Ehh dah hampir separuh masa!

2 Aug

20120803-013858.jpg

14 Ramadhan.

Kurang lebih, tinggal setengah bulan lagi sebelum Ramadhan akan meninggalkan kita.

Muhasabah kembali, bagaimana kita sudah melalui 13 hari-hari yang telah berlalu ini?

Masih banyak tidur?

Bacaan Al-Quran bagaimana? Konsisten ke?

Ada senyum ke?

Ada tolong mak ayah ke?

Ada sedekah ke?

Makan dan minum saat berbuka bagaimana? Berlebihan atau sederhana?

Mata, adakah di jaga pandangannya daripada melihat perkara maksiat?

Mulut, adakah dikawal setiap butir bicara yang keluar darinya?

Telinga, adakah dipelihara daripada mendengar umpat cela?

Solat fardhu adakah dijaga?

Solat terawih bagaimana?

Istighfar dan taubat?

Ada banyakkan doa?

Kalau nak listkan lagi.. Aduhhh banyak mungkin yang tak tercapai dengan baik.

(mata masuk habuk)

Masa terus berlalu… Ramadhan ini bulan yang Allah hadiahkan kepada kita. Bila kata hadiah, tak akan kita nak campak hadiah tu buat tak tau aje. Kalau kita dapat hadiah tentu kita akan hargai dan manfaatkan. Apatah lagi dapat hadiah daripada yang paling dicintai. Allah SWT.

Ramadhan ni, Allah bagi banyak pahala. Allah ampunkan dosa-dosa. Allah limpahkan rahmat. Allah selamatkan daripada azab api neraka. Isshhhh… Tak nak ke semua tu??

Masih belum terlambat untuk melakukan perubahan.
Duduk, dan rancanglah kembali ramadhan. Mungkin target terlalu tinggi hingga tidak dapat istiqamah.

Mungkin jadual terlalu padat, hingga diri terasa lelah.

Mungkin juga noda-noda hitam akibat dosa-dosa masih terlekat dihati. Tanpa taubat, menyebabkan sangat sukar untuk diri melakukan kebaikan!

Begitulah, sepatutnya dah separuh masa ni nak kena tukar gear 3. Amal lebih rancak. Tetapi kadang- kadang kita tersekat di tengah jalan, buatkan kita terhenti. Jangan putus asa untuk mulakan dengan gear 1 semula. Doanya mudah-mudahan di akhir ramadhan ini kita mendapat takwa. InshaAllah.

Duduk, istighfar dan taubat. Rancang kembali dan beramallah.

Allah, bantulah kami menjalani Ramadhan dengan penuh kehambaan dan terancang.

Moga ramadhan kali ini menjadi titik perubahan buat kami untuk menjadi hamba yang lebih taat dan tunduk kepadaMu. Ameen!

Wallahualam.

2 Responses to “Ehh dah hampir separuh masa!”

  1. syamilsynz August 11, 2012 at 4:13 pm #

    terasa ramadhan kali ni teruk sgt……….

    • mukminahmujahidah August 12, 2012 at 1:09 am #

      Masih belum terlambat! Fasa terakhir ni, manfaatkan.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: