Rabbani yang makin pudar

23 Feb

Satu-satu khemah dilewatinya malam itu. Khemah pertama, dia melihat tenteranya sedang membaca Al-Quran. Dia melewati khemah seterusnya, ahli khemah sibuk bangun solat malam. Begitulah, setiap kali melewati khemah-khemah tentera, ahlinya sibuk bermunajat kepada Allah. Mengisi malam itu dengan bertaqarub kepada Allah. Sehinggalah apabila dia melalui satu khemah, dia lihat ahli didalamnya sedang pulas tidur. Tidak berbuat apa-apa. Lantas diarahnya tentera Islam yang berada di dalam khemah itu untuk balik sahaja dan tidak lagi bersama dengan angkatan Islam menawan kota Palestin.

“Aku takut dengan kelalaian kamu ini menyebabkan Allah tidak menurunkan bantuanNya kepada kita.” Begitu tegas sekali Salahudin Al-Ayubi mendidik tenteranya. Bukanlah kerana tenteranya buat benda maksiat pun, tetapi tidak bangun malam itu merupakan satu aib bagi mereka. Subhanallah!

Kader dakwah yang Rabbani

Baru-baru ini berpeluang mendengar talk daripada Sheikh Jumuah Amin secara online, seorang ikhwan daripada Ikhwanun Muslimin (IM) Mesir. Beliau ada berkongsi terkait kejayaan IM memenangi pilihan raya di Mesir selepas revolusi di mana hampir seluruh ahli parlimen IM adalah daripada kalangan huffaz. Sebelum capai ke tahap itu, para ikhwan telah dididik dengan sifat rabbani. Mereka bukan sahaja turun membantu masyarakat, mengajak masyarakat kembali kepada Allah, malah mempersiapkan bekal dengan Al-Quran dan melazimi solat malam.

Saya terasa sangat terkesan dengan talk nya. Saya tidak pandai mengulas tetapi ingin menyimpulkan bahawa bagaimana mungkin kita mengharapkan dakwah ini untuk menang, dakwah ini diterima oleh masyarakat kalau daie sendiri tidak mendekat kepada Allah? Tidak berbekal dengan amalan-amalan yang Allah cinta? Kita mungkin mampu menyahut seruan untuk turun padang, mengisi taklim dan daurah, bawa banyak halaqah dan usrah, taujih sana dan sini. Tetapi… tetapi jika kita tidak berbekal, lama-lama kita semakin layu, pengisian juga makin tidak ada ruh.

Saya pernah terdengar kata-kata seorang ikhwah, katanya, Islam tidak akan dapat dibangunkan oleh mereka yang bangun selepas azan subuh! Terasa kan? T_T . Bagaimana kita harapkan pertolongan Allah jika daie sendiri tidak bersungguh-sungguh mendekat kepada Allah. Kita kata kita berjuang di jalan Allah, tetapi masa lebih banyak dihabiskan menghadap internet. Masih mampu gelak besar, dan bercerita tentang artis itu dan ini. Masih boleh main game di komputer. Masih boleh menonton movie-movie yang tidak berfaedah. Masih mampu bergosip-gosip dengan kawan, masih boleh makan yang lazat-lazat sehinggakan kadang-kadang berlaku pembaziran. Dengan kata lain, setelah selesai daurah, usrah, kita ada banyak masa lapang lagi untuk melaksanakan hal-hal yang begini. Perjuangan apa sebenarnya yang kita cuba nak bawa ni?

Rabbaniyah yang makin hilang

Semakin hari terasa sifat rabbani itu makin hilang. Mungkin tertipu dengan kerja-kerja yang kita laksanakan. Kesibukan itu hakikatnya mungkin hanya menjadi rutin.  Menjadi rutin kita membawa usrah dan halaqah. Kalaulah sikap-sikap kita ini masih berada di zaman generasi Islam awal dahulu, pasti dah kena black list dan tak terpilih untuk buat kerja-kerja dakwah ni.  Mungkin kita dah kena suruh balik oleh Salahuddin daripada ikut berperang. Aduh..

Kembalilah berbekal

Rasa tidak mampu nak meneruskan tulisan ini. Cuma ingin berkongsi, ayuhlah sama-sama kita mencari bekal yang hilang itu. Hidupkan kembali hati dengan Al-Quran dan melazimi solat-solat sunnah. Perjalanan yang kita nak tempuh ini bukan singkat, nak kena ada bekal. Supaya tidak tersungkur di tengah jalan. Jika daie disibukkan dengan benda-benda harus, maka masyarakat akan disibukkan dengan benda-benda makruh. Jika daie disibukkan dengan benda-benda makruh, tak mustahil masyarakat akan disibukkan dengan benda-benda haram pula.

Kembalilah berbekal… menjadi hamba dan dua’at yang rabbani…. T_T

Kawan-kawan, tolong ingatkan saya jika saya terlalai dan tersungkur dan tarik tangan saya balik. Pleasee!

Wallahualam.

2 Responses to “Rabbani yang makin pudar”

  1. Hamba Khilaf February 23, 2012 at 11:53 pm #

    Banyak perkara yang perlu diperbaiki. Nak nangis pun ada.

    • mukminahmujahidah February 24, 2012 at 10:53 pm #

      InshaAllah kita sama-sama perbaiki.
      Biar hari ini lebih baik daripada semalam.🙂

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: