Malam Syawal itu…

30 Aug

Malam 1 Syawal 1431H

Masih ku ingat peristiwa malam itu

Menerima berita duka

Tidak tahu, bagaimana 1 Syawal bakal disambut

Tidak mahu ku bersedih

Tetapi air mata gugur jua

Dada terasa sempit

 

1 Syawal aku cuba bergembira

Walaupun hakikatnya jiwa terasa kosong menerima berita duka

KetetapanNya berlaku

Setahun dilalui dengan susah payah

Kadang-kadang terasa masih adakah lagi sinar?

Masih adakah lagi peluang untuk bangkit?

 

Malam 1 Syawal 1432 H

Bila kesukaran itu Allah gantikan dengan kejayaan

Bila duka itu Allah gantikan dengan kegembiraan

Aku mati kata

Terasa kasih sayang Allah melimpah ruah

Tinggal aku,

Adakah mampu menjadi hamba bersyukur?

 

Ya Allah,

Aku ingin jadi hamba bersyukur,

Lindungilah aku dari kelalaian dengan nikmat-nikmatMu ini,

Dan kuatkan aku untuk terus melangkah,

Menuju kejayaan abadi.

 

1 Syawal 1432H

Ipohku permai

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: