Ini cerita tentang rumah sewa

6 Oct

Alhamdulillah, masuk hari ni sudah hampir sebulan kaki menjejak kembali di bumi permaisuri. Dalam sebulan ini, banyak perkara baru yang diperoleh. Banyak pengalaman baru yang ditimba.

Alhamdulillah tahun ini Allah izinkan untuk menyambung setahun praktikal di penghujung kota London. Universiti baru, teman-teman baru dan pastinya suasana yang baru. Suasana pembelajaran yang baru, dan tentunya subjek-subjek  yang dipelajari lebih terkait dengan pendidikan berbanding Matematik. Setakat ini, alhamdulillah, saya saat bersyukur dapat menimba pengalaman di sini.

Universiti baru ku, jauh daripada kesibukan kota

Berpindah ke universiti baru tentunya memerlukan tempat tinggal yang baru juga memandangkan rumah sewa yang lama mengambil masa hampir 2 jam untuk ke universiti! Pada dua minggu pertama semester, saya dan rakan serumah terpaksa berulang-alik daripada rumah lama ke universiti kerana masih tidak memperoleh rumah sewa. Tetapi alhamdulillah kira-kira dua minggu giat mencari rumah, Allah berikan yang terbaik. InshaAllah.

Proses mencari rumah sewa di London tidaklah semudah yang disangka. Memandangkan saya dan teman serumah membuat keputusan untuk hanya mencari rumah setelah kami tiba di UK kerana untuk mengelak membayar empty rent sepanjang kami pulang ke Malaysia, maka peluang untuk mencari rumah yang baik dan memenuhi bajet dan hajat agak sukar. Teringat kata-kata seorang agen rumah setahun yang lepas,

“In London, the property gone like this” (sambil memetik ibu jarinya)- ini menunjukkan tak sampai pun seminggu rumah yang di paparkan di website,tup tup dah pun disewakan.

Saya masih ingat, pada minggu pertama saya dan rakan berjaya memperoleh senarai rumah mencecah hampir 30 buah rumah yang kami hajati. Semuanya dicari melalui website yang berkenaan. Tetapi setelah satu-satu nombor yang kami dail, semua rumah tersebut sudah pun dibayar deposit oleh orang lain. Sedikit kecewa, tetapi kami tetap tidak berputus asa. Keesokannya kami cari lagi, tetapi hasilnya masih negatif.

Sehinggalah pada minggu kedua, salah seorang daripada kami berjaya untuk membuat temu janji untuk melihat sebuah rumah. Kami sangat teruja dan berharap moga-moga inilah rumah yang terbaik buat kami. Kami memang agak terdesak apatah lagi pensyarah kami sendiri sudah menasihati untuk kami mencari rumah yang lebih hampir dengan universiti memandangkan kasihan melihat kami yang terpaksa travel jauh-jauh.

Rumah yang dilihat agak kecil, 2 buah bilik. Harga boleh tahan, GBP1075 sebulan. Untuk masuk 3 orang, kami kena bayar kira-kira GBP358 seorang. Saya pergi dengan salah seorang teman. Rumah itu kondisinya agak baik cuma agak sempit sahaja. Kawan saya menyatakan persetujuan dan menanti jawapan daripada saya. Ketika itu memang hati saya berbelah bahagi memandangkan ada satu perkara yang berlaku.  Ketika ingin masuk ke rumah itu, saya nampak timbunan tin-tin minuman keras di hadapan rumah. Saya bertambah terkejut apabila di dalam rumah itu terdapat daun terup bersepah dan surat khabar yang terdapat gambar porno juga. Di satu sudut ada patung berhala. Hati beristighfar banyak-banyak. Lagi bertambah tidak sedap hati apabila mengetahui bekas penyewa rumah ini melarikan diri. Sebab itu rumah itu agak kucar-kacir dengan beberapa barang yang masih bersepah. Walau bagaimanapun dapur dan bilik air tampak sudah dibersihkan.

Ketika itu hati betul-betul berperang. Jika tidak ambil rumah ini, maka belum tentu ada lagi rumah yang lebih murah daripada rumah ini dan keadaan sangat mendesak untuk segera pindah. Tetapi jika ambil pula, hati tidak sedap kerana tampak jelas rumah ini bekas rumah ahli maksiat. Ketika itulah kawan serumah bantu menenangkan. Saya masih ingat lagi katanya,

” Kalau rasa tidak sedap hati dengan rumah ini, tak apalah tidak perlu bersetuju sebab saya. Yang penting kita semua bersetuju. Lagipun inshaAllah saya yakin, jika betul rumah ini rumah yang Allah pilih untuk kita, tak akan siapa yang akan ambil. Yang penting kita cuba cari lagi yang lebih baik daripada ini. InshaAllah Allah akan berikan yang terbaik.”

Ketika itu hati saya kembali tersenyum. Ini yang seronok kawan dengan orang yang soleh. Saling mendamaikan saat hati gusar. Apapun pesannya akan diarahkan untuk kita kembali kepada Allah. Yakin.

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah beberapa hari kemudian kami dapat rumah yang lebih baik. Harganya juga jauh lebih murah. Biliknya, ruang tamunya dan dapurnya lebih besar dan bersih. Dan tuan rumahnya sangat baik. Sentiasa memastikan keselesaan kami terjaga. Setakat ini, semuanya ok inshaAllah.

“Kita boleh memilih, tetapi pilihan Allahlah yang terbaik.”

Entah macam mana, sejak daripada hari itu kata-kata ini seakan-akan tersemat di dalam hati. Moga-moga dapat mejiwainya dengan lebih lagi selepas ini. Benarlah, kami ada kriteria-kriteria rumah yang kami mahu tetapi Allah tak penuhi semuanya cuma Dia berikan apa yang benar-benar terbaik dan yang kami perlu. Mungkin rumah ini paling jauh berbanding rumah kawan-kawan sekelas yang lain, tetapi saya tetap bersyukur. Kerana rumah ini kami cuba untuk tidak pilih dengan hawa nafsu kami, tetapi syura dan memohon petunjuk Allah untuk memberikan yang terbaik.

Doanya moga Allah menjadikan ahli-ahli rumah ini juga yang terbaik di sisiNya. Ameen.

Wallahualam.

~sekadar perkongsian untuk ibrah semua~

A new home ( xde nama rumah lagi😀 )

6/10

2313

2 Responses to “Ini cerita tentang rumah sewa”

  1. talipenyelamatazz October 9, 2011 at 10:42 am #

    aduh….sangat2 rindu jadinya lepas baca blog anti T_T

    • mukminahmujahidah October 20, 2011 at 10:01 pm #

      merindui orang disana juga🙂 naz, sihat ke?

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: