20 kg aje?

19 Jun

 

Alhamdulillah tsumal alhamdulillah.

Setelah bertahun-tahun berada di bumi permaisuri, akhirnya Allah izinkan untuk kembali menetap lebih lama di tanah air. Alhamdulillah syukur atas nikmat Allah diatas kejayaan dan kurnia yang diberi. Selesai sudah urusan pengajian di bumi UK. Jika dikenang banyak sangat nikmat yang Allah beri. Saat dilanda kesusahan dan keresahan, Allah ada di sana. Saat kegembiraan menjamu, Allah juga tetap bersama. Subhanallah, Tuhan kita tetap Yang Satu bukan? Walau di negara mana pun kita dicampakkan, disitu masih ada Allah. Tidak bermakna jika ke negara Barat, Allah tidak ikut bersama.

Saat ini rasa macam masih ‘mimpi’ lagi. Tidak percaya sudah berada di tanah air. 2-3 minggu sebelum pulang kami sangat disibukkan dengan tugasan-tugasan akhir disekolah dan assignment serta viva di universiti. Tamat sahaja viva, urusan membersihkan rumah dan mula mengemas-ngemas barang yang perlu dibawa pulang pun bermula. Disinilah bermulanya dilema kami ketika mengemas. Barang yang hendak di bawa pulang terlalu banyak! Balik for good kan?

20 kg, yang paling utama

Kebanyakan barang sudah pun di ‘shipping’ ke Malaysia seminggu sebelum tarikh pulang. Tinggal barang yang rasa perlu untuk dibawa pulang untuk kegunaan segera ketika di Malaysia. Barang-barang yang  penting dan tidak boleh ditinggalkan. Susun punya susun, kemas punya kemas, ternyata barang yang hendak dibawa melebihi elaun beg yang dibenarkan oleh pihak penerbangan. Ketika itu mulalah merungut dan tension kenapa sikit sangat elaun beg yang diberi kepada pelajar yang nak balik for good!  (ish ish ish)

Maka sesi pemilihan dimulakan. Barang yang dirasakan penting banyak yang terpaksa dikorbankan. Tinggalkan yang paling penting dan yang betul-betul penting. Subhanallah..bukan mudah. Ketika itu dan sehingga kini hanya mampu berdoa mudah-mudahan barang yang ditinggalkan itu tidak diperlukan dengan kadar segera.

Bekalan yang paling penting

Peristiwa ini membuatkan kami serumah bermuhasabah. Rasanya semua barang yang kami nak bawa pulang memang penting. Souvenir dan coklat untuk keluarga. Baju-baju yang perlu digunakan. Buku-buku bacaan dan dokumen-dokumen penting. Tetapi apabila disaring beberapa kali, hanya yang paling utama sahaja layak dibawa pulang ke Malaysia terlebih dahulu.

Bagaimana pula dengan kehidupan kita ini? Bekal apa yang kita nak bawa balik for good ke akhirat kelak? Mungkin kita menyediakan bekal harta, pangkat, kecerdikan, suami dan  anak-anak sebagai bekal untuk dibawa pulang bersama ke akhirat. Tetapi yang manakah yang benar-benar paling utama? Yang manakah yang layak untuk menjadi bekal kita dan mampu menjadi jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan Allah di padang masyar kelak?

Subhanallah semua itu sebenarnya boleh menjadi bekal. Harta yang dibelanjakan di jalan Allah, pasti menjadi bekal. Pangkat dan kedudukan yang digunakan sebagai alat untuk memenangkan agama Allah, pasti membantu. Suami yang soleh yang tidak jemu mendidik isteri dan anak-anak pasti menjadi bekal. Anak-anak yang soleh yang dididik oleh kedua ibu bapa pasti menjadi bekal.

Dan yang paling penting, semua itu perlu datang dengan rasa keimanan dan rasa taqwa kepada Allah. Itulah sebaik-baik bekal untuk dibawa pulang untuk bertemu dengan Allah SWT.

“… Bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa. Dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang mempunyai akal sihat!” Al-Baqarah : 197

Penutup

InshaAllah, masih belum terlambat untuk merancang dan memilih bekalan yang terbaik. Gunakanlah manfaat bulan-bulan yang mulia ini, Rejab, Syaaban dan Ramadhan sebagai titik mula untuk kembali berbekal. Kita kena sentiasa berbekal bukan? Hendak mengharungi kehidupan sementara di dunia juga perlu berbekal apatah lagi untuk hidup lebih lama di akhirat kelak.

Wallahualam

 

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: