Ramadhan, hadiah untuk kita.

19 Jul

photo by zero alfa of deviantart

 

” Pernah tak pergi kursus?” Terdengar suara penceramah disebalik corong radio itu bertanya kepada para pendengar.

“Kalau majikan kita hantar kita ke kursus, tentu majikan kita ada objektif untuk anak-anak buah dia capai sesuatu kemahiran. Betul tak?”

“Dalam kursus, mesti ada tentatifnya. Ada program-program wajib yang kita nak kena ikut. Kadang-kadang nak kena qiyamullail bersama. Ada masa yang ditetapkan untuk berkumpul dan beraktiviti bersama. Semuanya itu untuk mencapai objektif kursus tersebut.” Menarik. Punat volume radio kereta itu dipulas sedikit. Kupasan daripada ustazah di radio IKIM FM itu sangat menarik perhatian.

” Ramadhan ini, kursus khas yang Allah sediakan untuk kita. Allah ada misi untuk bersihkan kita dari dosa-dosa, untuk bantu kita perbaiki amal kita. Jadi nak kena ikut apa yang Allah tunjukkan melalui Rasulullah SAW. ”

Ketika itu diri di dalam perjalanan menghadiri satu ceramah umum di kota. Tiba di sana, tajuk yang diberikan oleh penceramah juga adalah terkait persiapan Ramadhan.

“Kita kena rasa ramadhan kali ini adalah satu tamrin buat kita. Satu program latihan yang Allah sedikan untuk kita menahan diri. Bila kata aje Ramadhan, ia terkait dengan menahan diri kita daripada melakukan sesuatu yang Allah larang. menahan diri daripada melakukan sesuatu yang sia-sia. Menahan lapar dan dahaga itu hanya cebisan sahaja daripada Ramadhan.”

Lagi sekali diingatkan terkait memandang Ramadhan sebagai bulan latihan dan memperbaiki amal. Adakah kita bersedia?

Kursus, madrasah, universiti, tamrin, daurah. Namakan apa sahaja.

Ya. Anda boleh namakan apa sahaja untuk projek sebulan di bulan Ramadhan ini. Yang paling penting, matlamat utamanya adalah proses latihan buat kita untuk meningkatkan rohani, bukan material. Walaupun hanya tinggal sehari sahaja lagi sebelum tibanya Ramadhan, rancanglah Ramadhan kita. Moga ia tidak berlalu begitu sahaja. Ruginya jika Ramadhan kita hanya berlalu dari hari ke hari hanya dengan menahan lapar dan dahaga sahaja sedangkan di bulan ini Allah limpahkan rahmatNya, Allah ampunkan kebanyakan dosa-dosa dan Allah selamatkan daripada azab api neraka. Rebutlah peluang itu.

Ramadhan menyusahkan dan membebankan?

Di mana yang kita rasa  susah? Tidak boleh makan dan minum? Tidakkah kita merasa Ramadhan sebenarnya merupakan tanda kasih dan sayang Allah kepada hambaNya? Allah nak bagi peluang kepada Si Pendosa untuk membersihkan dosa-dosanya. Allah beri limpahNya kepada mereka yang taat dengan rahmat-rahmatNya. Allah selamatkan kebanyakan manusia daripada azab api neraka. Kita buat sedikit, Allah bagi banyak. Allah buka pintu syurga seluas-luasnya. Allah tutup  pintu neraka rapat-rapat. Allah SWT yang sedia Maha Pemurah menghulurkan segala rahmatNya pada yang meminta.

Hakikatnya Ramadhan ini adalah hadiah daripada Allah untuk kita. Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad SAW sahaja. Ramadhan bukan beban. Kalaulah ia beban, tentu Rasulullah SAW tidak akan menyuruh kita segera berbuka dan melewatkan sahur. Kalaulah ia beban, tentulah tiada rukhsah bagi mereka-mereka yang tidak mampu berpuasa. Kerana apa yang Allah nak latih kita lebih lagi daripada menahan diri daripada lapar dan dahaga. Allah nak latih kita menahan diri. Allah nak nak latih kita banyakkan membantu yang susah. Betapa sayangnya Allah kepada kita.

Penutup : Jadikan Ramadhan sebagai titik tolak perubahan

Justeru, marilah kita sama-sama mengambil peluang berkah dan ganjaran-ganjaran yang ada di bulan Ramadhan ini sebagai peluang untuk kita melakukan perubahan dalam kehidupan kita. Terutamanya dalam memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT, dalam memperbaiki akhlak dan memperbaiki amal. Doanya moga Allah izinkan untuk kita masuk dalam Ramadhan dalam keadaan hati, mental serta fizikal  yang bersedia, dapat melalui tarbiyah Ramadhan dengan baik dan akhirnya layak bergelar graduan Ramadhan yang bertakwa. Ameen.
Allahumma balighna Ramadhan!

 

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: