BW dahulu, baru BM

15 Apr

Kebelakangan ini, banyak betul status, gambar, video dan nota di facebook berkenaan dengan baitul muslim (BM), iaitu mendirikan rumah tangga muslim. Menjadi isteri dan suami yang solehah dan soleh, menjadi sayap kiri/kanan seorang pejuang agama dan macam-macam lagi. Status-status begini mendapat like dan komen terbanyak. Tajuk yang memang tidak akan lapuk dek zaman.

Kadang-kadang, tidak terlepas juga terpengaruh dengan fenomena ini. Apatah lagi melihat kawan-kawan sebaya seorang demi seorang menamatkan zaman bujang mereka. Ada yang baru menimang cahaya mata juga. Tetapi mengenangkan pesanan ibunda supaya tidak mengikut-ikut orang lain atau ikut trend berkahwin muda tanpa kita faham tujuan yang lebih jelas, buatkan diri berfikir dalam-dalam.

Saya rasa tidak layak hendak berbicarakan berkenaan dengan baitul muslim, tetapi tertarik untuk berkongsi berdasarkan sedikit pemahaman yang ada apabila melihat satu fenomena di kalangan remaja yang mudah sangat terikut-ikut. Apatah lagi ada yang bersungguh benar ingin mendirikan rumah tangga sehingga mengabaikan kedua ibu bapa.

Seorang junior pernah berkongsi, kita duduk di UK ini, tak banyak sangat tanggungjawab. Yang utama, tanggungjawab sebagai hamba Allah dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Tanggungjawab sebagai seorang anak tu, memanglah masih ada, cuma tidaklah sebanyak yang kita mampu lakukan jika bersama dengan mereka di Malaysia.

Baru-baru ini, Allah izinkan untuk meluangkan masa bersama kedua ibu bapa. Alhamdulillah, setelah hampir 7 bulan tidak bersua, Allah izinkan untuk bersama. Apabila sudah bersama, barulah sedar betapa masih banyak perkara yang tidak lagi terbuat untuk membalas jasa mereka. Masih banyak lagi perkara yang perlu diproses untuk memperbaiki hubungan dengan mereka. Dengan kata lain, banyak lagi la nak kena pertingkatkan dan diperbaiki.

Jadi, tergerak untuk berkongsi rasa. Pengalaman dan pemahaman  orang lain mungkin berbeza, tetapi inilah yang mampu dicoret untuk dikongsikan bersama.

Birrul Walidain (BW) dahulu

Kadang-kadang kita terlupa, bahawa ibu bapa adalah orang yang Allah pilihkan untuk kita. Kita tidak boleh memilih siapa ibu bapa kita. Baik atau buruk mereka, itulah ibu bapa kita. Menjadi tanggungjawab kita untuk mentaati mereka dan menghiburkan hati mereka selagi tidak berlawanan dengan syariat. Sedangkan, siapa pasangan kita, inshaAllah kita masih boleh memilihnya lagi.

Hairan juga ya, bagaimana mungkin kita ini cuba-cuba mencari cinta yang lain, tetapi dengan ibu bapa kita masih tidak setel. Kita bercita-cita untuk menjadi isteri yang solehah atau suami yang soleh, tetapi tidak mencuba untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Tidak hairanlah ada kes yang sanggup meninggalkan kedua ibu bapa kerana ingin berkahwin dengan wanita atau lelaki pilihannya.

Jika sebelum berkahwin, jarang-jarang kita menziarahi dan menghubungi mereka, bagaimana kita dapat menjamin selepas berkahwin kita akan menziarahi dan menghubungi ibu bapa kita? Jika sebelum berkahwin susahnya nak membantu mereka, bagaimana mungkin selepas berkahwin kita akan membantu mereka?

Teringat perkongsian seorang kakak dua tahun yang lalu, katanya kita sering membaca dan mencari-cari buku bagaimana mahu menjadi isteri/suami yang solehah/soleh, tetapi jarang sekali kita membaca buku atau bahan bacaan tentang bagaimana menjadi anak yang soleh. Ini benar sekali. Jika dilihat di kedai-kedai buku pun, buku berkenaan birrul walidain, yakni berbuat baik kepada kedua ibu bapa sangat sedikit sekali. Sedangkan, buku berkenaan perkahwinan, banyak sekali!

Baitul muslim (BM) yang barakah

Birrul walidain  tidak terhenti pada sebelum kita berumah tangga sahaja, tetapi sehinggalah ke hari kiamat. Sedangkan doa anak-anak yang soleh kepada kedua ibu bapa mereka yang sudah pergi pun akan menjadi bekal buat ibu bapa, apatah lagi kebaikan-kebaikan kita didunia, tentulah sedikit sebanyak mereka mendapat saham juga.

InshaAllah, jika ibu bapa redha dengan kebaikan kita kepada mereka, tentulah mereka juga akan redha dengan BM yang akan kita bina. Redha mereka, mendatangkan redha Allah pula. InshaAllah mudah-mudahan Allah menambahkan barakah pada BM yang dibina itu.

Jika memilih pasangan pun, tentulah kita hajatkan pasangan yang baik hubungan dengan ibu bapanya. InshaAllah, jika baik perilakunya dengan ibubapanya, tentulah dia akan menyantuni kedua ibu bapa kita juga. Tidak terhenti setakat itu, inshaAllah Allah akan bantu pula kita dan pasangan menjadi ibu bapa yang baik justeru mendidik anak-anak menghormati dan berbuat baik kepada kita pula.`

Penutup

Kita memang tidak akan mampu membalas jasa kedua ibu bapa walaupun banyak mana kita korbankan masa, tenaga dan wang ringgit kan? Apa yang kita mampu lakukan, buat sehabis baik untuk meraikan mereka dan berjasa pada mereka. Ibu bapa ini, teguran mereka dan pujian mereka ikhlas dan jujur. Kasih sayang mereka tidak bersyarat. Allah pun memuliakan ibu bapa di dalam Al-Quran. Antaranya adalah di dalam surah Luqman.

Oleh itu, sebelum kita memilih untuk menambah satu lagi tanggungjawab iaitu menjadi seorang isteri/suami, pastikan kita sudah mampu untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita sepanjang kehidupan ini.

Moga Allah pilih kita menjadi anak-anak yang soleh, yang dapat menjadi bekal dan saham buat ibu bapa. Saling mendoakan inshaAllah.

Ameen!

Wallahualam.

2 Responses to “BW dahulu, baru BM”

  1. Hamba Khilaf April 15, 2012 at 11:45 pm #

    Assalamualaikum w.b.t.

    Akak..Betul tu. Pemuda pemudi sekarang pandangannya melangkau jauh sehingga lupa yang dekat dengannya belum setel lagi. Good reminder akak. Jazakillah khairan =)

    • mukminahmujahidah April 16, 2012 at 10:06 am #

      Waalaikumsalam wbt ukhti NA.

      Betul…sangat banyak tanggungjawab yang masih belum selesai lagi. Ada hak-hak orang disekeliling yang perlu ditunaikan sebelum menambah tanggungjawab lain.

      InshaAllah semua ini seharusnya berjalan seiring. Tetapi apa yang silap, nak tambah tanggungjawab lain, tetapi mengabaikan tanggungjawab yang sedia ada.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: