Cerita daie

17 May

Perubahan, ia bukan mudah bukan? Menuntut pengorbanan jiwa yang kuat. Mujahadah terhadap keinginan nafsu yang  masih ingin berada di takuk lama. Yang masih mahu bersenang-senang dengan jahiliah. Apabila dikata pengorbanan, kita akan meninggalkan apa sahaja yang nafsu kita sukai, tetapi tidak disukai oleh Allah. Tetapi ia bukan mudah. Setiap saat, pasti ada sahaja anasir-anasir baru jahiliah yang akan menyerang manusia.

Menjadi seorang daie juga bukan mudah. Daie bukan malaikat, dia adalah manusia seperti manusia lain. Ada jatuh bangunnya. Kadang-kadang apabila badai menimpa hidupnya, dia jatuh sehingga merasa tidak layak untuk mentarbiyah orang lain. Dia sendiri terkapai-kapai bukan? Bagaimana mahu membimbing orang lain? Dia sendiri malu untuk mengelar dirinya daie. Dia teringat kepada pesan Rasulullah SAW, jangan jadi seperti sumbu pelita. Hidup menerangi orang lain, tetapi membakar diri sendiri. Mengajak manusia untuk beramal itu dan ini, tetapi untuk dirinya tidak dilaksanakan. Ibarat menjadi jambatan bagi manusia lain untuk ke syurga, tetapi dia sendiri yang jatuh ke dalam neraka. Nauzubillah!

Kasihan daie, siapa yang mahu mendidik dia pula? Bukankah dia juga berhak ditarbiyah, mendapat dukungan dan sokongan rohani? Apabila dia terjatuh, siapakah yang akan menyambut tangannya, untuk membawa nya kembali naik ke atas? Siapa yang akan mengingatkannya kembali kepada Allah? Kadang-kadang dia juga merasa kosong, terasa ingin disentuh kembali kasih sayang Nya. Dia mengundur sebentar, mencari kekuatan melalui tarbiyah kendiri. Dia tahu, sekuat manapun dia berharap pada manusia, hanya Allah sahajalah yang berhak diharapkan. Kerana Allah tidak akan meninggalkan dirinya, walau dia terjatuh, walau dia kadang-kadang tersasar.

Dia juga manusia, bukan malaikat. Dia perlukan sokongan orang sekelilingnya, walau sehebat mana dia. Jika fikirkan tentang diri sahaja, baik dia menjadi baik seorang diri. Menolong yang lain, kadang-kadang dia ditinggalkan sendiri apabila dia kesusahan. Dia ditinggalkan sendiri ketika imannya jatuh, ketika dia mula leka dengan dunia. Kenapa tiada yang menegurnya? Kenapa? Kenapa?

Tersedarlah dia… dia tidak mampu bergantung pada manusia selama-lamanya. Bangunlah dia dengan sendirinya dengan mengharapkan kekuatan dari Allah jua.

One Response to “Cerita daie”

  1. syamilsynz May 17, 2012 at 3:12 pm #

    setuju sangat2!

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: