Saat orang lain meminggir

2 May

Cerita kontot (certot) sempena musim exam.

Berehat sekejap daripada timbunan nota.

Moga ada manfaatnya ^^

***

Walau dalam kesempitan, masih ada harapan untuk bangun.

Telefon bimbit berwarna hitam itu dicapainya. Dibuka senarai nombor perhubungan yang disimpan sejak pertama kali memperoleh telefon tersebut yang kini mencecah ratusan nama dan nombor. Dari yang bermula dengan abjad A hinggalah ke abjad Z. Diperhatikan satu-satu nama yang terpapar. Dia terhenti pada satu nama. Nusaibah. Kawan rapatnya sejak zaman sekolah yang kini masih menuntut di salah satu Institut Pengajian Tinggi di Malaysia.

Mursyidah melihat jam bulat di dinding biliknya. Pukul 2.30 petang waktu UK. Kira-kira pukul 10.30 malam waktu Malaysia. Sudah tidurkah Nusaibah? Hatinya berkira-kira. Tetapi dia mengagahkan diri juga mencuba nasib. Dirinya kini sangat memerlukan seseorang untuk berbicara.

“Tut tut..”

“Tut tut..”

Lama begitu sehinggalah kedengaran suara operator disebalik talian. Mursyidah menekan punat menamatkan panggilan. Hampa. Mungkin sahaja temannya sudah tidur.

Dia kemudian membuka laman chatting Yahoo Messenger. Semua status rakan-rakannya menunjukkan tanda sibuk.

“Hmm. Semua nak exam ni.” Mursyidah sedikit mengeluh. Sekarang ini dibumi UK ini sedang sibuk dengan demam peperiksaan. Rata-rata akan mula menjalanani peperiksaan sekitar dua minggu lagi. Mursyidah sendiri sibuk dengan ulangkajinya tetapi hari ini dia terasa sangat lemah. Dia memerlukan seseorang untuk mencurah rasa hatinya. Tetapi ternyata semua orang sibuk dengan urusan masing-masing.

“Tolong saya!!!”

Mursyidah menukar status di Yahoo Messenger nya dengan harapan untuk menarik perhatian rakan-rakannya.

“Betulkah apa yang aku buat ni? Ahh.. lantaklah. Aku galau ni. Tiada siapakah yang mahu bertanyakan khabarku? ”

Mursyidah sedar, setiap kali musim peperiksaan, hampir sahaja semua terlupa akan hak-hak saudara yang lain. Dia sendiri pun selalu begitu. Semua cenderung untuk duduk di bilik masing-masing dan belajar sahaja. Rakan serumah sakitkah, atau sedang menangiskan tidak siapa yang tahu. Sedangkan ketika inilah medan amal untuk erti pengorbanan yang dicanang-canangkan selama ini. Mungkin sahaja teman serumah sedang menangis dan perlukan sokongan seperti dirinya sekarang.

Agak lama dia di hadapan skrin komputer ribanya. Masih tiada sesiapa yang merespon. Air mata yang bergenang segera dikesat. Beristighfar. Dia kembali mencapai telefon bimbitnya. Mesej yang dihantar seawal pagi tadi kepada seorang kakak yang dikaguminya juga tidak terbalas. Kakak tersebut juga sibuk menyiapkan kerja-kerja terakhir PhD nya.

Sekali lagi dia memerhatikan satu-satu nama di telefon bimbitnya. Tiada. Tiada seorang pun yang dia rasa bersedia untuk mendengar luahan rasanya. Kerana dia tahu mereka masing-masing sibuk dan dia juga tidak mahu menganggu mereka. Dia istighfar lagi.

“Ya Allah, apa yang aku fikirkan ini?” Mursyidah lantas meletakkan kepala di atas meja belajarnya, berlapikkan lengannya.

“Buzz!”

Skrin komputer ribanya memaparkan sesuatu. Ada mesej baru yang masuk. Dia segera mengangkat kepala.

“Salam.”

“Yosh!”

“Tolong saya?”

“Ada problem ke?”

Mursyidah hanya tersenyum kelat memandang skrin komputer ribanya. Adiknya Saiful yang kini di Shah Alam merespon.

“Wasalam.”

“Hahaha..Tak ada ape la. Saje je. ” Ringkas dia membalas. Lain yang diharap, lain pula yang datang.

“Kak Long. Jaga hubungan dengan Allah. InshaAllah Allah mudahkan segalanya.”

“Kalau ada masalah, merayulah pada Allah. Doa sungguh-sungguh dengan Dia.”

Hati Mursyidah tersentap. Entah kenapa tiba-tiba adiknya berkata sedemikian sedangkan dia tidak lagi menceritakan rasa gundah dihatinya. Seakan-akan Allah menghantar adiknya untuk mengubat hatinya yang sedang lara sekarang. Perlahan-lahan air matanya gugur kembali.

“Saat orang lain meminggir, Kak Long masih ada Allah.”

“Hihi..”

Dan air mata Mursyidah mengalir deras. Dia tersedar bahawa kepada Allahlah seharusnya diadukan segala permasalahan jiwanya. Jika dia mencari manusia, tentu sekali manusia lain juga mempunyai masalah-masalah tersendiri. Mereka juga sangat perlukan belas kasih Allah untuk merawat jiwa mereka.

“Ya Allah, kenapa begitu pantas aku ingin mencari yang lain untuk mengadu perihal jiwaku sedang Engkau lebih tahu akan isi hatiku? Aku lemah Ya Allah, kurniakanlah aku kekuatan. Aku tertekan, kurniakanlah aku ketenangan. Aku terlupa, kurniakanlah aku ingatan yang baik. Aku tak tahu, kurniakanlah aku kefahaman yang baik.”

***

Musim peperiksaan ni, jangan lupa dekat kawan-kawan yang lain. ^^

Jenguk-jenguklah,telefon,mesej dan bertanyalah khabar mereka. Doakan mereka. Ingatkan mereka dengan bantuan dan pertolongan Allah serta rahmat Allah. Beritahu mereka bahawa ada yang mengambil berat dan mendoakan mereka.

Dan bagi yang bakal menduduki peperiksaan, walaupun sedikit sahaja lagi masa, jangan berputus asa dengan Allah. Allah sentiasa bersama inshaAllah. Di saat orang lain meminggir, Allah sentiasa ada 24/7 untuk mendengar luahan hati kita.

Moga kejayaan menjadi milik kita semua. InshaAllah.🙂

p/s  Mohon maaf atas kelemahan diri dalam menunaikan hak-hak rakan-rakanku dimusim exam ini. InshaAllah akan cuba menunaikan semampu yang boleh. doakan saya juga🙂

2 Responses to “Saat orang lain meminggir”

  1. syamilsynz January 24, 2012 at 12:18 pm #

    Baru perasan ada artikel ni. huhu, ruginya x baca time exam hari tu sbb x dapat jawab..(T_T)..

  2. mukminahmujahidah January 27, 2012 at 11:25 pm #

    Takpe.. inshaAllah Allah sentiasa bersama walaupun dah habis exam🙂 Masih nak kena sandarkan pengharapan kepada Allah juga.

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: