Coretan : Jalan singkat ke sekolah

13 May

Setiap hari Isnin hingga Rabu, bermulalah kembali rutin sebagai seorang guru pelatih di bumi permaisuri ini. Bertolak sekitar pukul 6.50 pagi daripada rumah, bertukar tiga bas sepanjang perjalanan ke sekolah dan terpaksa berhimpit-himpit dengan anak-anak murid sendiri di dalam bas. Rutin guru bujang.

Waktu pulang pun begitu, jika pulang masa yang sama dengan pelajar, nampak gayanya tunggulah dua atau tiga bas melintas dahulu, barulah berpeluang naik bas yang berikutnya akibat perut bas yang sarat dan sesak dengan pelajar-pelajar. Buatkan diri terfikir, mereka ini naik dari mana? Asal tiba di bus stop yang kami tunggu sahaja, mesti bas penuh? Ternyata mereka naik daripada bus stop sebelum itu. Maka di suatu hari yang agak lembap cuacanya, saya dan rakan ingin mencuba jalan yang sering diikuti oleh pelajar-pelajar. Kami turun satu stop selepas stop yang selalu kami turun  ketika tiba di sekolah. Ramai pelajar yang turut turun di situ. Kami pun mengekori mereka, berjalan mengikuti mereka. Boleh jadi itu jalan singkat untuk ke sekolah.

Rupanya, mereka melalui jalan belakang sekolah. Masuk ke kawasan farm. Aduh..jalan yang disangka akan menyingkatkan masa untuk ke sekolah jadi jalan yang sukar sekali memandangkan tanah yang berlecak dan licin. Ditambah pula nak kena melalui pagar yang telah dirosakkan, lubangnya kecil sahaja.

Konon-konon nak ikut jalan singkat.

 

Tetapi perjalanan tetap perlu diteruskan. Mahu patah balik, alamatnya lambat pula nak ke sekolah nanti. Tidak lama kemudian, diri teruja melihat ada beberapa ekor kuda di farm itu. Bebas sahaja mereka meragut rumput di situ. Sebaik sahaja berada berhampiran dengan kuda tersebut, saya mengambil peluang mengambil gambar bersama kuda tersebut, kemudian bergilir bersama rakan. Kuda itu pun sekali sekala memandang kepada kami. Selesai urusan mengambil gambar, perjalanan diteruskan. Sudah nampak jalan keluar di hadapan. Rakan saya berada kira-kira 5 meter di hadapan, saya yang sibuk nak tangkap gambar kawasan sekeliling tiba-tiba perasan bahawa kuda itu berjalan ke arah kami.

“A, kuda tu datang dekat kita la.” Saya melahirkan kerisauan.

“Yeke? Jom jalan cepat sedikit.” Rakan saya yang berada di hadapan memberi saranan.

Saya cuba mempercepatkan langkah dalam keadaan tanah yang berlecak itu. Sekali sekala saya menoleh kebelakang dan ternyata kuda itu berjalan ke arah saya. Saya kaget dan berhenti. Kalau saya lari, saya risau ia akan mengejar saya. Dan kini kuda itu betul-betul berada dihadapan saya. Kepalanya berada kira-kira 50cm daripada saya. Cuak!

“Ya Allah, aku kena tenang. Bismillah.”

Kaki melangkah sedikit menghala ke arah kuda tersebut. Sebelah tangan diangkat dan menyapu lembut kepala kuda tersebut beberapa kali. Selepas itu, saya mengalihkan tangan dan dengan izin Allah kuda itu pun berlalu pergi ke arah temannya.

Subhanallah!

Kuda yang penuh bergaya berposing sebelum mengekori kami.

Peluang yang ada itu dimanfaatkan untuk segera ‘melarikan’ diri. Ujian tidak terhenti disitu sahaja rupanya. Dalam kekalutan itu, baju rakan tersangkut pada duri di semak pula. Kami cuba untuk mengeluarkan darinya. Alhamdulillah berjaya, tetapi apabila menoleh kembali ke belakang rupanya kuda tadi datang membawa kawannya seekor lagi menuju ke arah kami! Subhanallah, tidak fikir panjang, langkah dipercepatkan dan akhirnya dapat keluar disebalik pagar. Kami beristighfar dan menarik nafas lega.

……………………………….

Kalau dihubungkan dengan kehidupan kita sehari-hari, kita ini, cenderungkan untuk mengikut majoriti sahaja tanpa kita memahami betul-betul kebenaran perkara tersebut. Apa yang kebanyakan masyarakat buat, belum tentu betul, walaupun ia nampak indah, nampak lebih cepat sampai ke destinasi yang kita nak tuju dan sebagainya. Tanpa kefahaman yang betul, boleh jadi jalan singkat yang kita sangkakan itu menjadi jalan yang sangat sukar dan payah. Jalan yang melambatkan kita kepada tujuan dan matlamat akhir kita, iaitu Allah SWT .

Trend semasa, belum tentu betul. Apa yang benar adalah apa yang syarak kata benar. Dan apa yang salah, adalah apa yang syarak kata salah.

Wallahualam.

 

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: