Pahit yang bertukar menjadi manis

9 Mar

Nak balik bertemu Allah dalam keadaan yang paling baik!

Imam al-jauzy pernah berkata,

Sesiapa yang memilih jalan kebaikan, sesungguhnya dia telah menempuh jalan yang sukar dan payah.

Realitinya, begitulah. Apabila kita memilih untuk berbuat kebaikan, bukan sedikit perkara yang kita kena korbankan. Dari berkorban melawan hawa nafsu yang mengajak untuk bersenang-senang dan bermalas-malas, nak kena perbetulkan niat, nak kena korbankan masa, nak kena dengar cemuhan orang, ditambah dengan dakwah yang tak bersambut lagi. Macam-macam.

Tetapi ketahuilah, kepahitan ini sebentar cuma, dan kemanisan pasti akan mendatang. Sebagaimana kita rasa sukarnya nak ulangkaji pelajaran, terpaksa bersengkang mata bangun malam nak ulangkaji, terpaksa naik turun bilik pensyarah nak tanya macam-macam soalan dan akhirnya dengan kesungguhan kita itu mendatangkan kejayaan. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Kita terpaksa korbankan macam-macam kesukaan kita tetapi hakikatnya apa yang kita nantikan ini suatu yang sangat manis. Ganjaran daripada Allah buat hamba-hambaNya yang bersabar dan berbuat baik di muka bumi ini. Ganjaran buat hamba-hambaNya yang bermujahadah melawan kehendak-kehendak nafsu yang membinasakan.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar. (At-taubah :111)

Sabarlah..sedikit sahaja lagi.

 

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: