Cerpen : Tahun baru buat Sumayyah

1 Jan

Masa terus berlalu, menandakan usia di dunia makin berkurang.

Cerpen sempena tahun baru.

Sila baca cerpen sampai habis. Jangan baca sekerat jalan ye.

Moga tahun baru ini menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

🙂

“Malam ni kau mesti ikut kitorang tau.” Sally rambutnya panjang. Comel. Aku tidak tahu nama sebenarnya. Tetapi itulah nama yang diperkenalkannya kepada aku.

“Er.. betul ke aku boleh dapat teman lelaki?” Aku ragu-ragu. Aku tidaklah lawa mana. Badanku sedikit gempal, kulitku hitam manis. Nak bergaya? Fuh jauh sekali.

” Boleh. Tapi… aku rasa kau kena ubah style pemakaian kau sikit la.” Sally memegang hujung tudungku.

“Ni tudung ni, buka la. Kolot kot.”

“Tapi aku tak biasalah tak pakai tudung.”

“Ala relax la,sekarang ni ramai aje yang tak pakai tudung. Rambut kau cantik apa? Rugilah kalau kau sorokkan rambut kau tu. Baju kawan aku kau pinjam ni, ok dah, nampak menawan.” Sally menunjuk ke arah baju merah yang dipinjamkan oleh kawannya. Aku tidak tahu kenapa mudah sangat aku ikut cakap Sally hari ni. Tetapi aku memang bertekad, tahun 2012 ini aku nak ada teman lelaki. Itu azam aku.

“Sekarang barulah comel.”Rambut lurus milikku jatuh melepasi bahu. Rasa kekok pula membiarkan rambutku ditiup angin. Tetapi aku cuba untuk membuang perasaan itu jauh-jauh. Tidak lama selepas itu kelihatan 3 orang lelaki menuju ke arah Sally. Seorang daripadanya adalah teman lelaki Sally. Zack namanya. Dua orang lagi masing-masing bernama Mel dan Nick. Tidak lama kemudian seorang wanita datang, dan terus menuju ke arah Nick. Sally memperkenalkan aku kepada kawan-kawannya.

“Saya Mel. Awak siapa? ” Mel menghulurkan tangannya kepadaku. Aku rasa kekok. Tangannya tidak ku sambut.

“Su…suma..”  Tergagap-gagap aku cuba memperkenalkan diri.

“Panggil sahaja dia  May.” Sally cepat-cepat memotong kata-kataku. Aku hanya mengangguk. Sumayyah namaku. Tetapi apakan daya. Aku tak mampu menyuarakannya. Mel tersenyum. Kacak sekali.

“May dan Mel. Cocok sekali kan? ” Mel merenung mataku. Aku jadi serba salah. Tak pernah rasanya direnung lelaki seperti itu. Mel yang perasan dengan tingkah laku ku mengalihkan matanya dariku.

“Awak ni pemalu ye? Maaflah saya tak kacau awak lagi. Jom kita ke sana.” Mel tersenyum lagi. Setiap kali senyumannya buatkan aku jatuh hati. Adakah ini yang dikatakan cinta pandang pertama? Aku keliru. Aku hanya menuruti Mel ke arah yang dimaksudkan. Berkumpul bersama khalayak ramai di Dataran Merdeka menunggu saat tahun baru menjelang.

“Wei! Kitorang kat sini!” Terdengar dari jauh Zack melaung dari khalayak ramai. Aku dan Mel menuju ke arah mereka. Malam ini malam 31 Disember. Tinggal kira-kira beberapa minit sahaja lagi sebelum detik 12 malam menjelma. Detik tahun baru, tahun 2012. Berkumpulnya kami untuk meraikan bersama-sama countdown ini.

Dan masanya tiba..

10…

9…

8….

Suasana begitu bising sekali dengan laungan orang ramai.

7…

6…

5…

4…

3…

2…

1…

“SELAMAT TAHUN BARU!”

Ketika itu begitu banyak sekali bunga api. Cantik. Aku tidak pernah rasa gembira seperti malam itu. Walaupun disekelilingku terlihat orang bersorak gembira bagai orang tak betul, pada aku itu adalah satu perkara yang membahagiakan. Tidak pernah aku alaminya selama ini. Selama ini aku hanya menjadi orang yang kolot, terperok sahaja di dalam rumah dan tidak berhibur bersama kawan-kawan. Hanya study sahaja. Inilah baru life! Inilah life yang betul!

***

3 bulan sebelum itu….

” Apa nak jadi dengan awak ni Sumayyah? Awak ni nampak je muka alim dan rajin. Tetapi markah test awak teruk betul. ” Prof Jefri melemparkan kertas jawapan milik Sumayyah itu di atas mejanya. Mukanya kemerahan menahan marah. Sumayyah hanya menundukkan kepalanya. Dia tidak mampu mengeluarkan satu patah kata pun.

“Kalau banyak solat  je, tak score dalam pelajaran tak guna juga.” Terasa panas telinga Sumayyah. Kali ni dia tidak tahan. Dia perlu mempertahankan maruahnya dari diherdik begitu.

“Prof, keputusan saya tidak ada kena mengena dengan solat saya. Ini baru pertama kali test saya teruk.  Sebelum ni saya dapat markah tinggi dalam setiap test. Prof sendiri yang tanda kertas saya.”

“Hah mengaku pun awak test awak teruk. Itu cerita lama. Saya tak mahu dengar. Doa banyak-banyak sikit lepas ni. Ambil kertas awak ni dan keluar.” Sumayyah geram. Matanya bergenang. Dia geram betul diherdik sebegini rupa. Dia keluar, dan menghempaskan pintu.

Air matanya merembes keluar, tidak dapat ditahan-tahan lagi. Sudah jatuh ditimpa tangga. Setelah satu musibah, satu musibah lagi datang.  Sebelum ini dia diuji dengan laptopnya yang hilang. Habis segala assignment yang dia karang hilang begitu sahaja. Kemudian diuji dengan teman serumah yang tidak mempercayainya lagi, dituduh ingin merampas teman lelakinya yang kebetulan dia terserempak di kafe kolej bertanyakan arah jalan. Masalah-masalah ini langsung  membuatkan dia tidak dapat fokus kepada pelajaran.

Tahu tak kenapa ayah bagi nama Sumayyah?

Sebab ayah nak anak ayah kuat macam Sumayyah. Mujahadah melawan segala dugaan kerana Allah.

Kata-kata ayah Sumayyah masih terngiang-ngiang di  fikirannya.

“Ya Allah…aku tak sekuat Sumayyah. Kenapa begitu berat ujian yang kau timpakan kepadaku Ya Allah? Sedangkan aku sudah cuba taat kepadaMu?”

“Tak adil! Tak adil! Tak adil! ” Hati Sumayyah memberontak. Dia kesal dengan jalan hidup yang dipilihnya. Kenapa susah-susah berbuat baik dan akhirnya dia ditindas dan ditinggalkan?

Sumayyah melajukan langkahannya. Hidupnya terasa tertekan-tertekan. Terasa sangat jauh dari rahmat Allah.

Hey careful!” Dia tidak sedar terlanggar seseorang. Barang-barang mereka jatuh.

“Maaf.” Sumayyah cepat-cepat mengesat air matanya dan mengutip kembali kertas-kertas yang berterabur.

“90?” Terpampang besar markah di kertas jawapan milik gadis dihadapannya.

“Subjek yang sama, tak akanlah budak ni…” Sumayyah mengalihkan pandangannya kepada gadis dihadapannya.

“Eh..kita ni bukan satu kuliah ke?” Gadis dihadapannya mula bersuara. Sumayyah hanya mengangguk.

“Sally.” Gadis itu menghulurkan tangan.

“Sumayyah.”

Dan dari situlah bermulanya kehidupan baru Sumayyah

***

Aku gembira melihat Sally gembira. Dia banyak mengubah hidupku. Dia yang banyak membantu pelajaranku dan banyak bantu aku dari sudut kewangan. Kalau aku ada masalah, dialah tempat aku meluahkan masalah. Kalah aku nak luah masalah kat keluarga aku, diorang bukan faham sangat.

Konsert bermula. Aku tidak pasti daripada kumpulan apa. Aku perasan Mel sekali sekala menjeling ke arahku. Aku hanya tersenyum sahaja. Masa terus berlalu. Akhirnya Sally dan kawan-kawannya mengajak aku untuk minum katanya. Aku turut sahaja. Dan apabila aku tiba ke destinasi, barulah aku sedar itu merupakan pub malam.

“Kita nak minum dekat sini ke?” Aku ragu-ragu. Tidak pernah sekali pun dalam hidupku terfikir untuk melangkah ke tempat itu.

Relax la. Bukan nak suruh kau minum pun. Kita enjoy ye malam ni?” Sally memujukku. Aku tidak tahu kenapa. mudah sahaja ku mengikut. Sally dah banyak berbuat baik kepadaku. Aku tahu dia tidak akan berniat buruk padaku.

Di dalam pub itu, satu lagu yang menyakitkan telinga kedengaran. Orang didalamnya bagai tidak tentu arah. Menari-nari dan terkinja-kinja melompat. Mel mengajak aku untuk menari. Tetapi aku menolak. Aku masih berjaga-jaga supaya tiada lelaki yang menyentuhku. Aku hanya duduk di satu sudut. Memerhatikan gelagat mereka. Entah mengapa aku rasa satu kekosongan. Walaupun hakikatnya aku tengok mereka sedang berhibur, tetapi aku rasa kosong. Kosong sangat.

Masa terus berlalu. Sekali sekala  Sally datang ke arahku mengajak aku menari sekali. Aku menolak. Keadaannya semakin teruk. Macam orang gila. Aku kira dia sudah mabuk. Kawan-kawannya yang lain pun begitu. Sehinggalah ada satu saat aku merasa ada satu tangan yang cuba menyentuhku. Dia merangkulku. Aku cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Aku berusaha sedaya ku sambil menjerit. Orang sekeliling hanya ketawa melihat gelagatku. Tiada langsung yang ingin membantuku. Sally sudah entah ke mana. Aku berusaha keras. Ketika itu tiada siapa yang aku ingatkan melainkan Allah.

Ye, Allah.

“Allahu akbar! Lepaskan aku!” Aku tidak tahu dari mana aku dapat kekuatan untuk melafazkan takbir. Selanjut dengan itu rangkulan itu dilepaskan. Mungkin terkejut dengan launganku. Aku bergegas mencari jalan keluar. Pipiku habis basah dengan air mata. Aku menangis sepuas-puasnya. Lidahku tidak sudah-sudah melafazkan istighfar.

“Ya Allah, Ya Allah.,ampunkan aku.” Kakiku terus diayunkan laju. Berlari ke arah mana sahaja ia membawa diriku. Aku melihat seluruh tubuhku. Terasa jijik melihat tubuh yang hanya berbalut dengan kain yang melekat. Dalam kekalutan ku cari tudung milikku di dalam tas tangan. Disarungkan segera, menutup kembali rambutku yang berterbangan.

Sekali sekala aku menoleh ke belakang. Tidak nampak bayang sesiapa yang mengejarku.  Walau bagaimanapun aku tidak mahu berhenti. Aku terus berlari dan berlari menyelamatkan imanku dan maruahku. Aku menyesal. Menyesal teramat sangat. Sehinggalah aku tiba di jalan besar, aku terjelupuk jatuh. Air mataku semakin melaju.

“Ya Allah, jangan Kau tinggalkan aku lagi.”

“Aku tidak mahu hidup sesat begini.” Dalam esakku cuba meneruskan kata-kata

“Ampunkanlah dosa-dosaku..hinanya aku Ya Allah”

“Aku nak jadi SumayyahMu.. yang kuat mempertahankan aqidahnya dan imannya”

Aku bersyukur Allah menyelamatkanku, dari aku terus sesat. Allah menyedarkan ku, kawan yang baik bukanlah kawan yang bersama-sama di dunia untuk bergembira, tetapi adalah kawan yang menyelamatkan kita dari azab nerakaNya. Apalah guna bahagia dan nikmat seketika, tetapi merana di akhirat sana. Sedangkan ujian yang Allah beri bukanlah untuk menyusahkan kita, tetapi membuatkan kita lebih dekat kepadaNya dan mengharap hanya padaNya.

Dan malam tahun baru itu menjadi saksi, aku pulang kepada Tuhanku dengan penuh penghambaan.

**TAMAT**

3 Responses to “Cerpen : Tahun baru buat Sumayyah”

  1. syamilsynz January 1, 2012 at 7:25 am #

    Azam tahun baru.

    • mukminahmujahidah January 8, 2012 at 10:23 pm #

      apa azam tahun baru syamil?

      • syamilsynz January 22, 2012 at 9:34 am #

        azam baru ialah memperbahurui azam lama. hehe.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: