Apa ertinya saya seorang bakal guru?

10 Jan

Sekolah : Antara tempat pertama manusia mengenal masyarakat

Hari ini tiba-tiba teringat kenangan berpraktikal di sekolah bermula hujung Oktober yang lalu hinggalah ke pertengahan Disember. Banyak perkara yang saya pelajari. Antara peristiwa yang masih berbekas di ingatan dan hati adalah ketika sedang melakukan observation semasa form time. Tiba-tiba, ada seorang murid lelaki menegur saya.

Miss, how long you’ve been here? ” Budak lelaki berumur sekitar 12-13 tahun itu menyapa. Saya sedikit terkejut. Cuba mengingat kembali hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah.

She had been here since last month.” Tiba-tiba satu suara mencelah. Milik kawannya yang duduk di sebelah. Saya hanya tersenyum dan mengiyakan.

Miss, can I ask you something? “Dia tidak terhenti setakat itu rupanya.

Stop asking her question.” Sekali lagi, sebelum sempat saya menuturkan bicara, kawannya disebelah mencelah. Terkoyak senyum saya. Macam-macam. Mungkin si kawan risau si penanya menimbulkan ketidakselesaan kepada saya.

It’s alright, go on.” Saya membalas ringkas.

I just wondering, why do you want to be a teacher miss?” Saya terdiam. Tidak disangka soalan itu yang akan ditanya. Terasa macam menjawap soalan assignment pula sebab task pertama yang kami perlu siapkan pada awal program dulu ada terkait soalan ini.

What do you think?” Sengaja saya bertanyakan kembali. Ingin mendengar pendapatnya berkenaan kerjaya yang bakal saya tempuhi ini.

Because of money?Innocent sekali jawapannya. Tetapi sangat rasa terpanah di hati dan terkejut dengan jawapannya. Sebelum sempat saya berkata apa-apa, kawannya di sebelah mencelah,

What question is that? Of course she’s here to teach us!” Tersenyum pula mendengar jawapan yang ini. Ada orang tolong back-up pula. Macam-macam. Saya hanya mengiyakan kata-kata temannya itu.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah daripada sekolah, pertanyaan pelajar tersebut membuatkan saya berfikir. Adakah itu tanggapan pelajar kepada guru-guru mereka? Menjadi guru kerana hanya inginkan duit?

Apabila berkongsi cerita ini dengan mentor saya, guru yang membimbing saya sepanjang praktikal di Alperton Community School, katanya itu perkara biasa. Kanak-kanak merasakan bahawa kita akan mendapat duit kalau kita kerja. Cikgu datang sekolah dapat duit, pelajar pula kena buat kerja macam-macam. Begitulah serba sedikit perkongsiannya.

Kalau saya ketepikan pendapat anak murid ini dan memandang kepada orang dewasa yang memilih kerjaya sebagai guru pula. Adakah kita memilih kerjaya ini semata-mata hanya untuk mendapatkan wang?

Kalau di Malaysia sahaja, kerjaya guru kononnya merupakan pilihan terakhir. Ramai yang daripada kursus-kursus lain seperti kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya terjebak ke bidang perguruan apabila peluang untuk mendapat kerjaya di bidang kepakaran mereka tipis. Akhirnya kita memilih mengambil KPLI atau DPLI dan memulakan kerjaya sebagai guru. Bahkan, kerana kurang minat dan rasa terpaksa, kerjaya guru ini dilaksanakan sambil lewa. Asal dapat kerja dan boleh teruskan hidup. Beginikah?

Jika ya, perbaikilah kembali niat kita. Rasailah walaupun kita cuba mengelak, ternyata Allah memilih kita untuk menjadi seorang guru dan mendidik masyarakat.Kita insan terpilih sebenarnya! Pada saya, sekolah merupakan tempat pertama bagi anak-anak muda bercampur dengan masyarakat luar. Jadi guru seharusnya menjadi role model bagi mereka. Bukan setakat menjadi role model dari segi kepandaian dan kebijaksanaan, tetapi yang lebih utama adalah role model dari segi keperibadian dan budi pekerti.

Di bumi UK ini, anak-anak murid yang saya jumpa ternyata sama sekali berbeza budaya, dan sudah pasti banyak juga yang berbeza akidah. Kadang-kadang melihat perangai mereka yang agak bebas bertepuk tampar sesama murid lelaki dan perempuan buat hati ingin menangis. Di kala lain, melihat pelajar Year 7 terangguk-angguk kepalanya mengikut rentak lagu yang tidak berapa soleh dinyanyikan membuatkan diri ini turut geleng kepala kerana kasihan melihat mereka.

Ketika itu terdetik di hati supaya tidak melakukan sesuatu mengikut emosi. Jika ingin menegur, biar tegur dengan rasa kasih. Menegur kerana kita sayangkan akhlak mereka. Itulah yang cuba disemat setiap hari.

“Rasulullah SAW sendiri pun berbelas kasihan kepada orang kafir dan kanak-kanak. Nak kena pandang mereka dengan rasa kasih ni.” Akhlak manusia berperibadi mulia itu cuba untuk dicontohi. Tak mudah bukan? Tetapi itulah yang nak kena dilatih.

Berdebar sebenarnya nak berhadapan dengan realiti menjadi guru di Malaysia nanti. Sebab tugas kita bukan sekadar mengajar, tetapi juga mendidik.

Mengajar dan mendidik dengan rasa belas dan kasih. Pasti itu rahsianya kejayaan Rasullah SAW sebagai guru mendidik para sahabat dulu sehingga menjadi orang yang berjaya.

Wallahualam

~yang masih merangkak-rangkak belajar menjadi pendidik~

 

One Response to “Apa ertinya saya seorang bakal guru?”

  1. theroadtobetaken January 14, 2012 at 3:30 pm #

    Salam ziarah kembali. Moga sentiasa dalam lembayung rahmat Ilahi

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: