Ibrah daripada seorang adik

6 Sep

Sabar itu tidak mudah bukan? Tetapi tak mustahil.

Terasa masa pantas sangat berlalu. Tinggal beberapa hari lagi sahaja sebelum kembali meneruskan perjuangan di bumi permaisuri. Sedikit kesempatan yang ada ini dimanfaatkan untuk mencari keperluan-keperluan peribadi untuk dibawa ke UK. Antaranya adalah kasut. Kerana lazimnya saya agak sukar mencari kasut yang sesuai di UK. Cantik dah. Selesa dah. Cuma tidak ada saiz aje. Kebanyakan kasut-kasut di UK bersaiz agak besar, kalau saiz saya tidak banyak pilihan.

Jadi, ketika menaip entri ini, saya baru sahaja pulang daripada membeli kasut di Uda Ocean, Ipoh. Ada sesuatu yang berlaku sebenarnya yang buatkan diri saya laju hendak berkongsi di dalam blog ini.

Pencarian kasut

Tapak tidak licin. Mesti ‘sporty’ sikit. Kasut flat. Bertutup. Dan semestinya selesa.

Itu antara ciri-ciri kasut yang saya ingin cari. Tapak tidak licin kerana cuaca di bumi UK yang sering hujan dan lembap, kadang-kadang bila salji turun, kasut yang tidak licin sangat membantu. Kemudian kasut agak ‘sporty’ supaya kasut itulah saya dapat gunakan untuk pergi kelas, untuk treking, untuk riadah, untuk beraya : ) dan sebagainya Dengan kata lain, selagi kasut tu tak rosak, memang saya akan cuba pakai habis-habisan. Kemudian, kasut flat, bertutup dan selesa itu untuk memudahkan pergerakan dan menahan daripada sejuk. Memandangkan semua faktor-faktor ini, saya kena cari yang betul-betul tahan sepanjang kira-kira setahun sebelum kembali semula ke Malaysia.

Si adik yang menemani

Muqarrabin, adik bongsu saya yang hampir mencecah 11 tahun awal Disember ini. Dia menemani saya tadi. Dari satu rak ke satu rak, dia setia membuntuti. Sambil itu saya beritahu dia ciri-ciri kasut yang saya mahukan. Dia pun sama-sama tolong mencarinya. Tidak jumpa saya pusing lagi. Pergi ke rak yang sama berulang kali. Pakai dan cuba berjalan. Letak kembali. Pergi rak lain pula.

“Kak Ngah, ni ok kak ngah. Tak licin.” Muqarrabin menunjukkan kasut yang dimaksudkan.

“Tak boleh Muqarrabin, yang ni licin ni. Tapak dia tak tahan.” Maka dia letakkan balik. Cari lagi. Mencadangkan yang lain pula. Saya tolak. Dia cari lagi. Dan bila saya pula yang jumpa, saya tanya pendapat dia.

“Abin, ni cantik tak?”

“Tak cantik la, ada bunga-bunga corak. Yang ini cantik.” Sambil dia menunjuk kepada satu kasut hitam yang kosong.

“Kalau abin, abin suka yang kosong macam ni.” Saya hanya tersenyum.

Dan akhirnya jumpa juga kasut yang sesuai. Bila ditanya-tanya, rupanya saiz yang diinginkan sudah habis. Sedikit kecewa. Tetapi dalam hati ingin mencuba melihat kedai yang terletak di tingkat bawah. Saya melihat kepada adik, dia diam sahaja dan menuruti. Tidak banyak complain.

Dan bila dibawah pula, sekali lagi dia memainkan peranan menjadi assistant mencari kasut yang sesuai. Dan akhirnya saya berjaya membeli kasut yang sesuai.

Ibrah dari si kecil

Selesai membayar, ketika dalam perjalanan ke tempat letak kereta, saya mengusap kepalanya.

“Abin, terima kasih tolong akak ye. Banyak pahala abin dapat hari ni.” Dia hanya diam sahaja. Tak ada respon. Mungkin juga malu.

Sepanjang perjalanan pulang tadi, hati saya sangat tersentuh dengan kesabaran si adik. Kadang-kadang tarbiyah itu datang dari kanak-kanak ni , adik-adik kita atau anak-anak kita kan?  Bukan mudah nak jumpa seorang lelaki yang sangat penyabar melayan karenah wanita yang lama membeli barang apatah lagi terpaksa memilih-milih. Lelaki paling sabar yang pernah saya jumpa pun adalah yang sabar menunggu sahaja, sama ada di dalam kereta atau duduk di tepi. Sabar tanpa merungut apa-apa lah. Kalau yang merungut-rungut itu bukan sabar.🙂

Kadang-kadang diri sendiri pun tidak sesabar itu juga.

Tetapi hari ini, ada seorang kanak-kanak lelaki yang sabar bukan sekadar menunggu, tetapi turut membantu menyelesaikan masalah. Moga Allah sentiasa meredhai dirimu dik! Moga besar nanti dapat jadi contoh  yang baik kepada masyarakat!

Penutup

Sekadar perkongsian pengalaman hidup . Apa yang saya nampak, anak-anak kecil dia cepat belajar daripada orang besar dan suasana sekeliling. Ibu bapa seharusnya menerapkan contoh yang baik dan melahirkan suasana yang soleh di dalam rumah. Jika ibu bapa pun panas baran atau cepat marah-marah, bagaimana anak-anak akan menjadi seorang yang penyabar? Akhir kata, moga Allah meredhai orang-orang yang pernah mendidik anak-anak ini.

Ya Allah, golongkanlah kami dalam golongan orang yang sabar dengan kehidupan ini dan kuatkanlah kesabaran kami. Ameen!

Wallahualam.

2 Responses to “Ibrah daripada seorang adik”

  1. irma September 6, 2011 at 3:55 pm #

    Senyum akak baca entry ni.
    ehm.. sungguh. bila berjalan (baca : shopping) dgn sahabat perempuan. kena sediakan mental dan fizikal yg lebih. jika tidak. tak mustahil ada juga rungutan kecil dlm hati. nak suruh cepat. tapi tak sampai hati.🙂

    teringat kenangan temankan adik2 upm shopping dkat oxford street. dlm sejuk dingin musim sejuk berjalan dr hujung ke hujung. kenangan yg mendidik diri.

    tak habis lagi senyum ni.😀

    • mukminahmujahidah September 6, 2011 at 4:32 pm #

      Subhanallah.. kak irma memang betul! Diri sendiri pun nak kena didik hati bila menghadapi situasi tu. Beli benda2 souvenir lagi mencabar, sebab dah tentu akan memilih2 dulu..

      Tak dapat dinafikan, pernah juga jumpa beberapa kawan yang memang sanggup tolong carikan sekali barang. Waktu tu memang hati tersentuh. Tak tahulah, memang respect dekat orang yang sabar menemani ketika beli barang. Mungkin sebab diri sendiri tak mampu buat macam tu.kadang2 tak mampu nak berikan cadangan yg baik, hanya mampu teman aje😦 Banyak lagi nak kena proses diri.

      Jazakillah khairan kak, atas saranan tu. Memang nak kena prepare mind dan jasad. Bagi wanita, nak kena buat shopping list siap-siap. Selain mempercepatkan proses membeli, kita x melencong beli benda lain😀. InshaAllah.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: