Shinka akan pergi, kita pun akan pulang.

5 Apr

Muqarrabin dan shinka

Tengahari tadi, tergerak untuk menelefon ummi. Menanyakan khabarnya.

“Husna, sudah telefon Muqarrabin?” Ummi memperingatkan ketika dihubungi.

“Belum lagi ummi.”

“Telefonlah dia. Tadi dia telefon ummi, nangis-nangis. Dia takut Shinka mati. Katanya Shinka sakitnya dah merebak.” Ummi yang ketika itu ada di KL melahirkan kerisauan.

Saya pun menamatkan panggilan dan terus menghubungi adik bongsu. Panggilan di jawap. Ternyata Muqarrabin yang menjawap.

“Assalamualaikum abin. Apa khabar? Tengah buat apa?

“Erm.. baik. Tengah tengok TV.” Monoton sahaja suaranya. Tidak nampak ceria.

“Abin, shinka apa khabar?” Tidak tahu dari mana hendak dimulakan bicara. Terus sahaja direct kepada soalan utama.

“Khabar buruk.” Ringkas dia menjawap.

“Macam mana keadaan dia sekarang?”

“Hidung dia berdarah. Lepas tu dia bersin. Setiap kali bersin mesti keluar darah. Doktor kata dia tidak boleh hidup lama dah” Sudah kedengaran suara sebak di sebalik corong. Muqarrabin, sayang benar dia pada Shinka. Umurnya baru nak masuk 12 tahun. Saya sendiri tersentuh melihat adik-adik lelaki ini, hati mereka lembut terhadap binatang.

“Abin sabar ye? Doakan moga Allah berikan yang terbaik untuk dia. Kalau mati yang terbaik, biar dia mati dalam keadaan yang baik.”

“Erm..ok.” Ringkas sahaja. Sedih mungkin.

Dalam dua minggu ini, Allah berikan berita duka kepada keluarga kami. Minggu lepas, dikejutkan dengan pemergian pakcik. Meninggal dunia kerana kemalangan. Moga Allah tempatkan paklong di tempat yang mulia disisiNya. InshaAllah. Minggu ini, keadaan Shinka sudah makin parah. Tunggu masa sahaja untuk kembali bertemu TuhanNya.

Apabila Allah menjemput atau menguji mereka yang kita sayang, sebenarnya peringatan itu lebih-lebih lagi untuk kita kan? Bahawa pada akhirnya, kita semua akan kembali kepada Allah.  Bersedia atau tidak. Tetapi yang pasti, kita nak kena bersedia dan berusaha supaya kesudahan kita adalah kesudahan yang terbaik. Husnul khatimah.

Adikku, inshaAllah jika Shinka sudah tiada nanti, kita masih boleh jumpa lagi dengan Shinka. Dengan syarat, nak kena berusaha masuk syurga! Supaya dekat syurga nanti kita boleh minta Allah bagi Shinka semula. Moga Allah nilai usaha-usahamu dalam menjaganya sepanjang dia bersamamu.Ameen!

InshaAllah.

One Response to “Shinka akan pergi, kita pun akan pulang.”

  1. syamilsynz April 7, 2012 at 9:49 am #

    rindu kat shinka ni..

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: