Mengira ke belakang

1 Jul

Baki masa yang kita ada tidak banyak, maka berbekallah.

10 minutes left.”

Sekali sekala mata melirik kepada masa yang terpapar di telefon bimbit. Ketika itu sedang berada di Manchester. Bawa kawan jalan-jalan di sana. Sementara menanti waktu untuk tidur, pengiraan masa dilakukan.

“10, 9, 8, 7, 6, 5, 4,3,2…..,1.”

“Selamat Hari Tua, Husna.”

Ucapan peringatan buat diri sendiri yang baru mencecah 23 tahun ketika itu. Sedar bertambahnya angka pada umur  bermakna kita sedang mengira ke belakang!

Itulah hakikat kehidupan kita ini. Setiap detik yang kita lalui akan mengurangkan masa yang kita ada untuk terus berbekal dan menyiapkan diri untuk kembali bertemu Allah SWT. Semakin lama semakin berusia, semakin banyak tanggungjawab dan semakin menghampiri kematian!

Kira-kira seminggu selepas ulangtahun kelahiran, saya sempat berziarah ke rumah seorang kawan satu sekolah yang turut berada di UK. Ada saat dimana tiba-tiba kami berkongsi memori-memori semasa di zaman sekolah dahulu.

“Husna, ingat tak dulu kita  berdua selalu jumpa dekat Library sekolah?” Kawan saya mula membuka cerita.

“Eh yeke? Tak ingat pula.” Saya cuba memerah otak mengimbau kembali nostalgia-nostalgia lama.

“Erm aah. Lepas tu kita selalu tunggu parents kita ambil petang-petang dekat parking kereta sekolah. Waktu tu kita tak rapat sangat kan?”

“Hah, yang tu kita ingat!” Masih membahasakan diri sebagai ‘kita’ dan ‘kamu’ yang digunakan sejak zaman sekolah, sekali sekala hati melonjak kegembiraan tatkala berjaya mengingat kembali kenangan lalu.

“Siti, terasa lemahnya diri. Banyak kenangan masa zaman sekolah dahulu tak dapat nak ingat sangat. Sedangkan tak sampai sepuluh tahun pun tinggalkan sekolah.” Kawan saya yang bergelar Siti itu pun hanya menggangguk tanda setuju.

“Terasa diri ni dah tua.” Kami berdua tersenyum.

Dia (Allah ) berfirman, “Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?”. Mereka menjawab, “Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung.” Dia (Allah) berfirman, “Kamu tinggal ( di bumi) hanya sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui.” Al-Mu’minun : 112-114

Di hari akhirat nanti manusia akan bertanya-tanya, sudah berapa lama sebenarnya kita hidup di dunia ini? Jika sekarang, saya boleh menjawab bahawa saya sudah 23 tahun hidup di dunia. Terasa satu tempoh yang bukan sedikit sehinggakan tidak semua memori dahulu dapat diingat dengan baik.

Tetapi diakhirat kelak apabila kita ditanya sekali lagi, kita akan merasa bahawa kita hidup di dunia ini hanya sebentar. Ada yang merasa sehari dan ada yang merasa hanya setengah hari sahaja. Alangkah singkatnya!

Menyedari hakikat betapa singkatnya masa kita didunia, seharusnya kita sentiasa melazimi setiap detik kita dengan amalan-amalan yang mampu membantu kita untuk mendapat redha Allah. Ia adalah sebagai bekal untuk menyelamatkan diri kita daripada azab Allah di akhirat kelak.

Kita semua tahu, bahawa kita akan melalui pintu kematian. Itu pasti. Dapat ijazah? Belum tentu. Ada sahaja yang meninggalkan dunia ini beberapa hari sahaja sebelum majlis penganugerahan ijazahnya. Mendirikan rumah tangga? Juga tidak pasti. Betapa banyak berita yang kita dengar saudara-saudara kita yang sudah siap persiapan nikah dan majlis walimahnya tetapi terlebih dahulu dipanggil Allah menghadapNya.

Ternyata apabila kita menyedari bahawa pintu kematian itu adalah pintu wajib yang akan dilalui oleh semua orang, tidakkah kita merasa satu urgensi untuk kita bersedia dengan seni kematian yang terbaik? Orang biasa mungkin akan membiarkan sahaja kematian itu datang pada masa yang ditentukan. Tetapi orang luar biasa dia harus merancang bagaimana keadaannya untuk bertemu Allah nanti. Adakah dia mati dalam keadaan dia sedang bermaksiat? Adakah dia mati dalam keadaan dia sedang duduk rehat-rehat di rumah? Atau adakah dia mati dalam keadaan melakukan sesuatu yang Allah redha?

Usaha untuk merancang seni kematian itu di tangan kita. InshaAllah, dengan usaha-usaha itu mudah-mudahan Allah kurniakan kita penyudahan yang baik di dunia ini dan harapnya mendapat ganjaran yang terbaik juga di akhirat kelak yakni syurgaNya. Ameen.

Waalahualam.

2 Responses to “Mengira ke belakang”

  1. nurul July 2, 2011 at 5:50 pm #

    em..like2…sme la kte mengkoreksi diri kte…

    • mukminahmujahidah July 4, 2011 at 10:28 pm #

      InshaAllah nurul🙂

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: