Sebelum dia menjadi suamiku

20 Mar

 

“Sebelum dia menjadi suamiku, dia telah terlebih dahulu menjadi saudara seislamku.” Kata-kata Zainab Al Ghazali, seorang aktivis dakwah Ikhwanul Muslimin dalam buku tulisannya Hari-Hari Dalam Hidupku ini sangat menyentuh hati. Kata-kata ini lahir apabila ada segolongan masyarakat Mesir yang mula memburuk-burukkan suaminya. Khabar angin mengatakan suaminya telah meninggalkannya kerana Zainab ditangkap masuk ke dalam penjara.

Ada mesej yang sangat mendalam yang ingin disampaikan oleh Zainab Al-Ghazali. Walaupun pada pandangan masyarakat, tidak patut si suami meninggalkan isteri  di saat isteri ditindas begitu, tetapi pada Zainab, dia tetap berlapang dada kepada suaminya kerana sebelum suaminya menjadi suami kepadanya, si suami telahpun menjadi saudaranya semuslim. Jadi hak untuk berlapang dada perlu kepada saudara semuslimnya.

Dan akhirnya, khabar angin itu ternyata tidak benar.

Tabayun

Melihat kepada kondisi kita pada hari ini, kita sangat mudah mempercayai suatu khabar angin tanpa kita melaksanakan pemeriksaan. Mungkin kita terlupa kepada amaran Allah SWT,

Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka  telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan(kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu. Al-Hujurat : 6

Allah memerintahkan kepada orang beriman untuk memeriksa (tabayun) setiap berita yang sampai kepada mereka. Apatah lagi kalau berita itu datang daripada orang-orang yang fasik. Apatah lagi kalau berita itu menceritakan keburukan seseorang. Apatah lagi kalau berita itu menceritakan keburukan saudara semuslim kita. Lagi lagilah kalau berita itu menceritakan keburukan sesama duat.

Masyarakat kita pada hari ini sangat mudah percaya kepada berita-berita yang mereka perolehi. Ditambah dengan kemudahan internet yang memudahkan lagi berita tersebar. Berwaspadalah, dan berhati-hatilah. Periksa dahulu kesohihannya sebelum disebarkan walaupun perkara itu adalah perkara kebaikan.

Kalau sudah sohih, bagaimana?

Kalau sudah periksa beritanya, dan ternyata berita yang kita terima itu benar, terpulanglah jika ia berita baik. Tetapi jika berita adalah keaiban seseorang, itu tidak bermakna kita boleh menyebarkan berita itu dengan suka sukinya. Ternyata dalam hal ini, Rasulullah SAW pula berpesan,

“Sesiapa yang menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

Menutup aib yang tidak memudaratkan orang lain itu adalah lebih baik. Tetapi jika melibatkan aib yang menggugat kemaslahatan ummat, diharuskan untuk disebarkan, misalnya tindakan pemimpin yang zalim terhadap rakyatnya.

Selain itu, bagi kesilapan-kesilapan yang melibatkan diri pesalah sahaja, kita hendaklah berlapang dada. Berlapang dada bahawa akan ada perubahan positif daripada saudara semuslim kita.

Seorang penzina yang beragama Islam itu, sebelum dia seorang penzina, dia telah terlebih dahulu menjadi saudara muslim kita. Sebab itu, sangkaan positif pada mereka masih perlu ada, bahawa akan ada perubahan.

Seorang pencuri yang beragama Islam itu, sebelum dia seorang pencuri, dia telah terlebih dahulu menjadi saudara muslim kita. Sebab itu kita kena berlapang dada, bahawa mereka mampu melakukan perubahan.

Penutup

Kalau kita hanya bercakap tentang bersangka baik kepada pelaku maksiat, bagaimana pula kepada mereka yang ada pengaruh kepada kita? Mereka yang rapat dengan kita?

Bukankah sebelum seorang sponsor yang muslim menjadi sponsor kita, mereka telah terlebih dahulu menjadi saudara muslim kita?

Bukankah sebelum seorang muslim yang berbeza warganegara dengan kita, mereka telah terlebih dahulu menjadi saudara muslim kita?

Bukankah sebelum seorang muslim yang datang dari parti politik berbeza daripada kita, mereka telah terlebih dahulu menjadi saudara muslim kita?

Bukankah sebelum seorang muslim yang berbeza organisasi dakwah dengan kita, mereka terlebih dahulu  menjadi saudara muslim kita?

Bukankah sebelum seorang kawan muslim yang pernah mengguris hati kita, mereka telah terlebih dahulu menjadi saudara muslim kita?

Santunilah saudara-saudara kita. Imam Hasan Al-Banna pernah berkata,

“Kita saling membantu dalam hal yang kita sepakati dan saling memaafkan dalam hal yang kita tidak sepakat.”

Moga Allah satukan hati-hati kita dan kita lebih berhati-hati dalam menerima berita. Supaya Islam boleh turut tumpang untuk naik bersama diatas kesatuan ini. Ameen.

Wallahualam.

2 Responses to “Sebelum dia menjadi suamiku”

  1. hoodsunny March 24, 2012 at 6:20 pm #

    This entry make me miss you more!

    Allah sampaikan daku kepadanya..

    • mukminahmujahidah March 24, 2012 at 9:47 pm #

      Ameen! Moga Allah temukan kita. Huda bila nak datang sini? Ana dah tak lama dah kat sini.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: