Itu hanya teori, inilah praktikalnya.

25 Dec

Walk the talk. Shall we? (61 :2-3)

Seseorang pernah memberitahu saya, bahawa orang yang pernah terikat dengan proses tarbiyah, amat sukar untuk dipisahkan daripada  perkara-perkara kebaikan. Sebolehnya hidupnya akan sentiasa diwarnai dengan perkara-perkara yang menjadi bekal untuk dibawa pulang ke akhirat. Sebagaimana sukarnya untuk memisahkan isi dan kulit, begitulah sukar untuk memisahkan kebaikan dnegan orang yang melalui proses tarbiyah.

Jadi, jika terpisah juga, kita di kira agak teruk la? Bukan begitu? Hanya pandangan peribadi.

Pernah suatu ketika, hampir sebulan lebih saya tidak terisi dengan apa-apa program mahupun usrah mingguan lantaran masalah-masalah teknikal. Tidak keruan hati dibuatnya. Jatuh berulang kali itu sudah biasa sepanjang tempoh itu. Bangun, jatuh kembali. Begitulah prosesnya berterusan. Mungkin kerana anologi ibarat kulit dan isi yang sukar dipisahkan itu, selama mana pun tempoh meninggalkan program, hati yang pernah disentuh tarbiyah ini sangat berhajat untuk kembali diisi.

Sehinggalah pada suatu hari mendapat mesej daripada seorang teman, akan diadakan satu program umum tarbiyah pada hujung minggu tersebut. Apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, hati sudah melonjak-lonjak. Mudah-mudahan hati yang sudah lama kosong daripada peringatan ini kembali terisi.

Allah izin, dalam masa yang sama ada seorang kawan yang lain meminta pertolongan, minta dihantarkan pulang ke rumahnya pada hujung minggu itu. Masa yang dihajat itu betul-betul bertembung dengan program yang bakal dihadiri. Ketika itu hati berbelah bahagi. Jika ditunaikan hajat kawan, maka akan terlepaslah program memandangkan rumahnya terletak agak jauh daripada tempat program. Tetapi jika tidak ditunaikan, dia tidak mempunyai sesiapa untuk diminta tolong. (Ketika itu kami bekerja sambilan ditempat yang sama)

Delima ini diceritakan kepada ummi, mudah-mudahan ada jalan keluar terbaik yang diberikan.

” Itu adalah teori, inilah praktikal.”

Itulah perkataan yang mula-mula keluar daripada mulut seorang ummi. Lalu dia menceritakan suatu kisah yang pernah dialami temannya ketika di zaman muda…

Dulu waktu ummi besar-besar kamu ni, ummi ada hadiri sebuah program. Waktu tu ada seorang kawan ummi yang terpaksa balik ke rumahnya kerana ada hal yang perlu diuruskan. Dalam masa yang sama juga, kami sedang mendengar penyampaian yang disampaikan oleh seorang pemimpin tarbiyah. Nak kata, penyampaian dari seorang pemimpin yang sudah arif dalam dunia tarbiyah, semua orang akan rasa rugi kalau tidak dapat dengar. Jadi tiada siapa yang hendak berkorban untuk bantu menghantar kawan ummi itu. Ummi ketika itu masih belum ada kenderaan lagi. Sehinggakan akhirnya kawan ummi itu terpaksa menelefon kawan cinanya. Seorang manusia yang tidak pernah disentuh tarbiyah,pengorbanannya lebih lagi daripada seorang muslim yang pernah disentuh tarbiyah. Ummi sendiri rasa terkilan tak mampu berbuat apa-apa. Dan sekarang, jangan pula kamu jadi macam tu. Menghadirkan diri pada program itu hanya teori sahaja. Praktikal inilah yang Allah kira.

Saya hanya mengangguk-angguk tetapi didalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya masih dalam delima. SEBULAN tuuu tak ada pengisian! Memang perit!

Akhirnya saya membuat keputusan untuk mengajak sekali kawan saya ke program tersebut dan berjanji akan menghantarnya pulang selepas itu. Tetapi jika dia tidak dapat ikut, inshaAllah saya akan menghantarnya terus ke rumahnya.

Tidak lama selepas itu mesej balasan diterima darinya mengatakan bahawa ayahnya sudah selesai urusan dan boleh mengambilnya pulang nanti.
Dushhh! Kan dah terlepas peluang berbuat kebaikan.

Benarlah, peluang untuk berbuat kebaikan hanya datang ketika bantuan itu diperlukan sahaja. Selepas daripada itu bantuan daripada kita mungkin tidak diperlukan lagi……

Kesimpulannya……

Peringatan daripada Allah terhadap diri yang selama ini mungkin terlalu banyak melontarkan teori-teori sahaja.Tanpa beramal😦 Moga Allah mengampunkan segala kekhilafan diri ini. Sudah tiba masanya untuk terjun beramai-ramai ke medan amal….

Kerana kita bukan sekadar ingin tahu teorinya sahaja, tetapi amal itulah yang lebih penting.

Wallahualam.

p/s Amal tanpa ilmu mampu menyesatkan dan ilmu tanpa amal adalah  sia-sia . Harus ada saling lengkap melengkapi.

2 Responses to “Itu hanya teori, inilah praktikalnya.”

  1. nurul February 7, 2011 at 4:52 am #

    subhanallah…tulisan ini benar2 m’buka mata hati utk berfkir sejenak sejauh mne hti ini diisi dengan tarbiah scre teori dgn modul2 yg mantp nmun bler realiti nye menjelme kte sering kli lupe dan gagal pd praktikalnyer…

    • mukminahmujahidah February 17, 2011 at 10:47 pm #

      inshaALLAH🙂

Ingin berkongsi? Luahkan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: