Cerita Chicken Mahal dan Puasa

23 Jul

Ramadhan, bulan melatih nafsu.

 

“Siapa nak order makanan? Nak pergi Chicken Mahal ni.” Terdengar suara As memecah kesunyian teratak sewa kami. Tidak lama kemudian, dia muncul dihadapan pintu bilik.

“Id, Kak  Husna, ada nak order apa-apa? Saya nak pergi Chicken Mahal ni.”

Ketika itu cuti musim bunga. Cuti yang tidaklah terasa cuti sangat. Manakan tidak, kira-kira beberapa hari lagi kami akan menduduki peperiksaan akhir tahun. Jadi, cuti itu boleh dikatakan untuk mengulangkaji pelajaran. Masing-masing agak sibuk. Alamatnya susah sedikit la dapur hendak berasap. Jadi, burger, ayam goreng dan kebab yang cepat tersedia menjadi pilihan kami untuk mengalas perut. Chicken Mahal, sebuah kedai fast food halal terletak kira-kira 50 meter je dari rumah kami.

“Akak nak kebab ayam boleh? Yang kecil punya.” Diri meninggalkan pesan sambil tangan mencari-cari wang di dalam laci meja.

“ Id nak fries je la.” Roomate ku pula bersuara.

“Id, tak akan makan fries aje? Ok lah akak order yang besar. Nanti kongsi dengan akak aje.”

Selesai urusan memesan dan mengucapkan terima kasih, As pun berlalu meninggalkan kami.

Masa berlalu, As pun sudah pulang. Kami pun selesai sudah menjamah makanan yang dibeli As. Satu ketika terserempak dengan Mira di tangga.

“Mira dah makan ke?”

“ Dah. Kak Husna dah makan ke?”

“Dah. As tolong belikan kebab dekat Chicken Mahal tadi.”

“Ishh… macam mana ni Kak Husna. Kata nak diet daripada makan fast food ni?” Mira mengingatkan. Diri hanya tersengih sahaja.

“Susahlah. Teringin. Dapat-dapat tengah lapar.” Diri ini memberi alasan.

Sebelum ini, diri ini pernah berjanji pada diri dan menceritakannya kepada Mira untuk berhenti sebentar daripada makan semua fast food ini. Manakan tidak, sejak dua menjak itu, rumah kami asyik memesan macam-macam makanan segera. Daripada BBQ pizza, chicken wing dan kebab. Hampir setiap hari. Ish! Semuanya gara-gara masing-masing sangat perlu untuk menumpukan perhatian kepada peperiksaan yang bakal tiba.

“Cuba Kak Husna puasa sunat. Dengan berpuasa boleh bantu kita mengurangkan nafsu makan.” Mira memberi cadangan.

“Puasa? Eh betul ke? Bukan lagi nak makan macam-macam ke masa berbuka tu?”

“Tak. Cubalah. Mira dah cuba.”

Jadi, misi untuk berpuasa pun bermula. Dalam rangka untuk mengawal nafsu makan. Ternyata setelah beberapa hari berpuasa, nafsu makan dapat dikawal. Subhanallah.

Betullah, jika kita berpuasa kerana tahan lapar sahaja, maka apabila masa berbuka kita akan makan banyak. Malah selepas teraweh pun boleh makan lagi kan? Sedangkan pada hari-hari biasa jarang pula makan di tengah malam.

Tetapi, apabila kita berpuasa untuk melatih nafsu, inshaAllah Allah akan bantu kita untuk mengawalnya. Berbuka juga sederhana dan tidak berlebih-lebihan.

Sesungguhnya setiap amal itu tergantung pada niatnya.

Moga Ramadhan kali ini dapat melatih diri kita daripada hambatan- hambatan nafsu yang merugikan. Ameen!

 

2 Responses to “Cerita Chicken Mahal dan Puasa”

  1. Nailah July 24, 2012 at 6:36 am #

    Nice sharing, Husna…
    Jzklh khair..

    • mukminahmujahidah July 26, 2012 at 10:28 am #

      InshaAllah. MOga ada manfaatnya.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: