampu mengekalkan keimanan mereka walaupun diuji macam-macam oleh Kafir Quraisy yang cuba untuk menebus mereka daripada Raja Najasyi.

Atau pernah dengar kisah Mus’ab B Umair yang Rasulullah hantar seorang diri ke Yathrib? Imannya tetap utuh malah Islam mula tersebar di Yathrib melalui Mus’ab seorang sahaja. Malah ada banyak lagi para sahabat yang di utus ke wilayah dan negara-negara lain. Pemergian mereka berbulan-bulan lamanya, tetapi keimanan mereka tetap utuh walaupun Rasulullah SAW tidak bersama.

Apa yang menyebabkan mereka begitu kuat? Adakah kerana adanya Rasulullah SAW semata-mata? Tidak. Tetapi kerana kemampuan mereka dalam melatih tarbiyah dzatiyah mereka.

Sama jugalah kita, jika kita ingin kuat, mungkin Ramadhan tidak lagi bersama dengan kita. Tetapi kerana kesungguhan kita dalam melatih tarbiyah dzatiyah, kita mampu untuk bertahan. Ramadhan itu salah satu checkpoint sahaja untuk kita menyiapkan bekal menghadapi 11 bulan yang akan datang. Selebihnya kitalah yang perlu berusaha menjaga tarbiyah dzatiyah atau tarbiyah kendiri kita. Sama jugalah dalam situasi jika kita ditarbiyah oleh naqib atau naqibah kita. Mereka hanya wasilah sahaja, tetapi orang yang paling penting mampu mengawal dan mentarbiyah diri kita adalah kita sendiri!

Disini, saya ingin memperkenalkan sebuah buku yang mungkin bermanfaat untuk sama-sama mengekalkan momentum tarbiyah dzatiyah kita. Boleh baca testimoni buku tersebut di sini.

InshaAllah dalam proses membaca ulang buku ini.

Moga Allah redha dan selamat membaca dan beramal semua!

Wallahualam.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: