Majlis Graduasi yang sebenar

7 Jan

Graduan-graduan

Result dah keluar.”

Membaca status salah seorang coursemate di FB itu benar-benar buat jantung berdegup laju. Keputusan keluar awal daripada yang dijangkakan. Tambah menyesakkan jiwa apabila mendapat mesej daripada seorang teman lokaliti.

“Hey Husna, have you check your result? Its up already.” Setiap tahun, dialah yang paling rajin bertanya.

Portal myKCL dibuka. Mencari pautan keputusan peperiksaan. Dapat.

Jari diletakkan di atas pad cursor di laptop, mencari-cari pautan yang berkenaan.

“Ya Allah, takutnya.” Tak tahu kenapa perkataan itu yang keluar dari bibir ini. Tangan segera dialihkan daripada laptop dan menutup wajah. Saya benar-benar risau, takut, cuak ketika itu. Sangat takut jika keputusan yang keluar tidak seperti yang dihajati. Jantung terasa berdegup laju.

Terasa bagai segala hidup saya tergantung pada keputusan ini.Fikiran buruk mula menerjah, kalau tak lepas macam mana? Apa aku nak buat lepas ni? Macam mana dengan amanah orang yang dipikul atas bahu?

Akhirnya laptop ditinggalkan sendirian, menenangkan diri sebentar dengan solat sunat taubat. Segala keresahan jiwa dicurahkan disitu.

Apabila agak tenang, barulah memberanikan diri untuk menghadap semula laptop. Kini hati cuba untuk pasrah dan redha dengan apa sahaja keputusan yang bakal terpapar pada skrin sebentar lagi. Dalam masa yang sama, hati cuba disematkan dengan janji-janji Allah bahawa Allah tidak akan membebani seseorang dengan sesuatu yang dia tidak mampu.

:: AnugerahNya. Terasa kasih sayang Allah tanpa batas:: gambar oleh wana

Dan akhirnya alhamdulillah. Berjaya melepasi ijazah pertama ini dengan proses jatuh bangun yang tidak kurang banyaknya. Majlis graduasi yang telah dilalui Julai tahun lalu benar-benar buat diri insaf. Betapa banyak nikmat yang Allah berikan sepanjang saya berada di bumi UK walau selalu sahaja diri menjauh dariNya. Dia tidak pernah menyia-yiakan hidup ini. Diberi ujian untuk kita kembali mengadu kepadaNya.

Ketika majlis graduasi, saya keseorangan. Ya. Tiada ibu bapa dapat bersama meraikan majlis yang ditunggu-tunggu itu. Kawan-kawan Malaysia pun banyaknya dah terlebih dahulu pulang ke Malaysia kerana mereka memilih untuk bergraduasi pada bulan Januari ini. Ada seorang kawan yang setia bersama masuk ke dewan. Dialah yang menemani saya dan mengambil foto serta video untuk saya.

Berada di dalam dewan keseorangan buatkan saya banyak berfikir. Adakah ini sahaja yang saya mahu? Melihat seorang demi seorang mengambil scroll masing-masing di atas pentas. Semuanya tersenyum gembira. Ada yang melambai-lambai ke arah ibu bapa dari atas pentas. Berkongsi kegembiraan dengan orang tersayang.

Tidak dapat dinafikan, dapat bergraduasi adalah salah satu nikmat yang sangat ingin dirasai oleh setiap yang bergelar pelajar. Tetapi hakikatnya apa yang lebih kita hajatkan adalah graduasi sebenar di akhirat kelak. Bayangkan bagaimana saat kita menanti di padang mahsyar nanti menunggu keputusan pengakhiran kita? Tak boleh bayangkan debarannya. Mungkin tercabut jantung. Alangkah gembiranya bila mendapat tahu bahawa Allah memilih kita sebagai graduanNya. Kita menerima pengiktirafan daripada Allah SWT sebagai seorang hamba yang berjaya. Yang cemerlang. Yang lepas segala tribulasi serta mehnah di didunia ini. Ketika itulah baru boleh berbangga menjadi graduan akhirat! Yeay!

Alangkah bahagianya ketika hari penghisaban itu bila kita mampu melaung dan melambai kepada umat manusia yang lain,

Lihatlah kalian, aku sudah diiktiraf Allah untuk masuk syurgaNya. Kalian bila lagi?

Saya teringat kisah al-Umair bin al-Hammam, sahabat Rasulullah SAW, ketika di medan perang Badar, ketika Rasulullah melaung-laungkan akan janji Allah terhadap mereka yang syahid dengan syurgaNya, sahabat itu datang kepada Rasulullah dan berkata,

“Demi Allah, aku mengharap diri ku ini salah seorang dari ahlinya.”

“Kau adalah ahlinya.” Jawap Rasulullah SAW.

Maka sahabat tersebut mengeluarkan beberapa biji tamar, untuk di makan. Kemudian beliau menyebut,

“Sampai bila hendak makan buah tamar ini, ini tak boleh jadi.” Lantas di terus mencampakkan buah tamar tersebut dan terus mara kearah musuh dan berjuang. Dan akhirnya beliau syahid. [1]

Indahnya mereka yang hidup untuk Islam, mengharapkan pertemuan dengan Allah SWT. Terasa diri amat jauh sekali jika nak dibandingkan dengan mereka.

Jadi, ayuhlah sama-sama kita bergerak daripada sekarang. Sama-sama bekerja untuk mencari redhaNya. Sama-sama mulakan daripada diri kita, dan ajak orang sekeliling kita. Gunakanlah segala potensi yang ada pada kita, untuk kita menyumbang kepada Islam. InshaAllah.

Ya Allah pilihlah kami sebagai graduan-graduan akhirat yang berjaya ke syurgaMu! Ameen!

Wallahualam.

[1] Seerah Nabaweeyah, Ar-raheeq al-makthum oleh Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: