Musim sejuk – Selain snow, apa yang kita dapat?

8 Dec

Alam juga tunduk kepada Allah SWT

Sejuk! Sejuk! Sejuk!

Apabila masuk sahaja musim sejuk, apa yang kita bayangkan?

Sejuk? Pasti. Snow? InshaAllah. Duvet? Portable heater? Winter sale? Boxing day? Cuti?!!

Macam-macam kan? Semua itu adalah gambaran kita apabila mengenangkan musim sejuk. Sejuknya jangan dikata, boleh dikata mencucuk tulang. Kalau boleh rasa nak berbungkus dalam duvet seharian, nak bersandar di tepi heater.

Tetapi, berapa ramai diantara kita merasa bahawa musim sejuk ini merupakan satu rahmat Allah yang sangat besar? Tolak tepi dulu berkenaan suhu dan snow, mari kita fikirkan lebih jauh lagi. Apakah rahmat Allah ketika musim sejuk ini?

Itulah dia kejadian siang dan malam!

Dan Dia (pula) yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin memgambil pelajaran atau orang yang ingin bersyukur-  Al-Furqan : 62

Di musim sejuk, malam lebih panjang daripada siang. Waktu subuh masuk kira-kira pukul 6 pagi dan ke atas. Hujung Disember nanti dalam pukul 6.30 pagi barulah masuk subuh. Matahari pula baru nak munculkan diri sekitar pukul 8.00 pagi! Dengan kata lain, sekitar pukul 5.30 petang, kita dah selesai solat isyak.

Ramai mungkin menyukai musim panas, kerana siangnya lebih panjang dan seronok dapat berjalan-jalan sehingga malam yang gelapnya tidak kelihatan.

Tetapi tidakkah kita nampak bahawa malam yang panjang pada musim sejuk merupakan anugerah dan hadiah Allah bagi orang mukmin untuk mendekatkan diri kepadaNya?

Yang pertama, tentulah puasa. Siang yang pendek sepatutnya buat kita rasa lebih bersemangat nak puasa ganti dan juga puasa sunat.

Yang keduanya, solat malam. Bayangkan jika waktu subuh masuk pukul 6.30 pagi. Kita bangun pukul 6.00 pagi, masih ada kesempatan untuk kita bangun solat malam. Apatah lagi jika kita memang sudah terbiasa bangun lagi awal, tentulah lebih banyak amalan yang kita dapat laksanakan. Best kan? InshaAllah ingatan buat diri sendiri juga.

Allah izinkan kita untuk merasai musim sejuk ini. Apa yang kita perlu lihat bukan sekadar nikmat merasa sejuk, nikmat merasa snow dan nikmat duduk di negara empat musim, tetapi yang lebih utama adalah bagaimana musim sejuk ini dapat mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Ayuh sama-sama kita rebut peluang untuk mendekat kepadaNya.

Wallahualam.

p/s Jazakillah khairan kepada sahabatku yang mengingatkan ku tentang ini. Moga Allah sentiasa redha denganmu🙂

6 Responses to “Musim sejuk – Selain snow, apa yang kita dapat?”

  1. diyana December 12, 2011 at 8:38 am #

    subhanallah..seronok dpt bermusafir…dh hbs study?..all the best u sgalanya….

    • mukminahmujahidah December 13, 2011 at 8:10 pm #

      Buat Diyana,
      Salam kenal🙂
      Alhamdulillah seronok dapat bermusafir, kerana dalam permusafiran banyak perkara baru yang kita belajar.. InshaAllah tak habis lagi. Terima kasih atas doa. ^^ Moga Allah merahmati Diyana juga.

  2. Lenggang Kangkung December 13, 2011 at 7:17 am #

    alhamdulillah

    • mukminahmujahidah December 13, 2011 at 8:11 pm #

      Terima kasih saudari atas ziarah🙂

  3. irhafiz December 16, 2011 at 2:24 pm #

    Bagi kami di Malaysia, musim sejuk hanya dengan air hujan, tiada beza masa. Apa pun, segala yang berlaku ini bukan semulajadi, akan tetapi ia adalah aturan Allah yang maha Bijaksana.

    Jika kita lihat bagaimana Zaik Naik membentangkan tentang kehebata al Quran, begitu juga harunyahya… tentu sekali rasa bangga dengan Islamnya kita. Bukan sekadar ikut-ikutan membabi buta.

    • mukminahmujahidah December 30, 2011 at 8:23 pm #

      InshaAllah walau dimanapun kita berada, hikmah itu ada di mana2.🙂

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: