Suci macam susu

12 Mar

Suci macam susu

Saya masih teringat perkongsian seorang teman, ketika itu dia berkongsikan ayat ini,

 

Dan sungguh, pada haiwan ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagimu. Kami memberimu minum dari apa yg ada dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bg orang yang meminumnya. (An-Nahl : 66)

Perhatikan petikan ayat   لَبَنًاخَالِصًا ,

Susu diibaratkan sesuatu yang suci dan bersih. Walaupun kedudukan susu itu terletak antara darah dan najis, tetapi apa yang keluar daripada perut binatang adalah susu yang bersih dan suci. Tidak tercemar dengan merahnya darah atau kotornya najis.

Khalis = suci, bersih, murni. Begitulah juga diumpamakan dengan sifat ikhlas. Harus suci, bersih dan murni. Tiada percampuran dengan unsur-unsur yang lain. Jika susu itu sudah bercampur dengan bendasing yang lain, tentulah kita tidak lagi mengatakan ia suci.

Apabila menyebut tentang ikhlas kerana Allah, setiap pekerjaan yang kita lakukan itu tidak bercampur dengan kepentingan atau niat-niat lain selain Allah. Apabila sudah bercampur, maka tercemarlah kesuciannya.

Kena sentiasa proses

Tajuk ikhlas ini memang tidak pernah habis. Kena selalu diingatkan lagi dan lagi. Sebab kita sendiri tidak akan selamat dengan penyakit jiwa yang menyerang. Saya pernah bertanya pendapat beberapa rakan, bagaimana sebenarnya kita nak ikhlas dan ikhlas itu bagaimana sebenarnya?

Kata-kata seorang kakak,

Ikhlas itu adalah kita menyembunyikan kebaikan kita sebagaimana kita menyembunyikan keburukan kita.

Pernah juga terbaca satu artikel,kata penulis,

Ikhlas itu tidak memberi kesan kepada tuannya sama ada dipuji atau dikeji. Macam bayi, kalau kita puji dia atau herdik dia sekalipun, raut mukanya tetap tidak akan berubah.

Respon seorang syuyukh pula ketika mengulas kata-kata penulis di atas,

Kesan mesti ada. itu fitrah. tapi letakkan iman , ikhlas, semangat dan amal di depan. redha Allah yang diburu. akhirat sentiasa di depan mata. maka kesan tu jadi sangat kecil berbanding dgn rasa nikmat syukur yang menguasai jiwa.Allah hu ghoyatuna…..

Subhanallah…

Tidak mudah bukan? Moga Allah golongkan kita dikalangan mukhlisin. Orang yang sentiasa ikhlas dan membersihkan diri.

p/s beruntung orang yang suka minum susu. (Atau makan susu dan cereal). Bolehlah muhasabah diri setiap kali melihat kesucian susu tu. InshaAllah.🙂

Wallahualam.

2 Responses to “Suci macam susu”

  1. syamilsynz March 12, 2012 at 4:03 pm #

    minum kopi macam mane pulak?

    • mukminahmujahidah March 12, 2012 at 8:34 pm #

      Minum kopi pun boleh refleks inshaAllah🙂

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: