Daiyah, kalian ini solehah dan terpilih.

20 Oct

Odd one in

DAKWAH

Apabila sebut sahaja perkataan ini, masyarakat akan nampak bahawa ia adalah kerja-kerja para ustaz dan ustazah sahaja. Kerana mereka lebih banyak ilmu daripada kita. Dan kita nampak dakwah itu hanya pada kerja-kerja memperbetulkan ibadah semata-mata. Saya tidak dapat menyalahkan masyarakat secara total. Sebab memang itu kefahaman yang kita terima sejak dahulu. Jadi bagaimana kalau kita ubah ia kepada….

AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR

Yakni, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mungkin nampak lebih ringan untuk disebut?🙂

Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)” Fussilat :33

Allah memuji orang yang mengajak manusia kepadaNya dalam ayat di atas. Kata-kata mereka adalah lebih baik daripada yang lain. Dan tentulah bukan sekadar mengajak sahaja tetapi Allah meletakkan syarat di situ. Dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri).

Amar makruf nahi munkar ini merangkumi semua aspek kehidupan. Tidak terhad dalam ibadah khusus seperti solat dan puasa sahaja. Jika kita menegur kawan untuk menyiapkan kerja sekolah yang asyik bertangguh, itu merupakan suatu perkara makruf juga. Sebab, buat kerja sekolah penting untuk kita memahami ilmu dan memahami serta mendalami sesuatu ilmu itu kewajipan bagi setiap muslim.

Maha Penyayangnya Allah, sehinggakan jika kita buat sesuatu untuk diri kita sendiri pun seperti makan dan tidur turut mendapat pahala. Amar makruf juga turut berjalan apabila kita menunjukkan contoh kepada kawan sekeliling seperti adab-adab makan yang baik. Senang kan?

Boleh ke kalau saya panggil semua muslimah ini berperanan sebagai daiyah? Sebab seorang ibu mampu melaksanakan amar makruf nahi munkar kepada anak-anaknya. Seorang kakak kepada adik-adik, teman kepada kawan, isteri kepada suami dan sebagainya. Mereka berperanan penting dalam lingkungan masing-masing dalam rangka untuk bawa orang yang mereka sayang masuk syurga Allah dan menjauhi api neraka.

Tapi…..

Proses ini bukan proses yang singkat kan? Amar makruf nahi munkar kepada orang tersayang dan masyarakat sekeliling memerlukan masa yang sangat panjang. Perubahan kepada kebaikan mengambil masa. Kita mahu perubahan berlaku atas kefahaman Islam yang sebenar, bukanlah atas ikut-ikutan sahaja. Sebagai daiyah kita mungkin terpaksa berkorban masa, tenaga dan harta untuk membantu masyarakat. Bermacam-macam plan kita cuba untuk membantu orang sekeliling kita. Habis plan A, kita ikut plan B. Untuk  capai semua itu, tiada jalan singkat.

Jika kita tidak sabar, kita mungkin akan pilih jalan singkat. Mungkin menerusi saluran-saluran yang terpaksa menonjolkan diri muslimah sebagai tontonan masyarakat. Daiyah sebagai selebriti pula. Ketahuilah muslimah, Islam hanya bangun atas runtuhan jahiliah. Bukan menempek atas binaan jahiliah. Jangan sampai kita menjadi fitnah kepada Islam.

Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. Al-Hajj :78

Daiyah, kalian ini solehah dan terpilih jika kalian benar-benar berjihad di jalanNya dengan sebenar-benarnya. Doaku, moga diriku serta kalian benar-benar penjadi pilihan Allah untuk menegakkan DeenNya. Kerana diri ini amat menyayangi diri dan potensi kalian, maka nukilan ini ku titipkan buat renungan bersama.

Wallahualam.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: