Membelah awan

19 Jan

Membelah awan

Hei kamu,

Dengar sini aku ingin cerita,

Ya, kamu yang berbaju koko,

Setia berada di perut burung besi.

 

Hei kamu,

Perjalananmu masih panjang,

Jangan kau menyerah kalah,

Kerana hijrahmu kini hijrah pejuang.

 

Hei kamu,

Pabila langkah telah diatur,

Kuatkan azam teruslah mara,

Dibahumu ada amanah,

Amanah agama, negara dan keluarga.

 

Hei kamu,

Engkau kerdil tiada daya,

Mohonlah pada Tuhanmu Yang Esa,

Dan engkau akan mendapati,

Dialah Maha Penyayang lagi Maha Pemberi.

 

Kau memilih membelah awan,

Tiada masa berpatah balik,

Dengan nama Tuhan engkau mulakan,

Teruskan perjuangan, sampai bertemuNya

 

~harus terus-terusan melangkah~

Perut burung besi

22D, D72006

14 Januari 2011

KL ke Stansted

0157  GMT +8.00

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: